Thursday 22 April 2021

ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021” - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO PRIZE FOR WOMEN POETRY “POEM OF THE YEAR OF WOMEN 2021”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021” sempena proklamasi tahun 2021 sebagai ‘ICESCO Year of Women’. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan puisi Bahasa Arab klasik dan memperkukuhkan kewujudan penyair wanita berbakat serta memberi peluang kepada golongan wanita untuk menyertai pertandingan dan mempamerkan pencapaian. Antara objektif utama anugerah ini adalah merangsang kreativiti puisi Bahasa Arab yang klasik di kalangan wanita dan menyediakan peluang persaingan yang adil bagi penyair wanita yang berbakat.

3.   Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di  Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/04/13/launch-of-icesco-womens-poetry-prize-poem-of-year-of-women-2021/. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan puisi mengikut syarat ditetapkan dalam bentuk pdf dan Microsoft Word berserta sesalinan biografi yang ringkas ke pihak ICESCO melalui alamat emel (arabic@icesco.org) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan