Wednesday 1 April 2020

Dakwaan Nota Suara Anggota ATM Pukul Individu Yang Keluar Rumah Ketika PKP Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan tularan audio yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memukul individu yang keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tindakan ini telah menimbulkan kegusaran awam dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan. Tindakan tegas melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan kepada individu yang membuat penularan berita palsu seperti […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Staff TF Value Mart Di Kulim Positif COVID-19 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Pejabat Kesihatan Daerah Kulim menafikan kes tersebut adalah kes COVID-19. SUMBER: Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kulim Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Talian Hotline Yang Menggunakan Nombor Mudah Alih Untuk Setiap Daerah JKM Negeri Pahang Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Semua sumbangan bagi operasi Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi mengurangkan risiko rantaian Covid-19 kepada semua warga Pahang yang dikasihi yang ingin memberikan atau mendapatkan sumbangan sila hubungi kami dahulu seperti talian yang tertera di bawah mulai jam 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang. JKM Negeri Pahang : […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mereka Yang Pernah Ke 7 Kawasan Di Sekitar Daerah Marang Dan Kuala Terengganu Perlu Menjalani Ujian Saringan COVID-19 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin memaklumkan bahawa jabatan ini menafikan isu yang tular sebagaimana di atas melalui aplikasi WhatsApp. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memohon kepada semua lapisan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita yang tidak benar/ sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Laman Sesawang Yang Menawarkan Data Internet 100GB Secara Percuma Selama 30/60 Hari - Sebenarnya

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman sesawang yang menawarkan data internet sebanyak 100GB secara percuma selama 30 atau 60 hari sepanjang tempoh kuarantin COVID-19. Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, laman sesawang tersebut mungkin digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna (phishing). Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Penipuan Aplikasi Mudah Alih Yang Menggunakan Nama Kerajaan Dan Perdana Menteri Malaysia - Sebenarnya

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman sesawang yang menggunakan nama Kerajaan Malaysia, meminta orang awam memuat-turun aplikasi mudah alih yang menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia, bagi mendapatkan pakej bantuan COVID-19. Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, aplikasi tersebut mungkin mengandungi perisian hasad yang seterusnya boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna (phishing). Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Senarai Beberapa Kawasan Diisytihar Zon Merah Di Johor Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian berkaitan viral di media Senarai zon merah Covid-19 tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh JKNJ. SUMBER: Facebook Rasmi JKNJ Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan