Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts
Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts

Sunday 23 February 2020

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda - CikguHailmi

Hari nih adalah LADAP kali ketiga dengan tajuk Kajian Tindakan. Di sampaikan oleh pensyarah berpengalaman dari IAB Cawangan Utara, Dr Rosnani Kaman. Juga bersama kami adalah Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Pn Sharifah Shafie.
Seronoknya bengkel hari nih sebab terus hands-on. Maka at least masing-masing dah ada idea tentang apa yang nak di teruskan selepas ini.
Teringat juga saya kenangan mewakili Malaysia bagi Ki Hajar Dewantara Award di Bali, Indonesia pada tahun 2018. Akibat tidak mahir dengan ilmu penyelidikan, akhirnya 'memaksa' saya buat keputusan untuk sambung belajar ke peringkat Sarjana. Salah satu lagi fasa perkembangan dalam karier saya sebagai seorang guru.

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda


Terima kasih juga buat Pengetua, Pn Siti Rubiah yang memberi ruang 5 minit untuk saya berkongsi dengan rakan guru di sekolah tentang inovasi terbaru saya, Kit MEGENEX. Bermula daripada aktiviti kelas sebab murid tak faham konsep pewarisan genetik, akhirnya dibangunkan menjadi inovasi yang sedang saya komersialkan sekarang inj.
Segala laporan perkembangan proses ditulis dalam bentuk Kajian Tindakan. Jadi ya, buat satu benda, tapi akhirnya dua benda yang saya dapat. Inovasi dapat, Kajian Tindakan pun dapat!
Yang penting semoga lepas nih semakin lah bersemangat nak berkongsi ilmu secara lebih ilmiah menerusi Kajian Tindakan. InshaAllah 😍 @ Smk Jerlun
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 1 February 2020

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru - CikguHailmi

Ada pulak hat triggered bila abam share cerita semalam. Sampai pm tepi bagai curah perasaan. 😪 Mohon baca betui betui ye.
Fokus utama dia yelah abam nak bagitau macam mana murid mencabar sebegitu membantu bina skil kemahiran dan kreativiti abam nih sebagai cikgu.
Sebab tu abam rasa kena dok situ lagi sebab Budak2 macam tu lebih memerlukan abam berbanding Budak lain di sekolah lain. Lagi2 kalau yang memang dah baguih.


Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Edisi Triggered: Ubah Mindset Fikir Murid Dulu Baru Guru

Kita dah kena start pikir, keperluan untuk murid tu lebih utama daripada keperluan untuk guru.
Sebab tu kalau kat Korea, semua cikgu2 dia kena rotate sekolah setiap 5 tahun sekali. Nak jaga kualiti guru. Bagi semua rasa jenis sekolah, jenis murid. Tau tang mana susah, tau tang mana senang.
Untong jugak sebab dengan bergeraknya guru hebat tu, murid sekolah lain pun baru lah boleh merasa belajar dengan dia.
Tak ada lah yang take for granted sangat, walau di mana anda berada.
Pasnih kalau ada hat nak triggered lagi, Mungkin kita boleh propose program "1 Bulan di Sekolah Saya, 1 Bulan di Sekolah Awak"!
Jom sama2 jadi cikgu hebat hari nih 😘
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 14 January 2020

5 Sebab Kenapa Anda Kena Pilih Sekolah Kerajaan - CikguHailmi

Semua kita tahu bahawa pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting pada setiap ibu bapa yang cakna dengan masa depan anak-anak mereka. Tahap nak menentukan sekolah anak-anak nih pun kadang-kadang boleh bawak gaduh. Sebab semua mak ayah nakkan tempat terbaik, guru-guru terbaik, dan semua yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.

Teringat saya dengan pesan bapa saya suatu ketika dahulu, "Kalau hari ini aku makan secupak, esok hangpa kena makan segantang" Maksudnya, jika pada hari ini dia cuma mampu makan secupak saja, kami anak-anak perlu berada pada tahap yang lebih baik pada masa depan. Oh ya! Bapa saya seorang petani. Maka pada beliau, hanya pendidikan sahaja yang mampu ubah nasib kami sekeluarga. Dan alhamdulillah, sekolah kerajaan jadi pilihan kami.


Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid
Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid


Bagi sesetengah orang, mungkin anda tak dapat maklumat yang baik tentang sekolah kerajaan terkini. Serius ada sesetengah dah berada pada tahap jauh lebih baik daripada sekolah persendirian atau sekolah swasta yang lain. Ya, serius betul! Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa anda juga kena pilih sekolah kerajaan.



#1: Kepelbagaian
Sebab pertama yang saya nak tekankan adalah kepelbagaian yang ada di sekolah kerajaan. Siapa pun tak boleh nafikan bahawa di sekolah kerajaan kita ada pelbagai lapisan masyarakat, sama ada dari keluarga berada atau miskin, dari pelbagai jenis bangsa dan kaum, dari pelbagai agama dan kepercayaan. Pendek kata macam-macam ada sama seperti rojak.


Anak Malaysia membina negara bersama-sama
Anak Malaysia membina negara bersama-sama

Jadi, kat mana yang bagusnya? Dalam nak menghadapi dunia yang semakin mencabar, kita perlu sediakan dengan seboleh mungkin kemahiran sosial dan interaksi anak-anak. Mereka akan bekerja dan hidup di dalam suatu masyarakat yang pelbagai, dengan segala macam latar belakang.

Pendedahan bergaul seperti ini sudah tentu membantu anak-anak bersedia dengan segala macam kepelbagaian yang wujud di sekeliling mereka, sekaligus bukan saja mampu untuk berinteraksi dengan baik, malah mampu menghargai setiap kelebihan dan kekurangan dengan seadanya. Matang bukan sahaja dari segi cara berfikir, malah juga melalui cara bertindak.



#2: Persekitaran
Bagi yang dah lama tak ke sekolah kerajaan, boleh lah ringan-ringankan kaki menjenguk ke persekitaran sekolah. Pasti anda akan terkejut dengan banyak perubahan pada sekolah sekarang. Ada setengah sekolah yang mempunyai makmal sains yang antara yang tercanggih di Malaysia. Ada sekolah kerajaan yang mempunyai kantin jauh lebih cantik dan hipster daripada kedai makan di luar. Di SMK Bandar Baru Miri, murid dilibatkan secara aktif dalam membudayakan amalan baik 3R (Reduce, Reuse, Recycle).


Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?
Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?

Bukan sekadar fasiliti sahaja terbaik, perkara ini disokong oleh penerapan nilai yang tinggi melalui matapelajaran Pendidikan Sivik. Ya, penerapan nilai Sivik dalam matapelajaran lain, sangat membantu murid kita memiliki akhlak yang baik lagi terpuji.

Tahukah anda bahawa setiap sekolah juga mempunyai  bidang kebitaraan mereka yang tersendiri? Ada sekolah yang cenderung kepada pembudayaan Teknologi Hijau. Maka penuhlah dengan taman-taman dan juga konsep Teknologi Hijau yang mesra alam. Ada sekolah yang cenderung dengan bidang STEM, maka penuh lah dengan ciri-ciri STEM di merata-merata sekolah. Yang penting, anda tahu ke sekolah bagaimana yang anda perlukan untuk anak-anak anda.



#3: Aktiviti
Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas. Sekolah kerajaan menyediakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, seperti kelab dan persatuan, serta sukan permainan yang boleh dipilih oleh semua murid. Malah penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti ko-kurikulum tersebut juga diiktiraf dan memberi kredit kepada murid untuk melanjutkan pelajaran kelak ke peringkat yang lebih tinggi.


Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!
Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!


Itu belum dilihat lagi dengan fasiliti dan kemudahan sukan yang disediakan. Sekurang-kurangnya di setiap sekolah kerajaan, satu padang dan juga Stor Sukan akan diwujudkan bagi menyimpan semua peralatan sukan dan permainan yang diperlukan murid. Malah di sesetengah sekolah yang mempunyai PIBG yang menyokong, kemudahan seperti ini jauh lebih baik berbanding kemudahan sukan di sekolah swasta.



#4: Guru Berkualiti
Tidak dapat dinafikan, antara satu kekuatan sekolah kerajaan adalah kerana mempunyai guru-guru yang terlatih dan berkualiti. Kesemua guru-guru di sekolah kerajaan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan. Selain daripada itu, mereka juga dilatih bukan hanya dengan teori, malah juga melalui beberapa sesi praktikal sebenar di sekolah sebelum mereka ditempatkan sebagai guru sebenar.


High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan
High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan

Maka tak hairan lah bila kita dengar ramai guru-guru yang viral di media massa sekarang kerana mempunyai pendekatan pengajaran yang kreatif dan berinovatif. Itu belum lagi diambil kira dengan guru-guru sekolah kerajaan yang telah menempa nama di peringkat global melalui pelbagai penyertaan dan anugerah antarabangsa.



#5: Kos
Bahagian akhir nih kalau tak nak percaya jugak tak tahu lah. Sememangnya kita semua tahu bahawa kos yang perlu dikeluarkan di sekolah kerajaan nih adalah sangat jauh beza rendahnya berbanding di sekolah swasta atau persendirian. Setuju kan?

Yer lah. Kos di sekolah kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau di sekolah swasta atau persendirian pula, kos ditanggung oleh persendirian atau syarikat yang menguruskan sekolah tersebut, mana lah tak mahalnya kan. Jadi, untuk perkara yang sama, kualiti yang sama, kenapa mahu bayar lebih?


Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Ditambah lagi dengan Polisi "Zero Reject" menjadikan institusi sekolah khususnya sekolah kerajaan adalah sekolah sebagai ruang dan hak untuk semua lapisan masyarakat dan latar belakang mendapat pendidikan terbaik. 


Itu saja perkongsian saya mengenai kebaikan memilih sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta atau persendirian. Dalam ibu bapa memilih yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, maka tinjauan yang menyeluruh perlulah dilakukan, termasuk ke sekolah kerajaan terutamanya pada masa kini. Seperti yang saya katakan di atas, maka kenapa mahu bayar lebih? Sekolah kerajaan, sekolah pilihan!



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 3 January 2020

DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5 - CikguHailmi

Berikut adalah DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 yang boleh didownload daripada laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum. Saya sertakan QR Code dan link ke pautan DSKP Sains di bawah bagi membantu memudahkan urusan untuk memuat turun bahan tersebut. Semoga membantu.


DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5



DSKP Sains Tingkatan 1

DSKP Sains Tingkatan 2

DSKP Sains Tingkatan 3

DSKP Sains Tingkatan 4

DSKP Sains Tingkatan 5


DSKP Sains bagi KSSM Tingkatan 1 2 3 4 5 disediakan dalam Bahasa Melayu. Bagi Bahasa Inggeris, boleh muat turun di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum. Jangan lupa Klik pautan untuk muat turun. Manakala QR Code di bawah pula adalah dalam bentuk yang dimudahkan disimpan dalam Buku Rekod Mengajar. Jadi tak perlu tebal-tebal atau guna fail berasingan.


Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5
Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5


Semoga perkongsian ini membantu rakan guru dalam menguruskan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan deangan lebih baik. Semoga bermanfaat! Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Wednesday 1 January 2020

Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita? - CikguHailmi

Semalam Facebook imbas kembali semula status yang saya pernah tulis pada Disember 2016, iaitu yang berkaitan dengan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dengan tajuk " KBAT Kah Kita?" Saya kongsikan semula penulisan tersebut dalam blog supaya boleh dibaca dan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca. Semoga bermanfaat!


Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah Kita?
Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah kita?



"Masuk tahun ni rasanya dah 4 5 tahun KBAT diperkenalkan dalam pendidikan kita. Dan juga tak mustahil jika saya katakan masih ada yang tak jelas dan tercari-cari kaedah terbaik untuk mengKBATkan pelajar. #KBAT

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa seminar dan teknik menjawab adalah sesuatu yang sepatutnya sudah tak diperlukan lagi. Mana mungkin kemahiran untuk berfikir boleh diperolehi dalam masa 2 jam sahaja!

Belajar perkara kemahiran sepatutnya melalui beberapa siri dan proses. Jangka masa panjang. Kan?

Dan saya percaya, untuk mengKBATkan pelajar kita, proses tersebut mesti bermula dari awal, seawal mungkin.

Antara kaedah yang kita boleh buat adalah, meningkatkan soalan aras tinggi, memperbanyakkan aktiviti penyelesaian masalah, memperbaiki teknik menyoal dan banyak lagi.

Jadi untuk tahun 2017, jom kita tambahbaik pdpc kita supaya lebih sesuai dengan kemahiran yang pelajar perlu perolehi untuk Pembelajaran Abad 21. #PA21

Yang nak tahu lebih lanjut lagi, boleh sambung baca artikel, "Bagaiman Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?" kat bit.ly/2hux4gt

Selamat maju jaya semua untuk tahun 2017. Semoga lebih cemerlang, gemilang dan terbilang! 😘

 "

So, anda pembaca macam mana? Setuju tak dengan kenyataan saya? Komen sket kat bawah ya untuk kita buat perbincangan. Semoga bermanfaat! Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 31 December 2019

Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan Cikgu Firdauz Abdullah - CikguHailmi

Baru-baru saya melihat status perkongsian seorang Guru Besar muda yang juga rakan saya, iaitu Cikgu Firdauz Abdullah di Facebook. Perkongsian beliau sangat lah menarik perhatian saya. Bukan sebab beliau merupakan seorang Guru Besar, tapi sebab beliau diberi kepercayaan menjadi Guru Besar pada usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun. Wow! Muda kan? Jom kita tengok apa rahsia beliau dalam mendaki perkhidmatan seawal usia berkenaan. Mana lah tahu, ada rakan guru yang berminat nak ikut beliau kan?




Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih
Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih

Berikut adalah perkongsian Guru Besar Firdauz Abdullah di Facebook beliau. Post ini juga mendapat keizinan daripada beliau dengan harapan menjadi panduan dan inspirasi kepada guru-guru lain. Semoga bermanfaat ya!


" Esok, tahun 2020 bakal bermulanya episod baru dalam sejarah perkhidmatan aku yang kini masuk tahun ke-15.

Oleh yang demikian, aku saja nak kongsikanlah serba sedikit laluan kerjaya yang pada aku bolehlah dijadikan rujukan jika perlu. Mana tahu kot-kot boleh jadi inspirasi hehehe



Bermula pada tahun 2001, sebaik sahaja keputusan SPM keluar dan berbekalkan semangat untuk berdikari sendiri, maka buat pertama kalinya aku menebalkan muka ditemani kakak kedua aku untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. Diiringi harapan adalah jawatan kosong sebagai Guru Ganti untuk diisi.

Pada masa tu, sekolah boleh mencari penganti guru yang cuti bersalin terlebih dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada PPD untuk lantikan. Mudah kan?


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor




Maka nak dijadikan cerita, adalah rezeki buat aku. Mengantikan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang sedang cuti bersalin selama dua bulan, dan bermulalah perjalanan aku dalam dunia pendidikan.

Tamat sahaja kontrak selama dua bulan disana, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengajar. Kali ini, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bahasa Inggeris di SMK Seri Pekan. Waktu yang sama, diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tingkatan satu.

Haaaaa dan disitulah aku kenal dengan antara pengetua yang paling 'cool' iaitu Cikgu Hamid, mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang, yang mana pada masa itu Cikgu Dzulkifri (Mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang kini) adalah GPK Pentadbiran beliau. Hehehe awal-awal lagi aku dah belajar dari orang-orang hebat kan?

Beradalah aku disana sehingga akhir tahun 2001.


Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019
Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019



Seterusnya, pada tahun 2002, setelah berjaya menduduki peperiksaan UKELP di SMK Abdul Rahman Talib dan lulus temuduga di JPN Pahang, bermulalah pula episod aku sebagai pelatih pra perkhidmatan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris yang mana ia adalah dibawah Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Sepanjang tiga tahun disana (2002-2004), pelbagai bidang dan cabang ilmu aku sempat belajar. Antaranya, teknik 'green screen', dari mantan Pegawai Perpustakaan. Ilmu penerbitan dari pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Pendidikan, diperkenalkan dan dibekalkan dengan Apple iBook G4 oleh pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat dan ilmu mengurus majlis dan menyediakan kertas kerja dari pensyarah-pensyarah Jabatan PJK.




Tahun 2003 pula, aku dan sidang redaksi berhempas pulas menyiapkan majalah maktab, SINARAMA yang buat pertama kalinya diterbitkan semula setelah 12 tahun terkubur, dan berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, alhamdulillah kami berjaya!

Berkat kejayaan tersebut membawa aku kepada pelantikan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pertama dimaktab itu yang datang dari opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, dan ini bermakna sekali lagi sejarah tercipta! Hehehehe ramai juga yang tak puas hati


Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf
Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf

Tahun 2005 pula, setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di SK Nong Chik, Johor Bahru. Dibawah pentadbiran tiga Guru Besar, pelbagai ilmu mengurus sumber manusia, pentadbiran dan kewangan yang telah aku tuntut dari mereka.

Dalam tahun 2009, keinginan nak sambung belajar ke peringkat ijazah meluap-luap! Walaupun pada masa tu saingan adalah tersangat sengit! Tapi, sekali lagi aku tebalkan muka dan merayu ke Unit Latihan, JPN dan juga kepada pengurus program latihan di IPGM. Rezeki Allah nak bagi, rayuan aku diluluskan! Alhamdulillah, pengajian ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris berjaya aku tamatkan pada pertengahan tahun 2013.



Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2013, tak lama setelah naik gred ke DG32. Aku diminta oleh Guru Besar untuk mengisi borang GPK. Mula-mula, berat juga nak isi. Tapi setelah diyakinkan bahawa inilah masanya untuk aku berhijrah, maka terhantarlah juga borang permohonan tu ke PPD.


Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih
Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih

16.11.2013 tak lama selepas melalui proses temuduga, aku pun menerima surat lantikan dan diminta melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Taman Perling 3. Tapi jodoh kami tak lama, sebaik pulang dari Korea (Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea) aku sekali lagi diarah berpindah pada 16.12.2013 dan melapor diri ke SK Sungai Danga dengan memegang portfolio yang sama.

Tak sempat berkenalan dengan warga sekolah, aku sekali lagi mendapat surat arahan bagi menghadiri NPQEL Ambilan 1/2014 dan diarah melapor diri di IAB Genting pada 8.12.2013! Nak menolak, tapi tak boleh disebabkan ia adalah arahah pihak atasan.. Maka akurlah aku.




Di SK Sungai Danga juga jodoh aku tak panjang, sebaik terima surat lantikan ke DG42, aku dipanggil pula untuk temuduga sebagai PGB pada penghujung tahun 2015. Seperti yang dijangka, aku dilantik buat pertama kalinya sebagai Guru Besar di SK Jaya Mulia, Pontian pada tanggal 16.12.2015 pada usia 32 tahun


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor
Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor


Kira mudalah juga, tapi usia tidak menjadikan alasan untuk aku buat kerja sambil lewa. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Oleh kerana itu jugalah, aku dipindahkan sekali lagi. Cukup setahun di SK Jaya Mulia, aku mendapat arahan pertukaran untuk berkhidmat di SK Pekan Nenas, Pontian pada 16.12.2016, tiga tahun yang lalu.

Berbaki 23 tahun dalam perkhidmatan, kan aku cuba sehabis baik untuk memacu pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Demi anak-anak kau, demi anak-anak aku, dan demi tanah kita berpijak ini.

br />
InsyAllah. Doakan yang terbaik buat kami warga pendidik."



OK.. Demikian lah perkongsian beliau di Facebook. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain yang mahu mengikut laluan pentadbiran seperti Guru Besar Firdauz Abdullah. Saya ucapkan semoga beliau terus cemerlang dan berjaya.

Untuk yang tak berminat menjadi Guru Besar ke Pengetua ke, anda jangan risau. Kita ada lagi 20 laluan kerjaya dalam bidang perguruan. Kalau berminat nak follow laluan Guru Cemerlang macam saya, boleh pergi baca artikel Bagaimana Saya Dapat DG48 Dalam 11 Tahun dan baca Panduan Memohon Guru Cemerlang.

Apa pun pilihan laluan kita, semoga semuanya dapat sama-sama menaikkan sistem pendidikan negara kita. Yang terbaik!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 26 November 2019

Dunia Pendidikan Semakin ke Laut? Ini Pesan Cikgu Suhaila - CikguHailmi

Belakangan ini banyak cerita pendidikan yang berlegar di sekeliling. Kadangkala yang cerita negatif tu lagi banyak keluar, sampai yang positif pun boleh tumpang rasa negatif juga pastu. Ini tak bagus. Jadi perkongsian daripada Cikgu Siti Suhaila di Facebook beliau, mungkin boleh membuka minda kita sebagai pendidik, kepada sesuatu yang lebih positif. Jom kita baca!


Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE
Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE


"Cikgu2 bosan, ngajar apa kat depan, tak faham.

Cikgu asyik membebel.

Beban kerja berlambak2. Pentadbir tak faham. Pentadbir suka push.

JPN PPD asyik mengejar macam2.

Silibus mengarut. KPM tak buat kerja. Menteri ntah hape2.

Terlalu banyak perkara negatif bukan sahaja di minda murid, ibu bapa, malah di minda guru sendiri termasuk sy.

Kita akan terus kekal negatif jika kita maintain di circle yang sentiasa berbicara tentang perkara tu.

Sedangkan sekarang ni banyak perubahan positif dalam arena pendidikan yang kita tak ambil tahu dan tak endah. Kita hanya peka di sisi negatif.

 

Sy sarankan guru2 keluar dari kelompok 'sekolah sendiri semata' dan sertai program2 pendidikan, cari persatuan yang positif, program yg positif yang dihadiri oleh guru2 hebat yang sentiasa memberi inspirasi.

Bila kita banyak terlibat dengan program2 sebegini, kita akan sentiasa terinspirasi. Positif vibes tu di mana-mana. Walau betapa remuk kecewa, frust, letih kita waktu itu, tp bila bertemu dengan insan2 yang penuh inspirasi, InsyaAllah kita akan kembali bersemangat.

Percayalah. Ramai guru yang sy temui menjadikan program2 positif seperti ini sebagai suatu terapi dan mengekalkan diri supaya terus bersemangat sebagai seorang pendidik.


Duta Guru Nadi Negara
Duta Guru Nadi Negara


Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan mengiktiraf guru2 dengan anugerah Guru Nadi Negara, Guru Adiwira Kebangsaan, Guru Adiwira PAK21 dan pelbagai lagi.


BACA LAGI : Edufluencers oleh PADU Education, 25 Ikon Guru Jumpa KPPM


Pengiktirafan sebegini suatu penghargaan yang memberi inspirasi berterusan kepada guru2. Guru2 hebat ini menjadi idola dan ikutan guru2 lain untuk berubah ke arah lebih baik.

Sampai bila kita ingin terus kekal dalam zon selesa?



Ayuh Sama2 kita menyambut baik usaha kementerian pendidikan dalam meningkatkan kualiti guru dengan suasana yang cukup positif dan menginspirasikan.

Mungkin suatu hari nanti kita boleh ubah stigma masyarakat yang menjadikan artis sebagai idola kepada GURU SEBAGAI IDOLA?

Mungkin suatu hari nanti golongan pendidik yang mendominasi dunia media yang banyak memberi pengaruh kepada anak2 kini?

Kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Lets make a Change 😉 "


Siapa lagi yang setuju dengan Cikgu Siti Suhaila nih? Mesti ramai kan? Jom komen sket kat bawah.
Cikgu Siti Suhaila merupakan guru Matematik di SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc di Youtube dan sebahagian daripada kumpulan utama guru cikgooTUBE.


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 15 November 2019

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan - CikguHailmi

Lengkap lah sudah kitar Bengkel Kajian Tindakan pada Mei lalu dengan berlangsung nya Kolokium Kajian Tindakan pada hari ini.
Seramai 20 orang guru Kubang Pasu, membentangkan amalan terbaik masing-masing, siap dibukukan serta dirasmikan oleh Exco Pendidikan Kedah, iaitu Dr Salmee.



Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan

Amalan Terbaik 20 Guru Kubang Pasu di Kolokium Kajian Tindakan


Jutaan tahniah dan terima kasih buat tuan PPD Kubang Pasu, En Mahadzir yang banyak memberi sokongan kepada Majlis GC Kubang Pasu, serta di gerakkan oleh Pegawai Meja yang cukup komited, En Ahmad Hamdi Haji Omar di bantu GC berbakat, Dr Kalai.


Video penuh program boleh tengok di https://youtu.be/fxHUZRzRinI

Tahniah untuk peserta. Tahniah untuk Pembentang. Tahniah untuk AJK. Dan tahniah untuk semua! 😍 @ Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah




Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Sunday 27 October 2019

Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama? - CikguHailmi

Masih ramai lagi yang keliru antara gred Hakiki dengan gred KUP. Malah kadang-kadang susah jugak kita nak rujuk mana-mana, sebab tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat macam nih. Jadi, selepas saya bertanya dengan pihak yang berkenaan, maka saya rasa baik juga jika saya kongsikan apa beza antara gred Hakiki dengan KUP supaya boleh menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu lain jugak. Jom kita tengok.


Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?
Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP?


GRED KUP
KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu tu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawak jugak gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Maknanya jika saya Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP), jadi saya boleh berpindah ke mana-mana sekolah lain dengan masih gred DG48(KUP).



GRED HAKIKI
Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan.  Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tuh masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau dia nak pindah juga, dia kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.


Beza Tak Pencen KUP Dengan Hakiki?
OK, so far faham tak? Satu lagi isu yang berkait dengan gred KUP dan Hakiki ini adalah soal pencen. So berikut adalah soalan dan jawapan yang saya tanyakan kepada seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan ini.


"Saya ada soalan. Jika saya nih GURU Cemerlang DG48(KUP), diberi jawatan Guru Kanan DG44(HAKIKI),
1. Saya akan terima gaji untuk yg mana satu?

"Gaji berdsrkn gred yg disandang pada gred dg48 kup.. Pengisian pula tertakluk kpd kategori tempat yg diisi.. Contohnya klu guru di sekolah.. Gred penyandang ialah 48 kup tp isi post 41..sbb sekolah mmg post 41 flexi smp 54..jd guru itu akn dpt gji 48kup"









2. Soalan saya, ada beza tak jika saya pencen dengan gaji Hakiki atau gaji kup?

"Pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir.. Tidak ada kaitan dgn kup atau hakiki.. Istilah kup ni merujuk kpd kaedah penmptn dan kenaikan pngkt..
1/600x jumlah bulan perkhidmatan x gaji akhir (pokok)"


OK, diharapkan perkongsian ini mampu memberi anda kefahaman tentang gred KUP dan juga HAKIKI serta persoalan yang berkaitan kedua-dua ini. JIka ada sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau betulkan, maka jangan segan silu, sila lah komen kat bawah ya. Terima kasih semua!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 22 October 2019

Jom "Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia - CikguHailmi


OK. Ini satu lagi usaha murni daripada McDonald's Malaysia untuk pendidikan anak-anak di negara kita. Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), telah menyumbang RM 3 juta bagi program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memberi manfaat kepada 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara.




Pek Kembali ke Sekolah 2019 dengan McDonalds Malaysia
Pek Kembali ke Sekolah 2019 dengan McDonalds Malaysia


Pek 'Kembali ke Sekolah' ini disampaikan sebagai satu motivasi kepada kanak-kanak ini sebelum mereka memulakan sesi persekolahan tahun 2020. Setiap pek akan mengandungi sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, stoking dan juga beg sekolah.

Dan program ini bukan lah baharu saja dijalankan. Seramai 23,000 kanak-kanak telah menerima manfaat daripada program ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017, di mana 6,000 kanak-kanak telah menerima pek 'Kembali ke Sekolah' pada tahun 2017 (sumbangan sebanyak RM1.2 juta), dan 17,000 kanak-kanak pada tahun 2018 (sumbangan sebanyak 1.7 juta).


 https://www.youtube.com/watch?v=AClaTfqe1zo


Program 'Kembali ke Sekolah' ini juga merupakan komitmen berterusan McDonald's Malaysia dalam usaha mewujudkan impak positif terhadap masyarakat di lokasi ia beroperasi.

Sumbangan yang diraih pada tahun ini turut melibatkan rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja dan para pelanggan McDonald's demi membantu meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat.


"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia

"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia

"Kembali ke Sekolah" dengan McDonald's Malaysia




Yang bestnya, selaku rakyat Malaysia yang prihatin, anda juga boleh sama-sama menyumbang kepada RMHC Malaysia menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald's atau transaksi online di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/



Anda pun boleh jadi sebahagian daripada misi murni "Kembali ke Sekolah" ini! Jom menyumbang
Anda pun boleh jadi sebahagian daripada misi murni "Kembali ke Sekolah" ini! Jom menyumbang



Program 'Kembali ke Sekolah' merupakan sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's & RMHC untuk memberi keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuklah lawatan sambil belajar, lawatan ke wad pediatrik, gotong royong di rumah kebajikan kanak kanak dan sambutan Hari Kanak-Kanak di restoran-restoran McDonald's seluruh negara.






Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Wednesday 16 October 2019

Senarai 16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM - CikguHailmi

Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah bila 16 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira Kebangsaan KPM yang disampaikan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang pada bulan Mei yang lalu. 

 
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019



Setiap negeri diwakili oleh seorang guru Adiwira, yang pencalonannya dilakukan oleh pihak JPN sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan 16 orang guru Adiwira PAK21 tersebut.

(Senarai adalah tidak mengikut apa-apa turutan)  


Guru Adiwira Perlis
 Cikgu Mohd Syafiq bin 
SMK Derma, Perlis



 Guru Adiwira Kedah
Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib
SMK Jerlun, Kedah

Guru Adiwira Kedah Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib SMK Jerlun, Kedah



Guru Adiwira Pulau Pinang
 Cikgu Rozita binti Lazim
SK Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Guru Adiwira Pulau Pinang Cikgu Rozita binti SK Lahar Yooi, Pulau Pinang


 Guru Adiwira Perak
Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman
SMK Alor Pongsu, Perak

 Guru Adiwira Perak Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman SMK Alor Pongsu, Perak


Guru Adiwira Selangor
 Cikgu Mohamad Khamidon bin Sadi
SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor

Guru Adiwira Selangor Cikgu Khamidon bin Sadi SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor


 Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cikgu Venkateswaran Ramiah
St Johns Institution, Kuala Lumpur

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Cikgu Venkateswaran Ramiah St Johns Institution, Kuala Lumpur


Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cikgu Hilda Ilya Hilmi
SK Putrajaya Presint 14 (1), WP Putrajaya

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya Cikgu Hilda binti Hilmi SK Putrajaya, WP Putrajaya


 Guru Adiwira Negeri Sembilan
Cikgu Madhavan a/l Balakrishnan
SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan



Guru Adiwira Melaka
 Cikgu Othman bin Markom
Sekolah Henry Gurney, Melaka

Guru Adiwira Melaka Cikgu Othman bin Markom Sekolah Henry Gurney, Melaka



 Guru Adiwira Johor
 Cikgu Kamaruzali bin 
SMK , Johor



Guru Adiwira Pahang
 Cikgu Samuel Isaiah
SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang

Guru Adiwira Pahang Cikgu Samuel Isaiah SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang



 Guru Adiwira Terengganu
 Cikgu Raztia binti Abdul Razak
SK Kerteh, Kemaman, Terengganu

 Guru Adiwira Terengganu Cikgu Raztia binti Abdul Razak SK Kerteh, Kemaman, Terengganu



Guru Adiwira Kelantan
 Cikgu Nurliza binti Ghazali
SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu, Kelantan

Guru Adiwira Kelantan Cikgu Liza SK , Kelantan



 Guru Adiwira Sarawak
 Cikgu Mason Maur anak Changan
SK Nanga Balang, Kapit, Sarawak

Guru Adiwira Sarawak Cikgu Mason Maur SK , Sarawak



Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan
Cikgu Angeline leong
SK Kerupang, WP Labuan

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan Cikgu Angeline SK Karupang, WP Labuan


 Guru Adiwira Sabah
Cikgu Abdullah Alif Dahlan
SK Perdana Tawau, Sabah

Guru Adiwira Sabah Cikgu Abdullah Alif Dahlan SK Perdana Tawau, Sabah



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan