Monday 19 August 2019

Sunday 18 August 2019

10 Nasihat musim jerebu - Mestecc


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 8 August 2019

Belajar Menggunakan Quizizz

Belajar Menggunakan Quizizz



Salah satu cara pembelajaran abad ke 21 adalah dengan menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan kuiz interaktif secara Online.

Tutorial Cara menggunakan 
Quizizz
Melalui Quizz, guru dapat menjana kuiz mengikut topik yang diajar. Boleh juga menggunakan kuiz tersedia yang telah dijana oleh guru-guru lain.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Bukti pertama NIMstudy meningkatkan keupayaan murid hadapi UPSR 2019!

Bukti pertama NIMstudy meningkatkan keupayaan murid hadapi UPSR 2019!




Selepas 24 jam dilancarkan, kita sudah boleh dapat lihat murid yang gigih berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri menjawab soalan sebenar UPSR secara online yang diberi nama NIMstudy oleh CikguSuffi.com

Jelas di sini kaedah pembelajaran baharu ini dicuba dari murid yang akan menghadapi UPSR tahun ini dari segenap pelusuk tanah air. Cikgu merujuk kepada Murid yang bernama Shahida Najihah dari SK (LKTP) TRIANG 2 yang mencuba sebanyak 3 kali berturut-turut. Seperti yang disarankan, jawab, semak dan jawab semula. Di sini kelihatan markah yang permulaannya hanya 16/40 terus melonjak kepada 26/40 untuk cubaan kedua dan 38/40 untuk cubaan ketiga. Cikgu yakin cubaan keempat adik yang gigih berusaha ini akan dapat 40/40. Tahniah!

Cikgu tidak kenal kamu siapa, tapi cikgu tahu apa yang cikgu usahakan dapat membantu kamu untuk meningkatkan keupayaan menghadapi UPSR 2019. Terima kasih memanfaatkan NIMstudy, sebarkan kepada yang lain untuk mencapai kejayaan bersama!

Sumber : cikgusuffi.com

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat

Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday 12 March 2019

12 Cover File panitia - Muat Turun fail .psd di @kelabgurushare



12 Cover File panitia - Muat Turun fail .psd di @kelabgurushare t.me/kelabgurushare


Free For All - Anda boleh ubah segalanya, tiada lock, tiada password & PERCUMA!.

Sumber :

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat

Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 14 January 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : SEMBILAN (9) INTERVENSI TELAH DIGARISKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

........

48. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah kita telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.

49. Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
a. Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
b. Inisiatif kedua:  pengurusan data dan sistem online, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM.  Di samping itu,  Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid. 
c. Inisiatif ketiga:  sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah. 
d. Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
e. Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

50. Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.

......

Ikuti rakaman siaran langsung penuh di bawah untuk maklumat penuh. : 




Tuesday 25 September 2018

Abam bagi siap-siap. Dah boleh ready ok untuk program lepas PT3

Abam bagi siap-siap. Dah boleh ready ok untuk program lepas PT3

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2N2XbL8
via mykelabguru.viral@blogger.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan