Thursday 31 October 2019

Terdapat Iklan Tawaran Perkahwinan Warga Asing Dengan Wanita Tempatan Yang Menggunakan Nama Imigresen Dan JAKIM? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial berhubung iklan tawaran perkahwinan warga asing dengan wanita tempatan yang kononnya iklan tersebut boleh dirujuk dan ditemuduga oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan mempunyai sebarang kaitan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kastam Merampas 2 Kotak Wang Palsu Dibawa Oleh Pelancong Dari China? - Sebenarnya

PENJELASAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis memperjelaskan dakwaan sebuah video yang kononnya terdapat sejumlah dua kotak wang kertas palsu RM50 dan RM100 yang dirampas daripada pelancong China di Perlis, sepertimana yang tular di media sosial. Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM): Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mengesahkan sebuah video yang memaparkan sejumlah dua […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Premis Makanan Ah Cheng Laksa Berstatus Tidak Halal? - Sebenarnya

PENJELASAN: Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan berhubung status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Seorang Pelajar Perempuan Sekolah Agama Di Segamat Diculik? - Sebenarnya

PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya berlaku kejadian penculikan yang membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah agama di Segamat, Johor. Kandungan mesej yang tular tersebut adalah seperti berikut: “Mohon viralkan seberapa pantas yg boleh!! Jika sesiapa ternampak budak perempuan ni yg bernama Nur Farisa Damia, sila serah kepada mana2 […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 30 October 2019

Kenyataan Media MPM: Peperiksaan Semester 3 STPM 2019 dan Peperiksaan Semester 1 STPM 2020 - KPM

30 Kenyataan Media MPM Peperiksaan STPM 2019 2020130 Kenyataan Media MPM Peperiksaan STPM 2019 20201

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Sunday 27 October 2019

Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama? - CikguHailmi

Masih ramai lagi yang keliru antara gred Hakiki dengan gred KUP. Malah kadang-kadang susah jugak kita nak rujuk mana-mana, sebab tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat macam nih. Jadi, selepas saya bertanya dengan pihak yang berkenaan, maka saya rasa baik juga jika saya kongsikan apa beza antara gred Hakiki dengan KUP supaya boleh menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu lain jugak. Jom kita tengok.


Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?
Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP?


GRED KUP
KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu tu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawak jugak gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Maknanya jika saya Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP), jadi saya boleh berpindah ke mana-mana sekolah lain dengan masih gred DG48(KUP).



GRED HAKIKI
Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan.  Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tuh masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau dia nak pindah juga, dia kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.


Beza Tak Pencen KUP Dengan Hakiki?
OK, so far faham tak? Satu lagi isu yang berkait dengan gred KUP dan Hakiki ini adalah soal pencen. So berikut adalah soalan dan jawapan yang saya tanyakan kepada seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan ini.


"Saya ada soalan. Jika saya nih GURU Cemerlang DG48(KUP), diberi jawatan Guru Kanan DG44(HAKIKI),
1. Saya akan terima gaji untuk yg mana satu?

"Gaji berdsrkn gred yg disandang pada gred dg48 kup.. Pengisian pula tertakluk kpd kategori tempat yg diisi.. Contohnya klu guru di sekolah.. Gred penyandang ialah 48 kup tp isi post 41..sbb sekolah mmg post 41 flexi smp 54..jd guru itu akn dpt gji 48kup"









2. Soalan saya, ada beza tak jika saya pencen dengan gaji Hakiki atau gaji kup?

"Pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir.. Tidak ada kaitan dgn kup atau hakiki.. Istilah kup ni merujuk kpd kaedah penmptn dan kenaikan pngkt..
1/600x jumlah bulan perkhidmatan x gaji akhir (pokok)"


OK, diharapkan perkongsian ini mampu memberi anda kefahaman tentang gred KUP dan juga HAKIKI serta persoalan yang berkaitan kedua-dua ini. JIka ada sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau betulkan, maka jangan segan silu, sila lah komen kat bawah ya. Terima kasih semua!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 25 October 2019

Pelawaan Untuk Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 15/2020 - Pengumuman KPM

Ruj.Kami   : KPM.100-16/4/3  (75)

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15/2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 15/2020. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
  1. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan artikel tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel tersebut jurnalbpg@gmail.comhasmidatulsuria@moe.gov.my . Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 15 Januari 2020.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi ditalian 03-8884 1369 dan email; hasmidatulsuria@moe.gov.my / jurnalbpg@gmail.com.
  1. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat turun:

Surat Pelawaan

Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2020 

Lampiran A

 

 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan