Thursday 12 April 2018

Karnival #STANDTOGETHER 2018

poster karnival

Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormat takzim, saya menarik perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.           Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group sedang menganjurkan kempen #STANDTOGETHER yang bertujuan untuk menangani isu buli di sekolah. Sebanyak 821 buah sekolah di seluruh Malaysia telah melaksanakan Minggu Baik Hati (Kindness Week) pada 2 hingga 6 April 2018 sempena kempen #STANDTOGETHER. Bersempena Minggu Baik Hati ini, sebanyak 112 buah sekolah telah menyertai pertandingan Projek Baik Hati dan 30 projek daripada 30 buah sekolah terpilih menerima hadiah RM1000.00 untuk melaksanakan projek mereka, manakala 10 projek terbaik telah menerima kunjungan selebriti di sekolah masing-masing sempena Minggu Baik Hati pada 2 hingga 6 April 2018.
3.         Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan bersempena Kempen #STANDTOGETHER, UNICEF Malaysia dan R.AGE, Star Media Group akan menganjur Karnival #STANDTOGETHER 2018 dalam usaha memepertingkatkan kempen untuk menangani isu buli dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan aman untuk semua.
4.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan suasana program karnival tersebut seperti butiran berikut:




KARNIVAL #STANDTOGETHER 2018
Tarikh            :             15 April 2018 (Ahad)
Masa              :             10.30 pagi hingga 6.30 petang
Tempat          :            Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam,
                                    Shah Alam, Selangor

Sekian, terima kasih.
Penulis : ukk@yahoo (Unit Komunikasi Korporat)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4063-karnival-standtogether-2018

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan