Friday 29 January 2021

Pelawaan Bagi Penyediaan Nota Konsep Projek APEC Bagi Sesi 1/2021 - Pengumuman KPM

PELAWAAN BAGI PENYEDIAAN NOTA KONSEP PROJEK APEC BAGI SESI 1/2021

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia selaku penyelaras APEC Human Resource Development Working Group (HRDWG) Education Network (HRDWG EDNET) menjemput pihak yang berminat untuk mengemukakan Nota Konsep bagi cadangan projek di bawah kerjasama APEC bagi Sesi 1 tahun 2021.Dalam penyediaan Nota Konsep ini, adalah disarankan supaya cadangan yang dikemukakan dapat  menterjemahkan dasar-dasar yang telah dipersetujui oleh Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC selaras dengan Putrajaya Goals 2040 dan membawa faedah yang ketara kepada penduduk di rantau Asia Pasifik. Cadangan projek juga perlu selaras dengan APEC Education Strategy 2016 - 2030  (rujuk:http://mddb.apec.org/Documents/2020/HRDWG/EDNET-PREP/20_hrdwg_ednet_prep_005.pdf) yang memacu pelaksanaan program di bawah HRDWG EDNET.

3.     Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, Nota Konsep yang disediakan tidak boleh melebihi tiga (3) muka surat dan perlu mematuhi segala ketetapan yang terdapat di Guidebook on APEC Projects (the Guidebook) yang boleh dimuat turun di https://www.apec.org/-/media/Files/Projects/Resources/2020/Nov/Guidebook-on-APEC-Projects-Edition-15.docx?la=en&hash=B102056984EDB11F666E13A67EA9BEB8E43EEF9B Sesalinan tatacara pengisian Nota Konsep terdapat di Appendix A di Guidebook dan maklumat mengenai permohonan dana APEC boleh dirujuk di https://www.apec.org/Projects/Applying-for-Funds.
 
4.     Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mengemukakan Nota Konsep dalam Bahasa Inggeris sebelum atau pada 26 Februari 2021 (Jumaat) kepada Kementerian ini melalui emel miandy.munusamy@moe.gov.my atau faks di talian +603-8889 5473 untuk semakan dan tindakan lanjut. Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan Template of APEC Project Note 2020 dan An overview of APEC Concept Note Development Materials seperti di lampiran I dan II untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan. Keputusan projek yang dipilih akan dimaklumkan selepas menerima maklumat daripada pihak HRDWG.

5.     Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. 

 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
Klik   di sini untuk muat turun
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan