Saturday 10 July 2021

Kenyataan Media Bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan, kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan meletakkan jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu. Menurut seorang pegawai di PMO kepada Astro Awani, “kenyataan media itu palsu. Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 8 July 2021

Waspada Penyebaran Borang Pendaftaran ‘Google Forms’ Bagi Permohonan Vaksin Sinovac Di PPV BACC - Sebenarnya

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV): Sila berhati-hati sekiranya menerima maklumat palsu yang sedang tersebar berkenaan borang pendaftaran ‘Google Forms’ untuk PPV Bangi Avenue. Ini untuk melindungi maklumat peribadi anda. Daftar untuk vaksinasi: https://ift.tt/3y1cPyE SUMBER: Facebook Rasmi JKJAV Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesej Pemberian Vaksin Secara Besar-Besaran Di PPV BACC Tidak Dikeluarkan Oleh PKD Hulu Langat Dan PPV BACC - Sebenarnya

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat: Telah tular di WhatsApp & media sosial mengenai pemberian vaksin secara besar-besaran oleh PPV Bangi Avenue Convention Centre (PPV BACC). Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah palsu, ianya tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat dan PPV BACC. SUMBER: Facebook Rasmi PKD Hulu Langat Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 7 July 2021

Video Tular 2 Wanita Bunuh Diri Video Lama Dan Bukan Di Malaysia - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM): Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebuah klip video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, memaparkan dua (2) wanita bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment. Kejadian didakwa berlaku di Genting Highlands, Pahang. PDRM mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di luar negara pada tahun […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 6 July 2021

MBSP Tidak Pernah Bekerjasama Dengan Mana-Mana Pihak Dalam Pemberian Vaksin COVID-19 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP): MBSP dengan ini menafikan kandungan mesej yang tular di WhatsApp berkaitan kerjasama antara MBSP dan Sunway Carnival dalam pemberian vaksin dengan kadar bayaran RM50.00 . MBSP tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberi vaksin COVID-19 kerana pemberian vaksin adalah di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 4 July 2021

Dakwaan Bahawa YAB Perdana Menteri Dimasukkan Ke Hospital Ekoran Masalah Pembedahan Lalu Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri: YAB Perdana Menteri telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau. Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang. Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 2 July 2021

Waspada Tawaran Pembiayaan ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ Yang Menggunakan Logo KPKT - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): KPKT telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung tawaran pembiayaan peribadi yang diiklankan di laman Facebook iaitu ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’. Hasil semakan di laman Facebook tersebut, KPKT mendapati laman tersebut telah diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang telah menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara) dan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan