Friday 29 November 2019

Keputusan Akhir Tahap Kompetensi Peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2019 - Pengumuman KPM

Keputusan Akhir Tahap Kompetensi Peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2019 boleh disemak melalui Sistem Dalam Talian, Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL mulai 29 November 2019, jam 4.00 petang. Sila layari http://tls.moe.gov.my



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenyataan Media: Data Raya TVET Akan Dibangunkan - KPM

Kenyataan Media Mesyuarat JKKTVET 2 LATEST1Kenyataan Media Mesyuarat JKKTVET 2 LATEST1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Wednesday 27 November 2019

Tiga Kes Kematian Akibat Jangkitan H1NI Di Sarawak? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku tiga kes kematian akibat jangkitan Influenza H1N1 di Hospital Umum Sarawak. SEBENARNYA: Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan tiga kes kematian di Hospital Umum Sarawak baru-baru ini adalah akibat jangkitan Influenza H1N1 seperti yang ditularkan menerusi media sosial. Menurut Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga kes kematian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Panggilan Palsu Daripada EAIC - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan  panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi atau medium sosial yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank. Orang awam yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 Dan Ke Atas Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Pengumuman KPM

 

Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 Dan Ke Atas Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 Muat Turun 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 26 November 2019

Dunia Pendidikan Semakin ke Laut? Ini Pesan Cikgu Suhaila - CikguHailmi

Belakangan ini banyak cerita pendidikan yang berlegar di sekeliling. Kadangkala yang cerita negatif tu lagi banyak keluar, sampai yang positif pun boleh tumpang rasa negatif juga pastu. Ini tak bagus. Jadi perkongsian daripada Cikgu Siti Suhaila di Facebook beliau, mungkin boleh membuka minda kita sebagai pendidik, kepada sesuatu yang lebih positif. Jom kita baca!


Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE
Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE


"Cikgu2 bosan, ngajar apa kat depan, tak faham.

Cikgu asyik membebel.

Beban kerja berlambak2. Pentadbir tak faham. Pentadbir suka push.

JPN PPD asyik mengejar macam2.

Silibus mengarut. KPM tak buat kerja. Menteri ntah hape2.

Terlalu banyak perkara negatif bukan sahaja di minda murid, ibu bapa, malah di minda guru sendiri termasuk sy.

Kita akan terus kekal negatif jika kita maintain di circle yang sentiasa berbicara tentang perkara tu.

Sedangkan sekarang ni banyak perubahan positif dalam arena pendidikan yang kita tak ambil tahu dan tak endah. Kita hanya peka di sisi negatif.

 

Sy sarankan guru2 keluar dari kelompok 'sekolah sendiri semata' dan sertai program2 pendidikan, cari persatuan yang positif, program yg positif yang dihadiri oleh guru2 hebat yang sentiasa memberi inspirasi.

Bila kita banyak terlibat dengan program2 sebegini, kita akan sentiasa terinspirasi. Positif vibes tu di mana-mana. Walau betapa remuk kecewa, frust, letih kita waktu itu, tp bila bertemu dengan insan2 yang penuh inspirasi, InsyaAllah kita akan kembali bersemangat.

Percayalah. Ramai guru yang sy temui menjadikan program2 positif seperti ini sebagai suatu terapi dan mengekalkan diri supaya terus bersemangat sebagai seorang pendidik.


Duta Guru Nadi Negara
Duta Guru Nadi Negara


Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan mengiktiraf guru2 dengan anugerah Guru Nadi Negara, Guru Adiwira Kebangsaan, Guru Adiwira PAK21 dan pelbagai lagi.


BACA LAGI : Edufluencers oleh PADU Education, 25 Ikon Guru Jumpa KPPM


Pengiktirafan sebegini suatu penghargaan yang memberi inspirasi berterusan kepada guru2. Guru2 hebat ini menjadi idola dan ikutan guru2 lain untuk berubah ke arah lebih baik.

Sampai bila kita ingin terus kekal dalam zon selesa?



Ayuh Sama2 kita menyambut baik usaha kementerian pendidikan dalam meningkatkan kualiti guru dengan suasana yang cukup positif dan menginspirasikan.

Mungkin suatu hari nanti kita boleh ubah stigma masyarakat yang menjadikan artis sebagai idola kepada GURU SEBAGAI IDOLA?

Mungkin suatu hari nanti golongan pendidik yang mendominasi dunia media yang banyak memberi pengaruh kepada anak2 kini?

Kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Lets make a Change 😉 "


Siapa lagi yang setuju dengan Cikgu Siti Suhaila nih? Mesti ramai kan? Jom komen sket kat bawah.
Cikgu Siti Suhaila merupakan guru Matematik di SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc di Youtube dan sebahagian daripada kumpulan utama guru cikgooTUBE.


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Pengumuman Dan Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Dan III, Sesi 2019/2020 - Pengumuman KPM

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

SEMESTER I DAN III, SESI 2019/2020

 

1. Calon PSPM, Semester I & III, Sesi 2019/2020 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 3 Disember 2019 (Selasa) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
     a) LAMAN WEB
          Layari http://www.moe.gov.my
          Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. KP
           (calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)

     b) KOLEJ MASING-MASING
          Cetakan slip keputusan peperiksaan

     c) TELEFON
          i. Kolej masing-masing.
         ii. Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4020.

2. Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020.

 

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan