Thursday 30 April 2020

Siaran Berita Daripada Astro Awani Kononnya Motosikal Kuasa Besar Melebihi 500cc Dibenarkan Berkonvoi Dalam Tempoh PKP Fasa 4 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Berdasarkan semakan MCMC, pihak Astro AWANI telah membuat penafian berhubung perkara ini. Menurut Astro Awani, pihak mereka merujuk satu tangkapan skrin yang tular di media sosial. Astro AWANI tidak pernah menyiarkan kenyataan bahawa ‘motosikal berkuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi’, bagi merujuk kepada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4. Penafian ini dibuat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 29 April 2020

Makluman Tarikh-Tarikh Peperiksaan SPM 2020 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh-tarikh peperiksaan seperti yang tular di media sosial adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KPM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak Dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai Peringkat KPM Tahun 2020 - Pengumuman KPM

NOTIS  MAKLUMAN:

PELANJUTAN TARIKH TUTUP

SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI, DEKLAMASI SAJAK DAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI

PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2020

___________________________________________________

 

Pihak urus setia Sayembara Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 memahami akan kesukaran yang dialami oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, terutama dalam menguruskan aspek penyediaan dan penghantaran penyertaan sayembara.

Untuk itu, dimaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara tersebut dilanjutkan kepada 31 Mei 2020. Makluman lanjut bagi penyertaan sayembara ini boleh dirujuk kepada syarat penyertaan yang dilampirkan bersama makluman ini. Sekian

Muat Turun Syarat Penyertaan

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

29 APRIL 2020 

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kegiatan Penjajaan Tanpa Lesen Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Adalah Video Lama Yang Ditularkan Semula - Sebenarnya

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) ingin menjelaskan mengenai video yang telah tular berhubung kegiatan penjajaan tanpa lesen oleh warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang. DBKL mendapati video tersebut adalah video lama yang telah ditularkan semula dengan niat untuk menjejaskan reputasi DBKL. Kawasan persekitaran Pasar Harian Selayang kini berada pada tahap yang amat memuaskan ekoran tindakan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Infografik Berkenaan Saranan KP Kesihatan Kepada Rakyat Malaysia Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), infografik tersebut adalah palsu. SUMBER: Twitter Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dokumen Berkenaan Garis Panduan Sambutan Aidilfitri Dalam Tempoh PKP Yang Bukan Daripada Saluran Rasmi JAKIM Adalah Tidak Sah - Sebenarnya

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP. Sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah. SUMBER: Facebook Rasmi JAKIM Berita Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Pihak Yang Menawarkan Khidmat/ Program/ Pelaburan Berbayar Menggunakan Nama MDEC - Sebenarnya

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC): Kami telah dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat pelbagai rantaian pesanan yang ditularkan melalui WhatsApp dan media sosial daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dimana ia menawarkan khidmat dan/atau program dan/atau pakej pelaburan berbayar kepada orang ramai dengan menggunakan nama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Kami ingin menegaskan bahawa MDEC […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan