Saturday 16 May 2020

Dakwaan Jalan Pasar Pudu Dikenakan PKPD Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Laporan mengatakan Jalan Pasar Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan tersebut hanya terlibat untuk kawalan secara pentadbiran. “Seperti saya kata, ada keadaan tertentu yang kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran. Belum lagi PKPD, total lockdown, iaitu tidak dibenarkan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Video Dan Teks Ucapan Perutusan Khas Hari Guru Oleh YAB Perdana Menteri - Pengumuman KPM

Perutusan Khas Hari Guru Oleh YAB PM (16 Mei 2020)

 Teks Ucapan Perutusan Khas Hari Guru 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Sejarah Hari Guru Pada 16 Mei Setiap Tahun - cikguayu.my

selamat hari guru doodle kartunPada setiap tahun, semua sekolah di seluruh negara akan menyambut hari guru pada 16 Mei. Tarikh 16 Mei dipilih sempena penerimaan cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Laporan Jawatankuasa itu diterima oleh Pelajaran Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council). Dokumen tersebut yang dikenali sebagai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Friday 15 May 2020

Gesaan Supaya Orang Ramai Tidak Makan Atau Membeli Di Beberapa Premis Kerana Ayam Yang Dibekalkan Adalah Dari Kilang Memproses Ayam Di Pedas Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah palsu dan tidak benar. Dalam perkembangan yang sama berhubung perkara ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya berkata, keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor’ daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). SUMBER: Facebook Rasmi KKM Facebook […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Klip Video Yang Mendakwa Kononnya Sekumpulan Warga Rohingya Memukul Anggota MPS Adalah Kejadian Yang Berlaku Di Indonesia - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan. “Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 14 May 2020

Dakwaan Terdapat Kes COVID-19 Di Pasar Borong Gong Pauh Dibawa Oleh Pemandu Lori Sayur Dari Selayang Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin merujuk kepada kenyataan yang tular di laman Facebook pada 14 Mei 2020 berkenaan kononnya terdapat kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu di kalangan pemandu lori sayur dari Selayang. Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Untuk makluman, aktiviti saringan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil atau Diploma Kemahiran (TVET), Diploma atau Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Tahun 2020.

3.         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2(6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.

4.         Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA  Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Surat tawaran dari pusat pengajian;
  4. Senarai penuh mata pelajaran yang bakal diambil;
  5. Kalendar akademik pengajian;
  6. Surat lantikan ke Perkhidmatan Awam;
  7. Salinan Buku Perkhidmatan yang lengkap;
  8. Borang pengesahan berpindah dan kebenaran membawa keluarga;
  9. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan);
  10. Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau borang pemeriksaan kesihatan pusat pengajian - disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah;
  11. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara - bagi Ijazah Pertama;
  12. Salinan Sijil Kolej Komuniti/Sijil TVET dalam bidang yang sama - bagi Diploma TVET;
  13. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET - bagi Sijil dan Diploma TVET; dan
  14. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6.         Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:

 

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

          

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru

Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Shaharudin bin Said

7.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-8872 1514

Emel               : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-8884 7947

Emel               : paridah.ali@moe.gov.my

Nama             : Encik Shaharudin bin Said

No. Tel.          : 03-8884 1065

Emel               : shaharudin.said@moe.gov.my

8.         Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-887 21514/03-8884 7947

Faks: 03-8884 7925

 

Muat Turun Surat Edaran

Muat Turun Syarat PPKP Sepenuh Masa

Muat Turun Garis Panduan PPKP

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan