Monday 15 March 2021

Pencalonan ASEAN Prize 2021 - Pengumuman KPM

ASEAN Prize 2021 Web Banner

Sekretariat ASEAN (ASEC) telah membuka pencalonan ASEAN Prize 2021. ASEAN Prize 2021 merupakan anugerah terunggul di rantau ini yang diberi secara tahunan bagi mengiktiraf pencapaian membanggakan warga ASEAN atau organisasi di ASEAN yang menyumbang kepada usaha pembangunan komuniti ASEAN. Penasihat Kesihatan YAB Perdana Menteri, Tan Sr Dr. Jemilah Mahmood merupakan penerima ASEAN Prize 2019.

Tarikh tutup untuk pencalonan ialah pada 9 April 2021 dan dikemukakan ke alamat emel - farzana.sharib@moe.gov.my untuk tujuan penyelarasan di peringkat KPM. Majlis penganugerahan ASEAN Prize 2021 kepada pemenang akan diadakan semasa 54th ASEAN Ministerial Meeting, yang dijadualkan pada bulan Ogos 2021. 

 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan