Friday 18 December 2020

Iklan Khas Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Iklan khas permohonan secara bersasar akan dibuka yang melibatkan unjuran keperluan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan (Lampiran A).

Bagi maksud iklan khas ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian selain daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan juga boleh membuat permohonan. Bagaimanapun PPP bertanggungjawab untuk berurusan dengan mana-mana Bahagian/ JPN/ JPWP yang tersenarai (Lampiran A) untuk dipertimbangkan sebagai calon Bahagian/ JPN/ JPWP berkenaan.  Senarai pendek bagi mengikuti sesi pentaksiran akan diuruskan oleh Bahagian/ JPN/ JPWP tersebut.

PPP yang pernah memohon semasa iklan permohonan Ambilan Tahun 2021 yang dibuka pada 30 Mei hingga 7 Ogos 2020 tidak boleh memohon untuk iklan khas ini.

Iklan khas permohonan dan proses sokongan Ketua Jabatan akan dibuka mulai 18 Disember 2020 hingga 27 Januari 2021. Permohonan adalah secara dalam talian melalui sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), http://tls.moe.gov.my.

Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pemohonan (Lampiran B), senarai jawatan pentadbiran (Lampiran C) dan maklumat-maklumat penting program (Lampiran D) untuk rujukan. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan berkenaan boleh diajukan kepada urus setia Program NPQEL berikut:
i)   Encik Mazli Hasril bin Hasarudin
     06-7979 373
ii)  Tuan Haji Suhajanazer bin Suboh
     06-7979 374
iii) Encik Azwan bin Wamin
     06-7979 341
iv) Puan Nurmasnijam binti Jamaludin
     06-7979 396
 
Untuk permohonan sila layari http://tls.moe.gov.my
 
Muat Turun Lampiran:


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan