Wednesday 28 September 2016

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia serta Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) yang merupakan penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2016, atas penghormatan yang memberikan ruang kepada Malaysia sebagai Negara Tamu Kehormat pesta buku kali ini. Malaysia-Indonesia mempunyai akar sejarah kerajaan yang sama, dan karya-karya sastera yang hampir sama dan saling berhubung. Malah, persamaan budaya antara orang Melayu di kedua-dua negara paling terasa di hampir semua daerah Melayu, dan di daerah Indonesia seperti yang dapat dilihat di Sumatera, Riau, Sulawesi, Kalimantan dan lain-lain daerah di Indonesia. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi sokongan dan dukungan penuh dalam memartabatkan sastera juga inisiatif aktif dalam industri penulisan dan penerbitan negara. Pembangunan hari ini diakui bukan sahaja terletak pada pembangunan ekonomi dan infrastruktur sahaja, tetapi pembangunan intelektual yang memacu kepada p



Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia serta Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) yang merupakan penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2016, atas penghormatan yang memberikan ruang kepada Malaysia sebagai Negara Tamu Kehormat pesta buku kali ini. Malaysia-Indonesia mempunyai akar sejarah kerajaan yang sama, dan karya-karya sastera yang hampir sama dan saling berhubung. Malah, persamaan budaya antara orang Melayu di kedua-dua negara paling terasa di hampir semua daerah Melayu, dan di daerah Indonesia seperti yang dapat dilihat di Sumatera, Riau, Sulawesi, Kalimantan dan lain-lain daerah di Indonesia. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi sokongan dan dukungan penuh dalam memartabatkan sastera juga inisiatif aktif dalam industri penulisan dan penerbitan negara. Pembangunan hari ini diakui bukan sahaja terletak pada pembangunan ekonomi dan infrastruktur sahaja, tetapi pembangunan intelektual yang memacu kepada pembentukan akal budi bangsa juga memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat bermoral dan berilmu. Tahniah kepada pihak penganjur Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2016 atas kejayaan dan kesungguhan menganjurkan acara yang gah dan memberi manfaat besar kepada semua pihak. Kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Perbadanan Kota Buku yang secara bersama mengetuai delegasi 22 penerbit Malaysia, syabas diucapkan. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia serta Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) yang merupakan penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2016, atas penghormatan yang memberikan ruang kepada Malaysia sebagai Negara Tamu Kehormat pesta buku kali ini. Malaysia-Indonesia mempunyai akar sejarah kerajaan yang sama, dan karya-karya sastera yang hampir sama dan saling berhubung. Malah, persamaan budaya antara orang Melayu di kedua-dua negara paling terasa di hampir semua daerah Melayu, dan di daerah Indonesia seperti yang dapat dilihat di Sumatera, Riau, Sulawesi, Kalimantan dan lain-lain daerah di Indonesia. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi sokongan dan dukungan penuh dalam memartabatkan sastera juga inisiatif aktif dalam industri penulisan dan penerbitan negara. Pembangunan hari ini diakui bukan sahaja terletak pada pembangunan ekonomi dan infrastruktur sahaja, tetapi pembangunan intelektual yang memacu kepada pembentukan akal budi bangsa juga memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat bermoral dan berilmu. Tahniah kepada pihak penganjur Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2016 atas kejayaan dan kesungguhan menganjurkan acara yang gah dan memberi manfaat besar kepada semua pihak. Kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Perbadanan Kota Buku yang secara bersama mengetuai delegasi 22 penerbit Malaysia, syabas diucapkan. https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.661684693933108.1073741963.377863958981851/857732090995033/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan