Monday 29 August 2016

CALON SPM 2016 MAUT KEMALANGAN DI KUALA TERENGGANU Kuala Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi. Mangsa, Wan Amirul Ashraff Wan Rusli, 17, dari Kampung Kubang Jela, Manir, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu. Difahamkan, ketika kejadian pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam itu dalam perjalanan dari Kuala Ibai menghala ke bandar Kuala Terengganu. Namun motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dipercayai dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut. Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.-BERNAMA --| JOIN telegram.me/kelabgurumalaysia untuk terima setiap berita terkini dunia pendidikan. |-- Sumber : PDRM

CALON SPM 2016 MAUT KEMALANGAN DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 29 Ogos 2016 - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.

Mangsa, Wan Amirul Ashraff Wan Rusli, 17, dari Kampung Kubang Jela, Manir, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu.

Difahamkan, ketika kejadian pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam itu dalam perjalanan dari Kuala Ibai menghala ke bandar Kuala Terengganu.

Namun motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dipercayai dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.-BERNAMA

--| JOIN telegram.me/kelabgurumalaysia untuk terima setiap berita terkini dunia pendidikan. |--

Sumber : PDRM
Kelab Guru Malaysia shared Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post.

---------------------------------------------------------------------------
Visit this link to stop these emails: http://zpr.io/PPhUJ

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan