Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts
Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts

Saturday 25 July 2020

Murid Bukan Prop Guru Semata - CikguHailmi

"Cabaran paling utama menjadi guru kreatif adalah bukan hanya menjalankan aktiviti yang unik dan tersendiri, tetapi yang lebih penting adalah usaha untuk menjadikan muridnya juga seorang yang kreatif.
Murid dilibatkan dan bukan hanya sekadar sebagai prop guru semata-mata! "
Cikgu Hailmi, 2020


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 4 July 2020

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei - CikguHailmi

Semalam berkesempatan sekali lagi berkongsi ilmu dengan warga pendidik di Sarawak bersempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Sarikei.
Sarawak bukan negeri asing untuk saya. Jadi bila tuan PPD Sarikei, Mr Lau Ngie Tung yang juga mantan PK Pentadbiran saya semasa di SMK Luar Bandar No. 1 Sibu hubungi untuk jemputan, maka terus saja saya terima.
Topik perkongsian adalah mengenai amalan pdpc kreatif dan berkesan. Dengar tu. Kita bukan saja nak yang guru yang Kreatif, tetapi juga boleh jadikan murid dia pon Kreatif.
Saya kongsikan 10 tips pdpc kreatif dan Berkesan. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Saya kongsikan juga impak kepada murid daripada segi kreativiti, sikap dan juga pencapaian mereka, hasil daripada amalan tadi.
Yang tak sempat tonton boleh tengok sini https://youtu.be/pLzlwL4c-W8

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei

Sesi Perkongsian Pembangunan PDPC Kreatif Dan Berkesan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sarikei


Jutaan terima kasih juga buat dua guru hebat sebagai moderator iaitu Cg Mattheus dan Cg Faizah. Memang terbaik!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat lebih ramai Guru untuk tampil kreatif dalam bilik darjah.
 💕
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL - CikguHailmi

Setelah 3 bulan tak bergerak dan takdak perkongsian secara face to face, Khamis lepas saya dijemput oleh sebuah sekolah hebat di Kedah, SK Sultanah Asma.
Terima kasih SK Sultanah Asma atas jemputan perkongsian tentang Pelaksanaan PBL dengan warga guru pada Khamis lepas. 


Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Terima Kasih SK Sultanah Asma: Perkongsian Perlaksanaan PBL

Seperti biasa, abam kongsikan apa Itu PBL, beserta amalan sebenar yang abam sendiri dah laksanakan dengan murid di Jerlun. Boleh cerita siap dengan apa masalah dan bagaimana nak atasi masalah tersebut. Dan paling penting, impak nya kepada kemenjadian murid di Jerlun.
Alhamdulillah, feedback guru-guru SKSA sangat baik. Macam macam depa tanya. Semangat semua. Di sokong juga oleh barisan pentadbir yang berwawasan tinggi.
Semoga perkongsian menjadi ilmu bermanfaat buat warga pendidik SKSA. Selamat maju jaya saya ucapkan buat semua warga SK Sultanah Asma! 💕 @ SK Sultanah Asma
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia? - CikguHailmi

Sebagai guru yang banyak buat aktiviti hands-on dengan murid sebelum nih, saya rasa janggal gila bila nak mengajar dengan berdiri saja kat depan budak, pastu bagi lecture. Serius rasa pelik sangat.
Kelas saya patutnya budak dok berkeliaran sana sini, wat aktiviti dalam group, kongsi barang dan buat hasil kerja sama-sama. Tapi semuanya tidak selepas pandemik!
Beberapa hari dah berlalu, dengan keterbatasan pergerakan (social distancing) saya yakin, budak pon bosan dengan saya, saya pon bosan dengan budak. Response kurang oii.. 😝
Jadi hari nih saya cuba sket, aktiviti #PAK21 dengan keterbatasan yang ada. Memang challenging! Masih tercari pendekatan yang terbaik nak penuhi norma baharu.
Meh saya cerita sket apa yang saya buat dengan mereka hari nih.
Lepas remapping balik tajuk yang saya nak run dulu, hari nih saya pesan budak bawak pembungkus makanan. Tajuk makanan. Dari sana mereka kena kenalpasti sendiri apa maklumat yang kena ada pada pembungkus makanan tu. (Inkuiri)


Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?


Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?


Bila dah senaraikan maklumat, mereka kena share dengan rakan sebelah dan kenal pasti apa yang sama dan tak sama antara yang dicatat oleh mereka. Dan kena pikir juga kenapa ada yang sama dan tak sama. Masa nih Budak dah kena decide apa maklumat yang patut ada, dan paling penting kenapa maklumat tu kena ada.
Time nih, kelas yang sunyi sepi terus jadi meriah depa dok sembang (bincang). Seronok rupanya budak kalau ble peluang bercakap.
Kemudian saya mintak murid ramai-ramai kongsikan apa dapatan perbincangan mereka dan putuskan sebenarnya apa maklumat yang wajib ada pada sesuatu label makanan.
Lepas tu mereka senaraikan plak bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan, dan kenal pasti apa tujuan bahan tersebut dimasukkan. Dari sana depa kelas kan kepada jenis bahan Kimia yang digunakan dalam makanan.
OK. Lesson learnt hari nih, #PAK21 masih boleh dijalankan ikut norma baharu, tapi perlu disesuaikan. Cabaran utama dia adalah keterbatasan murid dan kemahiran guru.
Slow-slow cuba adapt dan adopt dengan norma baharu. Ayuh guru-guru Malaysia, we can do it! 💪🏻 @ Smk Jerlun
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik - CikguHailmi

Menyedari keperluan guru mendalami ilmu ICT bagi pendidikan pasca pandemik, AJK IMeT (ICT, Multimedia dan Teknologi) menganjurkan PLC untuk guru-guru SMK Jerlun.
Konsep dia sukarela, peer to peer sharing. Tiada paksaan untuk sesiapa hadir. Tapi alhamdulillah, ramai guru yang datang nak tambah ilmu atas sebab memang nak belajar. Terima kasih kawan-kawan sebab support inisiatif digitalisasi nih.


Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik

Ilmu ICT Dalam Pendidikan Penting? Bagi Menghadapi Pasca Pandemik


Terima kasih juga buat Cg Suharni, Guru ICT kami yang kongsikan tentang pelantar DELIMa. Saya kongsi sket pasal e-Learning. InshaAllah targetnya lepas nih tips dan trick mudah untuk pembelajaran online. Satu kali untuk satu minggu saja. Takyah banyak-banyak.
Kita dah kena sedar, bahawa Online learning akan jadi satu Keperluan akan datang. Bukan lagi penyelesaian sementara masa musibah melanda!
Semoga juga usaha kolaboratif guru-guru, saling belajar antara satu sama lain, membuahkan hasil. Amin!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 30 May 2020

9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda - CikguHailmi

Pengurusan kewangan bagi cikgu muda yang baru posting memang merupakan satu cabaran. Baru pegang gaji sendiri, duit sendiri, maka banyaklah benda yang nak rasa dan beli. Apatah lagi komitmen pada awal karier nih memang lain macam sket. Masa nih lah nak simpan duit untuk komitmen yang besar, macam untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk beli rumah, nak bantu keluarga, nak modal berniaga. Itu belum lagi nak guna untuk gaya hidup, macam nak beli baju pakai, gajet, barang mekap dan lain-lain yang sebelum nih, mampu tengok saja. 


9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting
9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting


Saya sendiri struggle untuk 5 tahun pertama bekerja dalam menguruskan kewangan sendiri! Cukup makan saja. Tambah lagi menarik, sebab cikgu-cikgu nih ada slip gaji dan senang buat loan, maka ramai lah yang datang mengerumun nak offer macam-macam tawaran. Maka sebab tu tak hairan, ramai kalangan pendidik yang akhirnya terperangkap dengan jerat kewangan nih. 

Ini termasuk dengan kena tipu oleh Skim Cepat Kaya, MLM dan perniagaan lain yang akhirnya terjerat kena bayar loan bertahun-tahun untuk benda yang tak ada. Pendek cerita lepas tu akan berada pada keberhutangan yang serius, iaitu jumlah hutang lebih daripada 60% pendapatan. Nauzubillah! Semoga kita semua dijauhkan daripada hutang. So sebelum anda dijerat dan terjerat, jom kita baca beberapa tips yang saya boleh kongsikan daripada pengalaman saya dan rakan. 



1. Keperluan atau Kehendak
Ini paling basic. Walaupun mudah, tapi ramai yang tersilap langkah. Nak bezakan, apa yang perlu, dan apa yang teringin. Jadi, buat list supaya anda clear apa yang keperluan dan apa yang kehendak. Utamakan barang keperluan daripada kehendak. Macam saya kalau teringin sangat pun nak beli gajet ke apa ke, biasanya saya letak sasaran beberapa bulan duit lebihan baru lah beli. 


Contoh barang yang boleh jadi keperluan atau kehendak



2. Catat Perbelanjaan
Ini antara benda saya buat masa mula pegang gaji. Dekat 3 tahun juga buat sebab nak catu duit. Jadi saya akan tulis berapa banyak saya nak belanja untuk makan, bayar duit kereta, sewa rumah, bil dan lain-lain. Tujuan dia supaya nampak jelas ke mana duit kita mengalir. Jadi boleh lah berhemah sket untuk bulan berikutnya. 



3. Elak MLM
Seriously benda nih paling BIG NO NO. Tak yah lah rasa cepat terpedaya sangat dengan benda-benda yang jenis takdak buat apa, takyah usaha, tapi duit boleh masuk jadi cepat kaya. Serious tipu bro! Apatah lagi bila tiba-tiba dah lama tak contact, sekali ajak pi makan belanja lah apa lah, last skali nak ajak kita join benda-benda macam nih. 


Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!
Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!


Modus operandi depa semua sama saja, "Ini bukan MLM" katanya. Tapi hakikat dia lebih kurang saja. So elakkan kena tipu ok, sebab satgi tak pasai anda nak kena buat loan, berhutang banyak-banyak untuk benda yang tak ada last skali. Lebih malang lagi bila benda hangus, anda plak yang kena tanggung hutang loan bertahun-tahun.

SO JANGAN!



4. Elak Kad Kredit
Masa zaman saya mula jadi cikgu dulu, memang banyak tawaran kad kredit. Semua bank pakat nak bagi free, tunggu nak jerat kita bila kita guna saja. Dan godaan ada kad kredit nih memang lah sangat tinggi! Duit tak ada, tapi boleh 'beli' barang. Huhuhu. Lepas tu ko hadap lah bunga dan interest setiap bulan tu. 

Walaupon ada yang kata guna kad kredit nih ok, takdak masalah kalau pandai urus, boleh guna masa kecemasan, etc tapi seperti yang saya kata godaan dia sangat tinggi weh. Jadi kalau anda berhasrat juga nak guna, maka fahamkan betul-betul syarat dan peraturan, supaya anda tidaklah ditipu dengan hidden charges tu. 


Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada
Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada


Dengan gaya hidup sekarang nih yang banyak dipengaruhi dengan kehidupan media sosial apa semua, mujor sekarang nih, dah tak banyak bank yang kejar promosi kad kredit. Semua dah tukar kepada Kad Debit. Ko ada duit, ko belanja. Ko takdak duit, duduk senyap-senyap ok.



5. Simpan 10% atau Paksa
Ini antara satu teknik simpan duit yang saya rasakan berkesan untuk saya. PAKSA! So, start awal kerja saya dah mula berkira-kira nak asingkan sedikit duit supaya boleh jadi simpanan masa kecemasan terutamanya. 

Kalau ikut teknik kawan saya, dia akan simpan 10% daripada pendapatan dia. So katakan gaji dia RM3000, maka automatik dia akan simpan RM300 setiap bulan. 


Simpan 10% atau Simpan Paksa
Simpan 10% atau Simpan Paksa


Macam saya pula, awal-awal keje dulu gaji pon ciput dan banyak komitmen lain termasuk nak bayar loan belajar dulu. Maka saya potong siap-siap RM50 jer untuk masuk ke Tabung Haji. Sengaja saya potong kecik, supaya duit tu tak terasa sangat. Kiranya, simpan terus lah, tak mau usik. Bila dah tahun ke-2 atau ke-3 baru lah saya upkan sket ke RM100 setiap bulan dan seterusnya. 

Tahun berikutnya, potong pulak ke ASB dengan kadar RM100. So benda simpanan nih kita boleh buat ansur maju berapa nak simpan. Potong je lah berapa, pendek kata, jangan sampai anda pergi korek balik!



6. Kumpul dan Beli
Nih satu lagi teknik kawalan diri yang saya guna. iaitu kumpul dulu baru beli. Katakan lah saya teringin nak beli kamera DSLR. So saya survey dulu berapa harga dia, dan akan cuba bandingkan dengan baki duit yang saya ada pada setiap bulan. 

Katakan lah, perlu ambik masa sampai 6 bulan kumpul duit, maka saya akan set betul-betul sasaran simpanan. Sebab saya langsung tak ada side income masa tu, maka duit simpanan boleh ditambah melalui pengurangan duit belanja bulan-bulan. Prinsip saya, seboleh mungkin saya cuba elak berhutang yang tak mampu bayar. Sebab saya rasa seperti tidak ada keberkatan dalam kita berhutang. Nanti akan rasa macam tak habis-habis jer bayar hutang tu. Memang menjerat kita balik tu nanti. 



7. Beli Kereta? 
Ukur baju di badan sendiri orang kata. Maka jika anda terpaksa beli kenderaan masa awal-awal kerja, buat lah pilihan lebih tepat. Beli dulu kereta dalam lingkungan mampu milik, sekitar RM40k - 50k. Tak perlu nak nampak hebat bergaya, lepas tu anda yang sakit perut nak menghadap hutang bulanan. Padahal guna kereta tu, seminggu sekali saja. 


Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?
Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?


Bukan setakat tu, bila beli kereta nih kita kena consider juga duit untuk minyak, tol, parking, road tax dan insuran, serta kes rosak dan nak baiki. Semua nih kena ambil kira jugak tau!

Ada juga yang bagi tips mudah, nak tengok kereta mana yang sesuai dengan tahap pendapatan kita. Simple saja. Kalau gaji RM3000, maka darabkan dengan 12 bulan dapatlah RM36,000. So itu ler harga kereta yang sepadan dengan gaji anda. 

Buat yang tak rasa terdesak sangat nak beli kereta, so takyah beli kereta lagi ok. Bila untuk keperluan, sebab serious anda boleh guna simpanan tu untuk lebih banyak benda yang baik. 



8. Lebih Baru Belanja
Satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah ada duit lebih selepas disimpan, baru lah kita belanja. Bukannya tunggu lebih belanja baru kita nak simpan. Maknanya, lepas kita dah tolak apa semua perbelanjaan bulanan yang wajib, bayar hutang apa semua, tolak siap-siap duit simpanan, baki yang tinggal tu baru lah kita untuk keperluan kita hooray hooray. 



9. Side Income
Tip akhir nih adalah jika anda nak stabilkan sket kewangan anda. Saya tak galakkan jika sehingga ini mengganggu tugas hakiki kita sebagai guru. Pendapatan sampingan ini buatlah ikut tujuan kenapa anda nak kumpulkan simpanan. Motif orang tak sama. 

Seperti saya sendiri, saya dapatkan pendapatan sampingan melalui menulis blog pendidikan pada tahun ke-5 saya bekerja. Tidak lah kaya raya, tetapi cukup untuk menampung keperluan saya langgan Internet setiap bulan. Jadi ok lah kan.


Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita
Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita


Ada kawan yang gigih mengajar tuisyen dan juga menjadi tutor peribadi. Terutamanya mereka yang dapat mengajar di kawasan bandar yang lebih berkemampuan. Ada yang jual online dan macam-macam lagi. Apa pun anda nak buat, tetap saya ingatkan, bahawa jangan lah sehingga tugas hakiki kita sebagai guru terganggu dan kedua, janganlah sesekali kita terjerat dengan MLM atau Skim Cepat Kaya.



OK, demikian lah sedikit perkongsian kepada adik-adik yang baru menjadi guru. Uruskanlah kewangan anda dengan baik. Jangan terdorong sangat dengan hasutan syaitan untuk membazir. Jangan tiru kawan yang melaram kemain nampak kaya, nampak hebat kat Instagram, padahal duit setiap bulan pun tak ada. 

Kena ingat, keperluan duit dan komitmen kewangan setiap orang tak sama. Mudahan kita jadi orang yang beringat masa susah dan senang. InshaAllah ada rezeki nanti saya kongsikan pulak beberapa amalan yang boleh membantu kita untuk murah rezeki pulak ya. Sampai jumpa lagi yer. Muahx!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Wednesday 18 March 2020

Bagaimana Nak Jadikan Book Review [PPB] Sebagai Aktiviti Book Club [PLC] Jugak? - CikguHailmi

Sementara 'cuti' COVID-19 nih yang katanya ramai taktau nak buat apa, maka bolehlah isi masa lapang yang terluang tu dengan banyak aktiviti berfaedah. Salah satunya adalah melalui Pembacaan Buku (Book Review) yang boleh dijadikan sebagai mata PPB (Pembangunan Profesionalisme Berterusan) untuk tambah mata kredit anda. So saya kongsikan kat sini cara pelaksanaan, contoh format pelaporan Pembacaan Buku dan bagaimana nak jadikan dia jugak kepada Book Club (PLC).


Bagaimana nak jadikan Book Review [PPB] sebagai Book Club [PLC] jugak?

So yang pertama kena fahamkan dulu yang anda nak buat nih Book Review yer, bukan Book Club. Apa beza dia? Book Review nih adalah Pembacaan Buku untuk anda tingkatkan profesionalisme anda secara individu dan boleh dikumpulkan sebagai mata PPB.

Manakala Book Club [Kelab Buku] pula adalah alat kolaboratif yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan profesionalisme komuniti sekolah anda secara berkumpulan dan boleh dijadikan sebagai PLC. OK, dah faham tak?


Pembacaan Buku [Book Review]
So, untuk Book Review atau Pembacaan Buku ini anda boleh lah mulakan dengan memilih buku yang sesuai dengan keperluan anda sebagai guru. Tak kisah lah keperluan umum atau khusus untuk matapelajaran, janji melalui pembacaan buku tu boleh memberi peningkatan ilmu kepada anda. Jangan buku memasak jer!

Selesai anda baca, maka anda boleh lah mendaftar untuk Pembelajaran Kendiri dalam SPLKPM. Yer lah, baca habis satu buku, sekurang nya adalah manfaat lain juga untuk perekodan anda kan.. So caranya nak daftar mudah saja.

Boleh bukak laman web rasmi SPLKPM kat sini ya https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

Kemudian klik ikut arahan, SPLKPM > Pembelajaran Kendiri > Senarai > Pembacaan Buku >

Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca buku pun boleh masuk dalam SPLKPM - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia


Nih maklumat lanjut yang dia nak, seperti,

Tajuk buku
Penulis buku
Bahasa buku
Bilangan mukasurat
Sinopsis buku
Tarikh pembacaan
Pembentangan
Jangan lupa juga isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda. Borang dia nih macam ala-ala sinopsis lah kepada apa yang kita baca dan dapat daripada buku tersebut.


Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia
Sains-lah 2: novel inspirasi kisah benar 20 saintis muda di Malaysia

Step ketiga adalah anda kena dapatkan pengesahan daripada Pengetua melalui pembentangan. Actually kalau tak bentang pun takpe, tapi kalau dapat bentangkan apa yang anda dapat daripada pembacaan tu, lagi best kan? Silap haribulan punya bagus, boleh juga dikongsikan dengan rakan guru lain juga.

Selepas selesai pengesahan oleh Pengetua, maka anda dapatlah 6 mata kredit bagi 1 buah buku dalam PPB anda. Best kan? Ok Selesai!


Kredit: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Yusuf, Pegawai Pendidikan Islam di JPN Kedah



Kelab Buku [Book Club]
Bagi yang rajin lebih dan nak jadikan Book Review ini sesuatu yang lebih bermanfaat kepada rakan-rakan guru komuniti di sekolah, maka boleh lah sambung pulak dengan aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club). Berikut adalah objektif dan perkara yang patut diberi perhatian oleh guru.


aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

aktiviti PLC (Professional Learning Communities) dengan menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club)

Sebagai pendokumentasian dan evidens melaksanakan PLC ini maka jangan lupa juga sediakan surat jemputan serta dokumentasi ringkas sebagai bukti.

Senang kerja kan?. Buat satu perkara, akhirnya ada dua perkara yang kita dapat. Semoga dengan perkongsian ini memudahkan urusan cikgu meningkatkan lagi profesionalisme dalam keguruan. Selamat maju jaya!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Thursday 12 March 2020

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be! - CikguHailmi

Semalam hari terakhir permohonan Guru Cemerlang 2020 dibuka. Alhamdulillah katanya ramai yang mohon untuk kali nih, dan ramai yang berminat nak mohon pada tahun mendatang juga.
Masa saya mula jadi cikgu, tak pernah terpikir pun nak jadi Guru Cemerlang.
Tapi rezeki saya di tempatkan di sekolah yang banyak membentuk saya sebagai guru, serta jumpa dengan orang yang betul, menyebabkan saya nampak laluan Guru Cemerlang ini sebagai satu lagi pilihan yang saya ada.

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be!

Dan bila saya mulakan misi berkongsi inspirasi dengan ramai guru di seantero negara, saya dapati betapa ramainya guru-guru kita yang bagus di luar sana. Rajin, komited dan sentiasa buat yang terbaik.
Tapi sayang nya, ada yang tak pernah langsung didedahkan dengan peluang macam ni, menyebabkan mereka terus Cemerlang dengan cara mereka.
Menyedari sukar mencari maklumat tentang Guru Cemerlang, maka tahun 2013 saya mula menulis Panduan Memohon Guru Cemerlang. Alhamdulillah daripada komen dalam artikel, ramai yang bagi maklumbalas yang baik.
Seiring perkembangan teknologi juga, tahun lepas saya mulakan group telegram, Bimbingan GC To Be, juga untuk tujuan membimbing dan melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. 3 hari buka saja, dah cecah 1000 orang guru yang join. Yang dah GC pun join, dan sangat banyak membantu membimbing guru-guru novis.
Tahun nih pula lagi rancak bila JNJK dan Majlis GC negeri anjurkan jerayawara keliling Malaysia tentang Guru Cemerlang. Mudahan juga semua usaha-usaha ini mampu meningkatkan kualiti lebih ramai guru kita ke tahap yang lebih baik.
Untuk yang berminat join group telegram di atas, boleh lah Klik pautan https://t.me/joinchat/A0sWZRW8Xoe20EaFaQ-zsw
Saya doakan juga semoga semua guru yang mohon Guru Cemerlang tahun nih dipermudahkan segala urusan. Dah jadi Guru Cemerlang nanti, jangan lupa cemerlangkan guru lain pula. Pakat sama-sama Cemerlang.
Orang Afrika kata, nak pi cepat, pi sorang-sorang. Nak pi jauh, pi lah ramai-ramai... ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 7 March 2020

Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima - CikguHailmi

Terima kasih untuk ruang perkongsian pembugaran semula amalan PAK21 di SMK Batu Lima, Gurun.
Cabaran berceramah waktu petang lepas sekolah ni amat lah mencabar. Nak buat audien, terbuka mata, minda dan sentiasa teruja dengar apa yang kita buat, susah weyh. Tapi alhamdulillah, skil buat lawak abam sekarang pun dah makin on point, maka abam buat refleksi takdek lah boring sangat kot pembentangan abam ari tuh.. 😂😂😂



Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima

Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima

Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima

Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima
Pembugaran Amalan PAK21 di SMK Batu Lima


Harapannya semoga guru-guru di sini mendapat ilmu baharu yang boleh dipraktikkan dalam bilik darjah. Semoga juga kita jadi guru yang lebih baik daripada sebelum nya. Amin! @ Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5 Gurun, Kedah
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Sunday 1 March 2020

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting - CikguHailmi

Alhamdulillah selesai berkursus untuk pemantapan lebih 80 orang TPU (Tenaga Pengajar Utama) bagi IBSE bersama Pusat STEM Negara.
Kursus kali kedua selepas tahun 2018 nih menghimpunkan kesemua TPU IBSE dari seluruh Malaysia. Dan tugas kami adalah untuk review semula aktiviti yang telah dijalankan, supaya pelaksanaan pada Fasa seterusnya dapat memberi kan impak lebih baik kepada guru yang terlibat.

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Kursus Pemantapan TPU IBSE 2020 di IAB Genting

Saya gembira kerana dapat bertemu dengan lebih ramai rakan guru dan pensyarah IPG yang hebat-hebat dan baik-baik belaka. Banyak ilmu, dan masing-masing langsung tak lokek nak berkongsi. Banyak saya belajar kali nih.
Semoga juga inisiatif Pusat STEM Negara ini dapat mengembalikan kegembiraan dalam mempelajari Sains secara inkuiri kepada murid dan guru. Semoga juga lebih ramai guru yang menjadikan IBSE sebagai pendekatan pilihan bagi menerapkan KBAT dalam kalangan murid.
Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada anda! ❤️
#inkuiri #IBSE @ IAB Genting
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan