41. Learning Trios A-B-C ( tiga serangkai A-B-C)
Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam kalangan murid
a) Pelajar A bercakap, pelajar B dan C mendengar dan bertanya soalan
b) Pelajar B bercakap, pelajar A dan C mendengar dan bertanya soalan
c) Pelajar C bercakap, pelajar B dan A mendengar dan bertanya soalan
d) Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka
42. Sharing ( Berkongsi)
Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama
43. Carousel (Karusel)
a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik
b) Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak
c) Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas
d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan
44. Read and highlight (baca dan tanda)
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama
45. Question Builder ( Pembina Soalan)
Guru memberi konsep dan membimbing pelajar supaya mereka membina soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang telah diberikan
46. Puzzle it Out (Selesaikan)
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat
47. Cloze Procedures( Isikan tempat kosong)
Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat
48. KWL Chart ( Carta KWL)
Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti :
a) Know ( What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan murid
c) Learned ( What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif
49. Rubrics (Rubrik)
Satu strategi untuk menilai pencapaian murid. Contohnya persembahan murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubric
50. Iceberg ( Bongkah ais/Aisberg)
Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik yang telah diberi
a) Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg
No comments:
Post a Comment