

Sumber : Cikgu Ayu Dot My
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2020
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil atau Diploma Kemahiran (TVET), Diploma atau Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Tahun 2020.
3. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2(6) bertarikh 8 Mei 2020 dan garis panduan PPKP KPM untuk makluman dan rujukan. Permohonan dibuka mulai 8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021.
4. Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dan memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA Pemohon dikehendaki membaca dokumen tersebut dengan teliti dan mematuhi setiap keperluan yang dinyatakan dalam surat pelawaan tersebut.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
6. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bahagian Profesionalisme Guru
Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Shaharudin bin Said
7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
No. Tel. : 03-8872 1514
Emel : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my
Nama : Puan Paridah binti Ali
No. Tel. : 03-8884 7947
Emel : paridah.ali@moe.gov.my
Nama : Encik Shaharudin bin Said
No. Tel. : 03-8884 1065
Emel : shaharudin.said@moe.gov.my
8. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Urus Setia Latihan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-887 21514/03-8884 7947
Faks: 03-8884 7925
Muat Turun Syarat PPKP Sepenuh Masa
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN TAWARAN BIASISWA PERINGKAT SARJANA DI BAWAH THAILAND INTERNATIONAL POSTGRADUATE PROGRAMME (TIPP) BAGI TAHUN 2020
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Thailand menerusi Thailand International Cooperation Agency (TICA) telah menawarkan peluang biasiswa peringkat sarjana di bawah Thailand International Postgraduate Programme (TIPP) bagi tahun 2020 kepada pelajar-pelajar antarabangsa termasuk daripada Malaysia. Biasiswa TIPP bertujuan untuk membuka peluang kepada negara tersebut dan rakan-rakan strategik untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menyumbang kepada pembangunan mampan melalui lima (5) bidang utama iaitu:
3. Pihak TICA akan menanggung antara lain, pembiayaan tiket penerbangan sekali dalam tempoh pengajian, elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan tempat dalam program ini. Calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan dengan melengkapkan borang terlampir dan disahkan oleh pihak yang berkenaan sebelum dihantar untuk penyelarasan dan pengesahan lanjut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 27 Mac 2020 kepada alamat email aswad.judin@moe.gov.my. Maklumat lanjut berkenaan forum ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.tica.thaigov.net/main/en/relation/99237-TIPP-2019.html.
4. Seperti yang pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan di Thailand yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon serta menyambung pengajian di Thailand adalah dibawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, pencalonan yang berjaya juga adalah tertakluk kepada keadaan semasa di [Thailand susulan penularan wabak COVID-19 tersebut.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat.
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia