Tuesday 30 August 2022

Waspada Dengan Panggilan Atau SMS Dari TH Menawarkan Bantuan Dana Bagi Permohonan Rayuan Musim Haji 2023 - Sebenarnya

Menurut kenyataan Tabung Haji (TH): Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH. Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa DYMM Sultan Johor Mengeluarkan Kenyataan Terhadap Sebuah Parti Politik Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan DYMM Sultan Johor: DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan di dalam gambar ini. Ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial. Pejabat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Laman Web Palsu Menawarkan Perkhidmatan Pembaharuan Pendaftaran & Maklumat Perniagaan Yang Tidak Sah - Sebenarnya

Menurut kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): SSM mengesan kewujudan laman web dengan alamat url https://ezbizz.online/ yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dan pembekalan maklumat perniagaan secara tidak sah dan mengenakan kadar bayaran tinggi. Orang ramai yang ingin menjalankan urusan berkaitan entiti perniagaan diminta untuk menggunakan perkhidmatan atas talian SSM yang sah iaitu Portal EzBiz Online […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Group Telegram Pelaburan Palsu Yang Menggunakan Nama & Logo MIDA - Sebenarnya

Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): MIDA menyedari akan kewujudan pelbagai ‘group’ komunikasi palsu melalui aplikasi Telegram yang menggunakan nama, logo dan juga imej pegawai-pegawai MIDA. MIDA ingin menegaskan bahawa, MIDA tidak mempunyai sebarang akaun Telegram dan sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim-skim pelaburan yang diuar-uarkan. MIDA juga ingin menasihati orang ramai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 25 August 2022

Dakwaan Bahawa Terdapat Penjara Khas Untuk VIP Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Penjara Malaysia: Hentikan penyebaran maklumat palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Penjara Malaysia Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Dengan Panggilan Menyamar Sebagai Pegawai LHDNM - Sebenarnya

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): Berhati-hati dan jangan terpedaya. Untuk makluman:- • LHDNM tidak membuat panggilan melalui telefon bimbit.• LHDNM tidak akan menyambungkan panggilan ke agensi lain seperti PDRM, mahkamah dan lain-lain.• LHDNM tidak memberi nombor akaun untuk bayaran atau meminta nombor akaun untuk bayaran balik. SUMBER: Facebook Rasmi LHDNMTwitter LHDNM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 22 August 2022

Waspada SMS Kononnya dari Pihak Touch ‘n Go - Sebenarnya

Menurut kenyataan Touch ‘n Go: Terdapat SMS baharu yang menyamar sebagai Touch ‘n Go. Sila ambil perhatian dan maklum bahawa SMS itu tidak sahih. Jangan klik pada pautan tersebut. PM (Private Message) Touch ‘n Go untuk semak sama ada SMS yang anda terima adalah sahih. SUMBER: Facebook Rasmi Touch ‘n Go Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan