Thursday, 9 November 2017

Buku Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Buku Laporan Tahunan Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak 2016 telah diterbitkan dalam bentuk digital dan boleh
dimuat turun di laman web rasmi JPN Sarawak di sini .

Wednesday, 8 November 2017

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Rendah Bil.7/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH
RENDAH BIL.7/2017

boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 11/04/2017.

URL : egraduan.moe.gov.my

Tarikh mula : 04/11/2017

Tarikh Akhir : 16/12/2017

Tarikh Penempatan : 16/11/2017

Monday, 6 November 2017

Jemputan Ke Majlis Perkongsian Pengalaman Program Pertukaran Guru Malaysia Ke Korea Bagi Debriefing Session Guru Kpm Di Bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (Komtep 2017)

"1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN GURU
MALAYSIA KE KOREA BAGI  DEBRIEFING SESSION  GURU KPM DI BAWAH
KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME  (KOMTEP 2017)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan jalinan kerjasama  Asia-Pacific Centre of Education for
International Understanding , UNESCO (APCEIU) masih meneruskan program
pertukaran guru Korea dan Malaysia bagi tahun 2017. Seramai sepuluh
(10) orang guru KPM telah ditempatkan di lima (5) buah sekolah  di
Republik Korea selama tiga (3) bulan bermula September 2017 sehingga
Disember 2017.

     Bagi tujuan tersebut, Bahagian ini akan mengelolakan Majlis
Perkongsian Pengalaman Program Pertugaran Guru Malaysia ke Korea bagi
Debriefing Session  Guru KPM  di bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange
Programme  (KOMTEP 2017)  yang akan diadakan seperti ketetapan berikut
:

  Tarikh:                       08 Disember 2017 (Jumaat)

                  Masa:                       9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari

Tempat:                       Institut Aminuddin Baki (IAB)

                                                   Kementerian
Pendidikan Malaysia,

                                                   Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan.

           Sehubungan itu, Kumpulan Pengurusan dan Professional
pelbagai skim yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ini
dipelawa untuk mengemukakan penyertaan dan tertakluk kepada kebenaran
dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan prinsip yang
terawal . Borang kehadiran seperti di Lampiran B hendaklah dikemukakan
pada atau sebelum 8 November 2017 (Rabu) jam 5.00 petang melaluiemel
ke  ahmad.sabri@moe.gov.my  atau faks ke nombor 03 8884 1222.

Wednesday, 1 November 2017

Pertandingan Boling Tenpin PUSPANITA KPM 2017

Tarikh: 10 November 2017

Masa: 2.00 petang

Tempat: ARL Powerbowl, Alamanda, Putrajaya

Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh: 9-10 November 2017

Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Olimpik 1, Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia

Bengkel Kejurulatihan Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri Tahun 2017

Tarikh: 10-12 November 2017

Masa: 8.30 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: Dewan Canselori Putra, Universiti Kebangsaan Malaysia, Serdang, Selangor

Kejohanan Sepak Takraw 1Murid 1Sukan (1M1S) Kementerian Pendidikan Malaysia Bawah 16 Tahun Peringkat Kebangsaan 2017

Tarikh: 9-11 November 2017

Masa: 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Tempat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan