Wednesday 13 June 2018

Koleksi Kad Raya Aidilfitri 1439H / 2018 daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia

Koleksi Kad Raya Aidilfitri 1439H / 2018 daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia



































































** Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jom berkongsi Kad Hari Raya sekolah/institusi pendidikan anda di t.me/kelabguruchat




ATAU
Terus emailkan kepada mykelabguru.viral@blogger.com

Barisan Admin Kelab Guru Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Guru dan umat Islam seluruh negara. Maaf Zahir dan Batin.

Sunday 10 June 2018

Tiada Peruntukan Tambahan Dalam Bajet 2018, Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Perlu Kelulusan Parlimen Julai Ini

Tiada Peruntukan Tambahan Dalam Bajet 2018, Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Perlu Kelulusan Parlimen Julai Ini

Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang Parlimen, Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018. Kementerian Kewangan berkata, peruntukan yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata. "Ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan telah disediakan dalam Bajet 2018 kerana mantan Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu pada 27 Oktober 2017."Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara," menurut kenyataan itu hari ini. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.Perkara itu telah disahkan oleh Akauntan Negara Datuk Saat Esa bahawa peruntukan tersebut perlu diluluskan dalam sidang Parlimen pada Julai 2018 ini sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018. Pada 30 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.Menteri Kewangan Lim Guan Eng kemudiannya memaklumkan bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM700 juta yang akan dibentang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan pada sidang Parlimen Jun ini.

Sumber : Bernama

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

Dengan ini dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Rujukan di Pusat Dokumentasi BPPDP akan ditutup buat sementara waktu mengikut ketetapan seperti berikut:  Tarikh    :       11- 18 Jun 2018  Masa      :        8.00 pagi – 4.00 petang  Penutupan ini adalah disebabkan Pusat Dokumentasi akan melakukan penyelenggaraan dan Sambuan Hari Raya pada tarikh dan masa tersebut.  Sebarang kesulitan amat kami kesali dan kami mohon maaf atas penutupan ini.   Sekian. Terima kasih.

http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4192-notis-penutupan-sementara-pusat-dokumentasi-2

BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

BULETIN INTEGRITI SIRI 1/2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)  Muat Turun

http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4190-buletin-integriti-siri-1-2018-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan