Wednesday, 18 April 2018

Tawaran Menyertai International Seminar on Language, Education and Culture 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini membuka tawaran kepada semua warga pendidik KPM untuk menyertai 'International Seminar on Language, Education, and Culture' selaku pembentang bertempat di Indonesia.  Tema pembentangan adalah seperti berikut;
Theme;
Fostering 21st Century Skills in Language, Education, and Culture
Subthemes;
  • Language policy in 21st century
  • Language in mass and social media
  • The politics of language
  • Four Cs (Communication, Collaboration, Critical Thinking, and Creativity) in the teaching of language, literature, and arts
  • Teachers' professional development in 21st century
  • Innovation in teaching language, literature, and arts
  • Pop, contemporary and digital culture in 21st century
  • Visual and performing arts in 21st century
  • Re-interpretation of local culture
Syarat Kelayakan;
  • Warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Tiada masalah tatatertib
  • Tajuk pembentangan telah mendapat kelulusan daripada EPRD
Bagi yang berminat untuk menyertai seminar ini, peserta perlu menghantar 'abstract' ke Bahagian Pendidikan Guru berdasarkan format yang dilampirkan bersama tawaran ini selewat-lewatnya pada 24 April 2018 jam 5.00 petang. Peserta yang berjaya terpilih adalah layak diberikan kebenaran sebagai menjalankan tugas rasmi bagi menghadiri kursus pendek di bawah program Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Yuran dan penginapan adalah dibiayai sepenuhnya oleh penganjur dan layak untuk menuntut elaun berdasarkan kelayakan. Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran berikut;
  • ringkasan/tugas semasa PPP;
  • salinan silde pembentangan (PowerPoint) yang akan digunakan semasa seminar;
  • salinan Kad Pengenalan – disahkan;
  • salinan Passport (belum tamat tempoh jika ada) – disahkan;
  • salinan kelulusan akademik tertinggi - disahkan; dan
  • 1 reference letter.
  • keputusan LNPT untuk 3 tahun 


Tempat adalah terhad dan pemohon yang berjaya akan dihubungi dalam masa terdekat dan bagi yang tidak menerima sebarang maklumbalas sehingga akhir bulan April 2018 haruslah mengaggap bahawa permohonannya tidak berjaya. Pihak KPM berhak meminda syarat-syarat tawaran dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
Sila hantarkan permohonan dan lampiran berkenaan ke alamat berikut;
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Dasar Keguruan,
Aras 3, Blok E 13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: En Ahmad Saifuldin Bin Makkah)
03-88841067
Sila muat turun borang dan lampiran berkenaan.

Selamat maju jaya dan terima kasih.
Url : http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4074-tawaran-menyertai-international-seminar-on-language-education-and-culture-2018 Penulis : bpg@gmail.com (Bahagian Pendidikan Guru) Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan