Wednesday 11 November 2020

Dakwaan Tidak Perlu Surat Kebenaran Merentas Daerah Di Kedah Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Sebarang pergerakan rentas negeri dan daerah bagi individu masih menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan menjalankan tugas sahaja tidak perlu menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak PDRM. Sudah memadai dengan menunjukkan surat majikan tersebut. Disamping itu juga, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Surat Derma Palsu Yang Menggunakan Nama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh “Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)” yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.Individu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan. SC telah membuat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 10 November 2020

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Tahun 2019 Hingga 2020 (Urusan Cicir) - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

11 November 2020 (Rabu)

hingga

 

25 November 2020

(Rabu)

 

15 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 25 November 2020 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

2.

26 November 2020

(Khamis)

hingga

 

10 Disember 2020

(Khamis)

 

15 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 10 Disember 2020 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

11 Disember 2020

(Jumaat)

hingga

 

25 Disember 2020

(Jumaat)

15 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 25 Disember 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan TAHUN 2019 HINGGA 2020.

3.         Mulai tahun 2019, urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan permohonan oleh calon sendiri. Calon hanya perlu menyemak semua maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan masing - masing menggunakan log masuk sendiri bagi permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMASKINI. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 11 NOVEMBER 2020 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti jadual di Para. 2 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) / Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP)
  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB);
  5. Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil (sila rujuk Para. 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

6.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH dinaikkan pangkat dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat atas gred yang sama sahaja diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang SEDANG MEMANGKU juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang Ulasan Ketua Jabatan). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan PERAKUAN DIBUAT BAGI SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat Turun Surat Siaran

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 9 November 2020

Pemakluman Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) - Pengumuman KPM

Muat Turun Surat Pemakluman



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Sunday 8 November 2020

Infografik Pengoperasian Sekolah Dan Tarikh Baharu Peperiksaan Awam - Pengumuman KPM

{gallery}KPM/UKK/Galeri2020/1108-Infografik-Pengoperasian-Sekolah{/gallery}

 Muat turun teks ucapan



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 6 November 2020

Senarai 3 Buah Sekolah Ditutup Di Daerah Kemaman, Terengganu (Kemas Kini 6 November 2020) - Pengumuman KPM

 Muat Turun Senarai



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 5 November 2020

Kenyataan Media: Penutupan Institusi Pendidikan Di Daerah Dungun, Terengganu; Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Dan Daerah Kerian, Perak - KPM

Muat Turun Kenyataan Media

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan