Friday 7 April 2023

Kenyataan Media Didakwa Dikeluarkan Oleh Pejabat Perdana Menteri Bertarikh 6 April 2023 Berkenaan KSN Dan KPPA Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM): JPM ingin merujuk kepada Kenyataan Media yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 6 April 2023 yang tular di media sosial. Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah palsu. Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti ini. Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 6 April 2023

Waspada Akaun Palsu Facebook FGV Holdings Berhad - Sebenarnya

Menurut kenyataan Felda Global Ventures (FGV): Satu-satunya laman Facebook rasmi FGV Holdings Berhad adalah seperti berikut:https://ift.tt/kqblr4C FGV Holdings Berhad menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama FGV Holdings Berhad. SUMBER: Facebook Rasmi FGV Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Terdapat Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM): JPM ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial bertajuk ‘Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia’. Untuk makluman, berita tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. SUMBER: Facebook Rasmi JPMTwitter Rasmi JPMInstagram Rasmi JPMInstagram Rasmi Bernama Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 5 April 2023

Penjelasan Berkenaan Pengecualian Cecair Atau Gel Mengandungi Nikotin Dari Akta Racun 1952 - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM sangat prihatin di atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas yang diterima di media massa susulan daripada pengecualian sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik daripada Senarai Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 [Akta 366]. Lanjutan pengecualian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 4 April 2023

JAKIM Tidak Mengeluarkan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 1444H - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 3 April 2023

Waspada Aplikasi Penipuan (APK Malware) Peraduan MILO Ramadan - Sebenarnya

Halaman Facebook Amaran Scam (halaman inisiatif daripada pihak Bank Negara Malaysia – BNM) telah meminta orang ramai berwaspada dengan Aplikasi Penipuan (APK Malware) Peraduan MILO Ramadan yang palsu. Jangan klik pautan tular tentang Peraduan MILO Ramadan. Pastikan rujuk saluran rasmi NestlĂ© dan MILO. SUMBER Facebook Amaran Scam Facebook Rasmi MILO Malaysia Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 1 April 2023

Bantuan Warga Emas Adalah Bagi Warga Emas Miskin Tegar - Sebenarnya

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): JKM ingin memaklumkan bahawa video yang tular di laman media sosial berhubung dengan “Bantuan Warga Emas” adalah tidak tepat. Bantuan Warga Emas adalah bantuan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan). Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM di laman portal rasmi JKM […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan