Showing posts with label Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia. Show all posts

Friday 28 May 2021

ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021 - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO AWARD FOR THE SECOND EDITION OF BAYAN CONTEST FOR CREATIVE EXPRESSION IN ARABIC FOR THE YEAR 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the year of 2021. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan kemahiran dan ekspresi kreativiti dalam kalangan pelajar bukan Arab yang mempelajari Bahasa Arab dalam mengembangkan bidang penulisan dan ekspresi lisan Bahasa Arab. Anugerah ini adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah mendapat sambutan menggalakkan. Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk mempromosikan kreativiti dan produktiviti serta mengetengahkan kepelbagaian dalam Bahasa Arab. Selain itu, ianya pelengkap kepada pendekatan pendidikan dan budaya yang seimbang serta dapat membina dua kemahiran produktif linguistik dalam penulisan kreatif dan ekspresi lisan.

3.  Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/05/18/nominations-open-for-icesco-bayan-award-for-creative-expression-in-arabic-2021/. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui pautan http://www.icesco.org/wp-content/uploads/2019/12/Nomination-Form-ICESCO-Bayan-Award.pdf Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan penyertaan dalam dalam bentuk video bersama dokumen yang diperlukan mengikut syarat yang ditetapkan kepada pihak ICESCO melalui alamat emel (bayanaward2@icesco.org) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 26 May 2021

Notis Pemakluman Penangguhan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Peperiksaan Perkhidmatan Awam



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 25 May 2021

SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Pengumuman KPM

 Muat Turun  SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022 - Pengumuman KPM

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022.

Iklan permohonan akan dibuka mulai 31 Mei hingga 8 Ogos 2021. Proses sokongan Ketua Jabatan akan berakhir pada 15 Ogos 2021.

Sila layari Laman NPQEL MPPS.

Muat turun dokumen yang berikut:

 BIL.    PERKARA
 1  Surat Permohonan
 2  Lampiran A: Syarat-syarat Permohonan
 3  Lampiran B: Senarai Jawatan Pentadbiran
 4  Lampiran C: Keperluan Calon NPQEL Tahun 2022 Mengikut Bidang  


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 21 May 2021

UNESCO calls Students to participate in Environmental Sustainability Video Competition - Pengumuman KPM

Short Silent Video Competition on Environmental Sustainabilityduring COVID-19 Pandemic for Students

UNESCO

 

Sempena World Earth Day, Girls in ICT Day, World Environment Day and International Youth Day, UNESCO dengan kerjasama Association of Indonesian Ecoprinters (AEPI) dan UNESCO L'OrĂ©al for Women in Science menganjurkan pertandingan video pendek senyap dengan Tema Environmental Sustainability during COVID-19 Pandemic . Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar berumur 11 hingga 19 tahun di rantau Asia Tenggara. Penyertaan pelajar perempuan adalah digalakkan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad)

 

Terma pertandingan dan maklumat lanjut adalah seperti di lampiran.

 

 Terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 20 May 2021

Hebahan Pekeliling Perbendaharaan PS6.1: Garis Panduan Pemantapan Penubuhan Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Pemungut - Pengumuman KPM

Muat Turun Surat Pekeliling



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 19 May 2021

Upcoming Gamification With Genially Webinar 2021 - Pengumuman KPM

gamification poster 1280x720

Date: 20th May 2021

Time: 2.30-3.30 p.m.

Facilitator: Ms. Leong Mi-Chelle (UOW KDU Penang University College)

Moderator: Dr. Nor Fadzleen binti Sa’don (ELTC)

Organiser: Language & Technology Department, ELTC

Venue: Online (via Microsoft Teams)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 18 May 2021

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Graduan Tajaan KPM) - Pengumuman KPM

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut:
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Graduan Tajaan KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Tarikh Akhir : 20/05/2021



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

“Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” oleh SEAMEO INNOTECH Tahun 2021 - Pengumuman KPM

“Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” oleh SEAMEO INNOTECH Tahun 2021

Innotech Iklan Portal

Pautan Surat Hebahan: http://bit.ly/Hebahan_Innotech

Pautan permohonan “Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” : http://bit.ly/Innotech_Malaysia

Pautan maklumat lanjut berkaitan program dan tatacara permohonan: https://bit.ly/33ywOHK

PENTING: Tarikh Tutup Permohonan pada atau sebelum 5.00 petang; 28 Mei 2021 (Jumaat)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 11 May 2021

Keputusan eUKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

KEPUTUSAN eUKCG ISMP 2021 EMELMEDIA SOSIAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 boleh disemak melalui pautan http://ipgmkpm.net.UA mulai 11 Mei 2021 (Selasa), jam 10.30 pagi

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 

11 Mei 2021 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 4 May 2021

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember 2021 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

 Bil.  

 Tarikh  

 Tempoh  

 Keterangan

1.

05 Mei 2021 (Rabu)

hingga

 

06 Jun 2021
(Ahad)

 

33 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 06 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

 

2.

07 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

27 Jun 2021
(Ahad)

 

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 27 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

28 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

18 Julai 2021
(Ahad)

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 18 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  • (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
  • (d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 05 MEI 2021 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG)/ Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CSG / CTG / CTGIP oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan / atau CTG / CTGIP boleh MENJEJASKAN KEKANANAN kecuali Cuti Belajar);

  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;

  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

  5. Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 13 bagi maklumat lanjut); dan

  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat Turun Surat Siaran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengoperasian Konsultasi Sentral Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KoSSMIK) IAB Secara Rasmi - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Sejahtera

YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENGOPERASIAN KONSULTASI SENTRAL SENTRAL SEHENTI MAYA INTEGRASI KEPIMPINAN (KoSSMIK) IAB SECARA RASMI

Sukacita dimaklumkan bahawa IAB telah membangunkan satu platform untuk pemimpin pendidikan khususnya pengetua dan guru besar bagi mendapatkan konsultasi secara maya dalam bidang kepimpinan pendidikan melalui platform KoSSMIK.

Sehubungan itu, YBrs.Dr./tuan/puan adalah dipelawa untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada coach IAB melalui KoSSMIK mulai 3 MEI 2021.

KoSSMIK boleh diakses melalui pautan berikut:
https://sistem.iab.edu.my/ekossmik/login.php

Atau imbas kod di bawah.

Kossmik



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Sunday 2 May 2021

Soalan Lazim (FAQ) Pengurusan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bermula Cuti Hari Raya Aidilfitri Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Bagi Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Soalan Lazim (FAQ) Penutupan Institusi Pendidikan Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday 1 May 2021

Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri - Pengumuman KPM

Muat Turun :

Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 27 April 2021

SEAMEO Congress 2021 "Transforming Southeast Asian Education, Science and Culture in the Digital Age" - Pengumuman KPM

Sekretariat SEAMEO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Thailand akan menganjurkan SEAMEO Congress 2021  pada 28 dan 29 April 2021 secara maya. Kongres ini bertemakan  "Transforming Southeast Asian Education, Science and Culture in the Digital Age" 
 

Seameo

Tarikh: 
28 dan 29 April 2021
Masa  :
9.30 pagi - 9.00 malam (28 April 2021)
9.30 pagi - 6.30 petang (29 April 2021) 
Platform:
YouTube (scan QR Code) 
 
1 Opening
 
YB Menteri Kanan Pendidikan selaku Presiden Majlis SEAMEO akan menyampaikan Ucaptama Pembukaan pada 28 April 2021 (Rabu) 10.00 pagi.
 
 
Plenary 2
 
A. Sesi Plenari 2: Building Back Better: Actions for Digital Transformation in AI era
Tarikh: 28 April 2021 (Rabu) 

 Moderator: Puan Maznah binti Abu Bakar (Pengarah, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.) 

Link: https://link.seameo.org/Congress2021Live

 

Plenary 3
 
B. Sesi Plenari 3: Transforming Education in the Post COVID-19 Era  
Tarikh : 29 April 2021 (Khamis)

Moderator: Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan))  

Link: https://link.seameo.org/Congress2021Live

 
 
Plenary 5
 
C. Sesi Plenari 5: Southeast Asian Education and Future's Agenda - Messages from the Ministers of Education of SEAMEO Member CountriesTarikh: 29 April 2021 (Khamis) 
 
 
 
Plenary 6
 
D. Sesi Plenari 6: Closing Messages
Tarikh : 29 April 2021 (Khamis)
 
 
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 26 April 2021

Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2021 - Pengumuman KPM

NEW POSTER

Borang Sayembara Muat Turun

Maklumat Syarat-syarat Sayembara Puisi & Lagu 2021 Muat Turun

Senarai Pegawai Penghubung JPN Muat Turun

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Majlis Pelancaran Konsultasi Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KoSSMIK) - Pengumuman KPM

perasmianKossmik



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan Penilaian Pertama Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

PENILAIAN PERTAMA 20042021

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 22 April 2021

ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021” - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO PRIZE FOR WOMEN POETRY “POEM OF THE YEAR OF WOMEN 2021”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021” sempena proklamasi tahun 2021 sebagai ‘ICESCO Year of Women’. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan puisi Bahasa Arab klasik dan memperkukuhkan kewujudan penyair wanita berbakat serta memberi peluang kepada golongan wanita untuk menyertai pertandingan dan mempamerkan pencapaian. Antara objektif utama anugerah ini adalah merangsang kreativiti puisi Bahasa Arab yang klasik di kalangan wanita dan menyediakan peluang persaingan yang adil bagi penyair wanita yang berbakat.

3.   Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di  Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/04/13/launch-of-icesco-womens-poetry-prize-poem-of-year-of-women-2021/. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan puisi mengikut syarat ditetapkan dalam bentuk pdf dan Microsoft Word berserta sesalinan biografi yang ringkas ke pihak ICESCO melalui alamat emel (arabic@icesco.org) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan