Friday 29 December 2017

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44 (KUP) di Sekolah Dalam Hospital

Maklumat kekosongan jawatan boleh dimuat turun seperti berikut:

Muat Turun

PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan P
rogram Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian di peringkat
pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa
dan separuh masa di Universiti Awam Dalam dan Luar Negara bagi ambilan
Tahun 2018.

PPP yang berminat untuk memohon adalah dinasihatkan untuk meneliti dan
memahami setiap maklumat P rogram Penajaan/CBBP yang disertakan
sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem
e-Penawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada
Februari 2018.

Sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai program ini,
boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) atau e-mel ke:
epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100 atau 03- 8321 7028.



Sekian, terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil

Tajuk



1

Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Muat Turun

2

Analisis Permohonan Mengikut Bidang

Muat Turun

3

Senarai Bidang Kedoktoran (Dalam Negara)

Muat Turun

4

Senarai Bidang Kedoktoran (Luar Negara)

Muat Turun

5

Senarai Bidang Sarjana (Dalam Negara Sahaja)

Muat Turun

6

Carta Alir Permohonan Penajaan dan Cuti Belajar 2018

Muat Turun

7

Syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Muat Turun

8

Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa (HLPS) 2018

Muat Turun

9

Jenis Penyakit Kronik

Muat Turun

Wednesday 27 December 2017

Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (Isti'dadi) Ambilan Tahun 2018

Pengambilan kursus persediaan pelajar ke Timur Tengah (Isti'dadi)
ambilan tahun 2018.

Tarikh tutup pada 29 Disember 2017.

Layari https://tinyurl.com/ukba2018

Tuesday 26 December 2017

Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2018

BENGKEL PENULISAN NOVEL KANAK-KANAK DAN REMAJA

Kohort pertama – Remaja

(10 & 11 Feb; 17 & 18 Mac; 7 & 8 Apr; 30 Jun & 1 Julai)

@Perpustakaan Kuala Lumpur

Kohort kedua – Kanak-kanak

(4 & 5 Ogos; 8 & 9 Sept; 6 & 7 Okt; 8 & 9 Dis)

@Dewan Bahasa dan Pustaka

Sabtu & Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang





Anda mahu menulis dan hasil karya anda diterbitkan? Jom sertai bengkel ini!

Permohonan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah
pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
berminat. Terhad kepada 20 peserta bagi setiap kohort.

Yuran penyertaan: RM120.00 (empat sesi bengkel).

Tarikh tutup permohonan: 14 Januari 2018

Sila hubungi mbkmmoe@gmail.com untuk maklumat lanjut







Borang Permohonan PPG 2018

Borang Permohonan PPG 2018 (Excel)

Poster Program Pembangunan Pengkarya Guru 2018

Friday 22 December 2017

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL PERPUSTAKAAN (OPAC) KPM BAGI PERKHIDMATAN RUJUKAN DI SEKTOR PUSAT DOKUMENTASI, BPPDP

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL PERPUSTAKAAN (OPAC) KPM BAGI
PERKHIDMATAN RUJUKAN DI SEKTOR PUSAT DOKUMENTASI, BPPDP

Dengan ini dimaklumkan bahawa Sektor Pusat Dokumentasi, BPPDP akan
menutup Portal Perpustakaan (OPAC) KPM di url
http://librarykpm.moe.gov.my/ bagi Perkhidmatan Rujukan online di
Pusat Dokumentasi BPPDP mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh Mula:1 Januari 2018 (mulai jam 00.01 pagi) hingga tarikh yang
diberitahu kelak.

Penutupan portal Perpustakaan (OPAC) ini adalah kerana Sistem
Perpustakaan sedang dalam Proses Penyelenggaraan. Walau bagaimanapun
perpustakaan BPPDP beroperasi seperti biasa. Segala Kesulitan amat
kami kesali. Untuk Sebarang Pertanyaan berkenaan perkara ini, sila
hubungi Pusat Dokumentasi di talian 03-88846526/ 03-88846524.

Terima kasih.

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan