Senarai aktiviti PAK21 71-80



71. Post It Notes ( Nota tampalan )
Murid di minta menulis nota / catatan di atas kertas dan kemudian ditampal di papan kenyataan selepas PdP

72. Talk Partners ( Rakan Berbual)
Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan mereka

73. Webs / Spider Diagrams ( Rajah Sarang Labah-labah)
Strategi ini hampir sama dengan m,enyediakan peta minda. Murid digalakkan mencatat idea mereka dalam bentuk ytang kreatif

74. Make Predictions ( Membuat andaian)
Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan.Selepas demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka sebelum ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.

75. Circle Time ( Bulatan Masa)
Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan sama ada diatas kerusi atau di atas lantai. Guru menyediakan bola atau beg kacang. Sesiapa yang memegang bola @ beg tersebut diminta memberi pandangan tentang tajuk yang diperbincangkan. Kemudian murid tersebut akan memberi bola kepada pelajar lain pula untuk memberi peluang mereka bercakap pulak

76. Envoys ( Utusan)
Setiap kumpulan diberi tugasan.Seorang utusan dipilih dari setiapkumpulan untuk menerangkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baharu di samping mendapatkan pandangan daripada kumpulan baharu. Utusan akankembali semula ke kumpulan asal dan menyatakan pendapat kumpulan lain kepada kumpulan asalnya.

77. Rainbow Groups ( Kumpulan Pelangi)
a) Murid berada dalam kumpulan dan ditentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan untuk perbincangan (Home Group)
b) Setelah perbincangan bina kumpulan baru (Colour Group) yang terdiri daripada ahli setiap kumpulan yang berlainan
c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan baru mereka.

78. Snow Balling ( Bola Salji)
Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. Jadikan dua jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan

79. Rotating Stations ( Stesyen Berputar)
Satu kumpulan kecil murid diletakkan di setiap stesyen.Mereka diberi masa 10 minit untuk menjawab topik yang telah ditentukan di setiap stesyen. Kemudian kumpulan tersebut akan berjalan ke stesyen berikutnya sehingga semua kumpulan telah melalui semua stesyen. Setiap kumpulan diberikan warna yang berbeza untuk mencatat jawapan

80. Hot Seating (Kerusi Panas)
Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia bertindak untuk menjawab soalan atau menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan

SETERUSNYA

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan