Wednesday 22 February 2023

KPM Tidak Pernah Mengeluarkan Borang Pengemaskinian Laporan Data Bio Guru Sesi Akademik 2022/2023 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): KPM tidak pernah mengeluarkan borang Pengemaskinian Laporan Data Bio Guru Sesi Akademik 2022/2023 seperti yang disebarkan. Mohon kerjasama semua untuk tidak mengisi atau menyebarkan borang tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi KPMTwitter Rasmi KPM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 11 February 2023

FELDA Tidak Melantik Mana-Mana Pihak Bagi Urusan Pendaftaran / Pembaharuan Vendor FELDA - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA): Pengurusan FELDA mengambil maklum berkaitan satu iklan Perkhidmatan Bagi Pendaftaran Baharu/ Pembaharuan Pendaftaran Vendor FELDA di media sosial. FELDA dengan ini menafikan sekerasnya bersetuju memberi kebenaran kepada mana-mana pihak mewakili FELDA dalam urusan tersebut. FELDA menasihatkan semua vendor dan kontraktor untuk tidak menggunakan pihak ketiga yang tidak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 3 February 2023

Dakwaan Bahawa Vaksin Mempunyai Cip ID Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara mengambil serius terhadap dakwaan pemilik akaun Facebook “Cik Notes” yang tular dan mengaitkan pemberian vaksin yang mempunyai Cip ID. Berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin COVID-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan, serta Vaksin […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 2 February 2023

Waspada Sindiket Penipuan Menggunakan Nama Bank Negara Untuk Mengutip Dana - Sebenarnya

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia: Kami mendapat maklumat mengenai scam terbaharu melalui group chat Telegram dan WhatsApp yang mengutip dana daripada orang awam. Bank Negara Malaysia tidak akan sesekali meminta wang daripada orang ramai. Berhati-hati jika anda menerima mesej seperti yang tertera. Laporkan segera kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). SUMBER: Facebook Rasmi BNM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Panggilan Daripada Individu Yang Menyamar Sebagai Pegawai Tribunal MCMC - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): MCMC ingin mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai daripada Tribunal MCMC. Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Tribunal MCMC tidak wujud dalam struktur organisasi Suruhanjaya. Begitu juga tidak ada kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa. Sebarang pengumuman atau […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 26 January 2023

Dakwaan PM Setuju Pemuda PAS Tunjuk Perasaan Di Kedutaan Sweden Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada posting yang tular melalui portal berita Suara Merdeka bertajuk ‘PM Anwar setuju demo Pemuda PAS di Kedutaan Sweeden esok lepas solat Jumaat’. Maklumat melalui akaun portal tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. SUMBER: Facebook Rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 15 January 2023

Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? - CikguHailmi

Bacaan hari ini sangat menarik hati saya. Info kecil yang patut kita bagi perhatian jika nak saling memahami dan tingkatkan kualiti pendidikan kita.

Tahukah anda pada tahun 2018, di Malaysia sumber tenaga generasi Y yang telah diambil bekerja sudah hampir 62%. Dalam pada itu, guru kohort Baby Boomers pula menghampiri masa bersara, dengan Generasi X di fasa pertengahan kerjaya mula menggantikan tugas kepimpinan.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Jadi memahami Guru Generasi Y sebenarnya boleh mengurangkan jurang beza pemikiran antara generasi.

So siapa Generasi Y nih?
Mereka adalah generasi yang lahir tahun 1977 hingga 1995, berpendidikan tinggi dan obses dengan teknologi. Cekap beradaptasi dengan teknologi terkini dan fleksibel untuk terima perubahan. Generasi ini dikatakan bersifat kepelbagaian dan mudah bekerjasama dengan generasi lain.
Mereka suka jadual yang fleksibel serta mengharapkan pemimpin yang bersama mereka ketika bekerja. Leader, bukan bos. Mereka juga suka jika diberi pengiktirafan atas kerja yang dilakukan, namun kurang bagi respon kepada arahan dalam bentuk kawalan dari pihak atasan. Tak suka dicontrol lah senang ceritanya.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Mereka lahir dalam persekitaran yang sering mempersoalkan sesuatu perkara yang berlaku. Dan sering beranggapan mereka boleh lakukan perubahan besar kepada dunia.
Sisi negatifnya, Generasi Y sentiasa percaya apa yang mereka lakukan adalah betul. Kurang sabar dalam menghadapi masalah dan tidak boleh ditegur secara terbuka. Mereka juga tidak setia dengan sesebuah organisasi. Tak suka, mereka akan blah.


Jadi camana cara terbaik nak deal dengan Guru Generasi Y nih?
Pengurusan perlu ada penjelasan terperinci tentang sesuatu tugas, bagi pengiktirafan, puji secara terbuka, respon dan sedia tempat kerja yang kondusif. Layan elok-elok, inshaAllah diorang perform all out punya. 😅
Pentadbir yang baik mampu mencorakkan guru yang berkualiti. Setuju tak?


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 


Buku yang saya baca berjudul "Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad ke-21" terbitan UUM Press tahun 2020. Selamat membaca!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan