Monday 31 May 2021

Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20-an Akibat COVID-19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Pahang: Sehingga 30 Mei 2021, tiada kematian akibat COVID-19 di negeri Pahang melibatkan lelaki Cina berumur 20 tahun dan tinggal di Taman Tas, Kuantan. Terdapat keseluruhan 58 kematian dilaporkan akibat COVID-19 di negeri Pahang. Kematian termuda di negeri Pahang melibatkan lelaki India berumur 23 tahun. Manakala, kematian termuda […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Keputusan Temu Duga Program HLP dan HLPS Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM Ambilan Sesi 2021 - Pengumuman KPM

HLP POSTER

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 31 Mei 2021 (Isnin), jam 3.00 petang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
31 Mei 2021


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday 29 May 2021

Mesej Kononnya SOP Terkini Oleh MKN Berkenaan Pelaksanaan Lockdown Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kenyataan tersebut adalah palsu. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Infografik Senarai Perkhidmatan Perlu Semasa PKP Yang Tular Adalah Poster Yang Ditularkan Kembali - Sebenarnya

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN): Infografik yang sedang berlegar di media sosial adalah merupakan poster lama yang ditularkan kembali. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Twitter Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Sebarang Grafik Dikeluarkan Oleh Pihak MITI Bagi Pelaksanaan PKP Fasa Pertama, Bagi Tempoh 1 – 14 Jun 2021 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa Industri (MITI): MITI tidak mengeluarkan apa-apa grafik untuk senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 – 14 Jun 2021. Senarai ini akan diumumkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukan MITI. SUMBER: Facebook Rasmi MITI Twitter Rasmi MITI Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 28 May 2021

ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021 - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO AWARD FOR THE SECOND EDITION OF BAYAN CONTEST FOR CREATIVE EXPRESSION IN ARABIC FOR THE YEAR 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the year of 2021. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan kemahiran dan ekspresi kreativiti dalam kalangan pelajar bukan Arab yang mempelajari Bahasa Arab dalam mengembangkan bidang penulisan dan ekspresi lisan Bahasa Arab. Anugerah ini adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah mendapat sambutan menggalakkan. Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk mempromosikan kreativiti dan produktiviti serta mengetengahkan kepelbagaian dalam Bahasa Arab. Selain itu, ianya pelengkap kepada pendekatan pendidikan dan budaya yang seimbang serta dapat membina dua kemahiran produktif linguistik dalam penulisan kreatif dan ekspresi lisan.

3.  Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/05/18/nominations-open-for-icesco-bayan-award-for-creative-expression-in-arabic-2021/. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui pautan http://www.icesco.org/wp-content/uploads/2019/12/Nomination-Form-ICESCO-Bayan-Award.pdf Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan penyertaan dalam dalam bentuk video bersama dokumen yang diperlukan mengikut syarat yang ditetapkan kepada pihak ICESCO melalui alamat emel (bayanaward2@icesco.org) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 27 May 2021

Laporan Kejadian Gempa Bumi Di Gua Musang, Kelantan 59KM Timur Laut Ipoh, Perak Pada 26 Mei 2021 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut siaran media Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia): MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan 59KM timur laut Ipoh, Perak bermagnitud 5.1 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021. Mesej tular tersebut tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa tersebut yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan