Thursday, 12 April 2018

Info Kemasukan Murid Bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia Di Kolej Vokasional Terpilih Ambilan Jun 2018

Murid Lepasan PBS Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 dipelawa untuk memohon Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional terpilih bagi Ambilan Jun 2018 mulai 16 April hingga 18 Mei 2018.
Untuk maklumat lanjut, muat turun lampiran di sini.
Penulis : ukk@yahoo (Unit Komunikasi Korporat)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4064-info-kemasukan-murid-bagi-program-sijil-kemahiran-malaysia-di-kolej-vokasional-terpilih-ambilan-jun-2018

Surat Tawaran Biasiswa bagi Certificate in English Language Teaching-Secondary (CELT-S)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima surat tawaran biasiswa bagi Certificate in English Language Teaching-Secondary (CELT-S) daripada SEAMEO RELC sempena ulang tahunnya yang ke-50. Untuk makluman, program biasiswa CELT-S telah direka bentuk oleh Cambridge English khususnya bagi guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perkhidmatan yang bertugas di sekolah menengah. Program ini akan dijalankan mengikut empat fasa seperti berikut:
(i) Fasa 1: (13 Ogos - 5 Oktober 2018) - 8 minggu
Fasa Pembelajaran Online (20 jam)
(ii) Fasa 2: (22 Oktober - 9 November 2018) - 3 minggu
Face-to-face Learning (66 jam)
(iii) Fasa 3: (19 November - 8 Februari 2019) - 12 minggu
Fasa Pembelajaran Online (40 jam)
(iv) Fasa4: (13 - 20 Februari 2019 / 20 - 28 Februari 2019) - 1 minggu
Fasa On-site visit and teaching observation (20 jam)
Untuk makluman, biasiaswa yang ditawarkan adalah merangkumi yuran pendaftaran dan kelas, elaun sara hidup serta kos tiket kapal terbang (roundtrip economy class air-ticket secara reimbursement) dan penginapan, manakala tuntutan perjalanan dalam negeri perlu di tanggung oleh Bahagian/Jabatan masing-masing.
Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa guru-guru Bahasa Inggeris di dalam perhidmatan yang bertugas di sekolah menengah untuk membuat permohonan. Permohonan yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen seperti di bawah perlulah sampai ke Bahagian ini selewat-selewatnya pada 20 April 2018 jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya.

  • resume Ringkas/Tugas Semasa PPP;
  • salinan Kad Pengenalan – disahkan;
  • salinan Passport (belum tamat tempoh jika ada) – disahkan;
  • salinan ijazah/diploma (Linguistics/ English Language/TESOL/Education) - disahkan;
  • salinan transkrip (versi Bahasa Inggeris) - disahkan;
  • 2 reference letters; dan
  • keputusan terkini TOEFL/IELTS/berkaitan- disahkan.
Sila hantarkan borang permohonan tuan/puan di alamat berikut;
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Dasar Keguruan,
Aras 3, Blok E 13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: En. Ahmad Saifuldin Bin Makkah)
03-88841067
Sila Muat Turun  borang permohonan tuan/puan. Selamat maju jaya dan terima kasih.
Penulis : bpg@yahoo.com (Bahagian Pendidikan Guru)
http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4065-surat-tawaran-biasiswa-bagi-certificate-in-english-language-teaching-secondary-celt-s

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Karnival #STANDTOGETHER 2018

poster karnival

Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormat takzim, saya menarik perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group sedang menganjurkan kempen #STANDTOGETHER yang bertujuan untuk menangani isu buli di sekolah. Sebanyak 821 buah sekolah di seluruh Malaysia telah melaksanakan Minggu Baik Hati (Kindness Week) pada 2 hingga 6 April 2018 sempena kempen #STANDTOGETHER. Bersempena Minggu Baik Hati ini, sebanyak 112 buah sekolah telah menyertai pertandingan Projek Baik Hati dan 30 projek daripada 30 buah sekolah terpilih menerima hadiah RM1000.00 untuk melaksanakan projek mereka, manakala 10 projek terbaik telah menerima kunjungan selebriti di sekolah masing-masing sempena Minggu Baik Hati pada 2 hingga 6 April 2018.
3.         Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan bersempena Kempen #STANDTOGETHER, UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group akan menganjur Karnival #STANDTOGETHER 2018 dalam usaha memepertingkatkan kempen untuk menangani isu buli dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan aman untuk semua.
4.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan suasana program karnival tersebut seperti butiran berikut:




KARNIVAL #STANDTOGETHER 2018
Tarikh            :             15 April 2018 (Ahad)
Masa              :             10.30 pagi hingga 6.30 petang
Tempat          :            Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam,
                                    Shah Alam, Selangor

Sekian, terima kasih.
Penulis : ukk@yahoo (Unit Komunikasi Korporat)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4063-karnival-standtogether-2018

Kenyataan Media: Cuti Peristiwa Khas Sekolah Pada 9 Mei 2018 Bagi Pelaksanaan Pilihanraya Umum Ke-14



http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4061-kenyataan-media-cuti-peristiwa-khas-sekolah-pada-9-mei-2018-bagi-pelaksanaan-pilihanraya-umum-ke-14




Kenyataan Cuti Peristiwa PRU14 copy
Penulis : ukk@yahoo (Unit Komunikasi Korporat)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan