Thursday 6 April 2023

Dakwaan Terdapat Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM): JPM ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial bertajuk ‘Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia’. Untuk makluman, berita tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. SUMBER: Facebook Rasmi JPMTwitter Rasmi JPMInstagram Rasmi JPMInstagram Rasmi Bernama Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 5 April 2023

Penjelasan Berkenaan Pengecualian Cecair Atau Gel Mengandungi Nikotin Dari Akta Racun 1952 - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM sangat prihatin di atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas yang diterima di media massa susulan daripada pengecualian sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik daripada Senarai Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 [Akta 366]. Lanjutan pengecualian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 4 April 2023

JAKIM Tidak Mengeluarkan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 1444H - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 3 April 2023

Waspada Aplikasi Penipuan (APK Malware) Peraduan MILO Ramadan - Sebenarnya

Halaman Facebook Amaran Scam (halaman inisiatif daripada pihak Bank Negara Malaysia – BNM) telah meminta orang ramai berwaspada dengan Aplikasi Penipuan (APK Malware) Peraduan MILO Ramadan yang palsu. Jangan klik pautan tular tentang Peraduan MILO Ramadan. Pastikan rujuk saluran rasmi NestlĂ© dan MILO. SUMBER Facebook Amaran Scam Facebook Rasmi MILO Malaysia Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 1 April 2023

Bantuan Warga Emas Adalah Bagi Warga Emas Miskin Tegar - Sebenarnya

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): JKM ingin memaklumkan bahawa video yang tular di laman media sosial berhubung dengan “Bantuan Warga Emas” adalah tidak tepat. Bantuan Warga Emas adalah bantuan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan). Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM di laman portal rasmi JKM […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 31 March 2023

JAIPk Mengesahkan Ayam Segar Pasar Raya Di Perak Disembelih Mengikut Syariat - Sebenarnya

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk): JAIPk mengesahkan ayam segar di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar dekat sini, disembelih mengikut syariat sekali gus menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa ayam tersebut tidak disembelih mengikut hukum syarak. Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata siasatan segera ke premis terbabit turut mendapati tiga […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 30 March 2023

Waspada Akaun Palsu Menggunakan Nama Dan Gambar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Di TikTok - Sebenarnya

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM: Terdapat akaun palsu di aplikasi TikTok yang menggunakan nama dan gambar YDH CP Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan