Monday 30 November 2020

Ikon Penulis Guru, Ikon Ilustrator Guru Dan Ikon Membaca Guru - Pengumuman KPM

ikon guru

ANDA ATAU RAKAN ANDA seorang penulis, pengkarya atau ilustrator?

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM mempelawa Guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkhidmat untuk mencalonkan rakan guru/ diri sendiri sebagai Ikon Guru bagi tiga (3) kategori yang berikut:

  • Ikon Penulis Guru
  • Ikon Ilustrator Guru
  • Ikon Membaca Guru

Pencalonan tersebut boleh dibuat di pautan yang berikut:

https://mbkm.my/pencalonan-anugerah-ikon-guru/  

Ikon Guru yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 15 Disember 2020.

Sekian, terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 27 November 2020

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2020: Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Muat turun SPI Bilangan 3 Tahun 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tiada Pekerja Panjat Pagar Keluar Dari Kawasan PKPD Top Glove - Sebenarnya

Polis menjelaskan tiada pekerja di asrama Top Glove Meru, Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memanjat pagar untuk keluar daripada kawasan itu. Jurucakap Khas Ops COVID-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap gambar tular di media sosial yang memaparkan pekerja lelaki memanjat pagar asrama berkenaan mendapati, perbuatan itu (memanjat pagar) berlaku pada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 25 November 2020

Infografik Yang Tular Di Saluran Telegram Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Terdapat cubaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj infografik yang disediakan oleh pihak KKM. Untuk makluman, saluran telegram tersebut bukan milik KKM. Tindakan tersebut boleh mengelirukan orang awam. Mohon untuk tidak menjadikan platform lain sebagai sumber maklumat bagi mendapatkan informasi terkini COVID-19 di Malaysia selain daripada akaun rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 24 November 2020

Video Suara Generasi COVID - Pengumuman KPM

Suara Generasi COVID merupakan satu inisiatif KPM bersama-sama rakan strategik iaitu UNICEF Malaysia dan ARUS Education. Program ini bertujuan memberi ruang kepada murid di sekolah dari pelbagai latar belakang berkongsi pendapat mengenai pandangan dan perasaan  pengalaman mereka menghadapi wabak COVID-19. Apa yang menarik mengenai program ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang bertemakan COVID-19 dilaksanakan melalui project-based learning dalam 4 mata pelajaran iaitu Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains. Perkongsian video ini bertujuan mewar-warkan program ini mengenai  pembelajaran secara project-based learning yang berbentuk inter-disciplinary yang dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada murid dan juga guru. Dokumentari tersebut boleh didapati melalui pautan berikut:

{youtube}https://youtu.be/RE_stys2wk0{/youtube}



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 23 November 2020

Waspada Aplikasi Palsu Yang Meminta Maklumat Ahli KWSP Berkenaan Permohonan i-Sinar - Sebenarnya

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli KWSP. Buat masa ini, tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 21 November 2020

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2020: Pelaksanaan Ujian Amali Sains Bagi Mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi Dan Sains Tambahan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Mulai Tahun 2021 - Pengumuman KPM

 Muat turun SPI



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan