Tuesday 3 January 2023

Dakwaan Bahawa Starbucks Telah Disahkan Haram Oleh JAKIM Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Tular sebuah mesej tular yang dikitar semula, kononnya daripada seorang tokoh agama yang mendakwa bahawa Starbucks telah disahkan haram oleh JAKIM kerana mengandungi bahan E471 (Emulsifier 471). Untuk makluman pengguna, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 10 Mei dan 11 Oktober […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 2 January 2023

Video Tular Berkenaan 7 Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia Pada 2023 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil: Video memaparkan senarai tujuh manfaat menarik yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu. Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan bagi memastikan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu, selain membuat laporan kepada TikTok […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 30 December 2022

Waspada Tawaran Skim Bantuan Atau Penghargaan Khas Melalui SMS Atau Emel - Sebenarnya

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menawarkan skim bantuan atau penghargaan khas melalui sms atau e-mel. Jangan memuat turun atau kongsi pautan yang tidak ditentusahkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seterusnya. Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, anda dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 29 December 2022

Komen Berbaur Perkauman Dari Akaun ‘Nazrul Nazari’ Adalah Isu 3 Tahun Lepas - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM): Pada 26 Disember 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan penularan semula imej tangkap layar komen yang berbaur perkauman melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp. Komen provokasi tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos 2019, oleh pemilik akaun Facebook “Nazrul Nazari“. Ekoran daripada itu, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 21 December 2022

Waspada Panggilan Palsu Menggunakan Nama Kementerian Komunikasi Dan Digital - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD): KKD menafikan membuat sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pemilik nombor yang kononnya nombor telefon pemilik telah disenarai hitam atas perbuatan jenayah dan dikehendaki menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya. KKD menyarankan agar orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon palsu daripada individu dengan modus operandi yang menggunapakai nama KKD […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 19 December 2022

Mesej Berkenaan Bantuan Warganegara Malaysia Berjumlah RM900 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD): Pasukan Respons Pantas (PRP), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) telah mengesan satu mesej tular berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang akan dikreditkan bermula hari ini menerusi aplikasi Touch ‘n Go Wallet disyaki palsu. Mesej tular tersebut juga dikenalpasti menggunapakai modus operandi yang sama dengan mesej-mesej […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 14 December 2022

Dakwaan Menteri Komunikasi Dan Digital Mengeluarkan Kenyataan Akan Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Individu Menggunakan ‘#KerajaanKoyak’ Dan ‘#PMKoyak’ Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bahawa kenyataan tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Menteri Komunikasi dan Digital MalaysiaFacebook Rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan