Monday 10 May 2021

Tangkap Layar Video Suasana Di CAC Stadium Melawati Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Menteri Besar Selangor: Tangkap layar daripada video yang dikatakan merupakan suasana di CAC Stadium Melawati adalah tidak benar. CAC Stadium Melawati adalah sebagai pusat penilaian tahap kesihatan pesakit COVID-19 dan bukan pusat kuarantin seperti di MAEPS. Pesakit COVID-19 juga tidak dibenarkan bermalam di CAC Stadium Melawati. Gambar berikut adalah contoh gambar aktiviti di […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kes Culik Yang Berlaku Melibatkan 2 Warga Bangladesh Bersama Remaja Bawah Umur - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Klang Utara: Pada 7 Mei 2021, terdapat satu kandungan yang dimuatnaik di laman sosial berkenaan satu kes culik melibatkan 2 orang lelaki warga Bangladesh dan seorang budak bawah umur. Pihak polis mengesahkan tiada kes culik seperti yang telah diviralkan. pada 5 Mei 2021, remaja berkenaan telah keluar bersama 2 […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 8 May 2021

Waspada Laman Sesawang Mirip Laman Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) - Sebenarnya

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): LHDNM menafikan kandungan WhatsApp yang sedang tular tersebut.Penerima BPR disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. SUMBER: Laman Rasmi BPRFacebook Rasmi LHDNMTwitter Rasmi LHDNM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 4 May 2021

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember 2021 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

 Bil.  

 Tarikh  

 Tempoh  

 Keterangan

1.

05 Mei 2021 (Rabu)

hingga

 

06 Jun 2021
(Ahad)

 

33 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 06 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

 

2.

07 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

27 Jun 2021
(Ahad)

 

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 27 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

28 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

18 Julai 2021
(Ahad)

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 18 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  • (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
  • (d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 05 MEI 2021 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG)/ Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CSG / CTG / CTGIP oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan / atau CTG / CTGIP boleh MENJEJASKAN KEKANANAN kecuali Cuti Belajar);

  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;

  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

  5. Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 13 bagi maklumat lanjut); dan

  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat Turun Surat Siaran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengoperasian Konsultasi Sentral Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KoSSMIK) IAB Secara Rasmi - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Sejahtera

YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENGOPERASIAN KONSULTASI SENTRAL SENTRAL SEHENTI MAYA INTEGRASI KEPIMPINAN (KoSSMIK) IAB SECARA RASMI

Sukacita dimaklumkan bahawa IAB telah membangunkan satu platform untuk pemimpin pendidikan khususnya pengetua dan guru besar bagi mendapatkan konsultasi secara maya dalam bidang kepimpinan pendidikan melalui platform KoSSMIK.

Sehubungan itu, YBrs.Dr./tuan/puan adalah dipelawa untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada coach IAB melalui KoSSMIK mulai 3 MEI 2021.

KoSSMIK boleh diakses melalui pautan berikut:
https://sistem.iab.edu.my/ekossmik/login.php

Atau imbas kod di bawah.

Kossmik



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 3 May 2021

Semua Penerbangan MAB Dari India Ke Malaysia Adalah Penerbangan Kargo - Sebenarnya

Menurut Siaran Media Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT): Selari dengan arahan Kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkuatkuasa pada 28 April 2021, semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia. Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Semua penerbangan MH yang menjadi tular di media sosial merupakan penerbangan kargo. Penerbangan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 2 May 2021

Soalan Lazim (FAQ) Pengurusan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bermula Cuti Hari Raya Aidilfitri Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Bagi Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan