Monday 30 September 2019

Insentif R10,000 Untuk Ahli KWSP Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Dan 2019? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan bahawa ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 berhak mendapat insentif RM10,000 dari KWSP. Versi Laman Sesawang: Versi Whatsapp: SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) : “KWSP  memberi amaran kepada orang awam mengenai cubaan menipu dan mencuri data yang disebar melalui media sosial, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Nur Alert Kanak-Kanak Hilang: Puteri Nurardiana Damia Qaisara Binti Abdullah - Pengumuman KPM

Nur Alert Puteri Nurardiana



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Tahun 2017 Hingga 2019 (Urusan Cicir) - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

07 Oktober 2019 (Isnin)

hingga

27 Oktober 2019 (Ahad)

21 hari

·      Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON

·      Tarikh tutup pada 27 Oktober 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

2.

28 Oktober 2019 (Isnin)

hingga

10 November 2019 (Ahad)

14 hari

·      Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian

·      Tarikh tutup pada 10 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

3.

11 November 2019 (Isnin)

hingga

24 November 2019 (Ahad)

14 hari

·      Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 24 November 2019 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan TAHUN 2017 HINGGA 2019;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2017 HINGGA 2019;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2017 HINGGA 2019 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan TAHUN 2017 HINGGA 2019.
  1. Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.
  2. Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 07 OKTOBER 2019 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).
  1. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
  • Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  • Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan : CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);
  • Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  • Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  • Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  • Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Cuti atau Tanpa Sebab Munasabah Atau Tanpa Kelulusan / Kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
  • Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

6          Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 

Muat Turun LAMPIRAN A 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday 28 September 2019

Kenyataan Media: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) - KPM

Kenyataan Media KPM PT3 PAV 2019 Kemangkatan Sultan Kelantan page 001

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Friday 27 September 2019

Video Tular Buli Remaja Lelaki Berlaku Di Malaysia? - Sebenarnya

PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan berhubung video buli pelajar yang didakwa berlaku di Malaysia sepertimana yang tular di media sosial. Menurut PDRM, pihaknya mengesahkan video buli yang tular di media sosial seperti di bawah bukan berlaku di Malaysia, sebaliknya berlaku di negara Indonesia sekitar tahun 2018. SUMBER: Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Sinar Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 24 September 2019

Kejayaan Warga Pendidikan Kedah Dihargai; Terima Anugerah Dari Pengarah - CikguHailmi

Ini kali pertama saya menghadiri perhimpunan bulanan JPN Kedah. Saya dijemput Sektor Akademik untuk disampaikan semula Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman.


Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman
Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa #IUCEL2019 di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri, Cikgu Abd Aziz bin Selaiman

Bersama saya juga guru dan pegawai yang menerima banyak lagi kejayaan dan sumbangan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa; termasuk yang bawak team bola Malaysia ke Osaka baru-baru nih, dan muncul Johan di sana, the Malaysia Warriors! Hebat weyh..

Terima kasih JPN #Kedah atas kecaknaan dengan kejayaan dan sumbangan luar biasa guru-guru negeri Kedah di dalam dan di luar daripada negeri. Semoga dengan pengiktirafan ini juga menyuntik semangat para guru untuk terus bersemangat mencurah bakti kepada negeri ini.


Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019
Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan September 2019

Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres
Pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres

Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59
Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59

Selain daripada pelancaran Program Pendidikan #Sivik dan Program #3A Menangani Stres, perhimpunan juga diserikan dengan Sambutan Hari Lahir tuan Pengarah kali ke-59. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin!

#GNN #GuruNadiNegara @ Dewan Al - Farabi , BTPN KEDAH
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2019 - Pengumuman KPM

Gerakan Dekad Membaca 24 Sept c



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan