Wednesday, 18 April 2018

Tawaran Menyertai International Seminar on Language, Education and Culture 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini membuka tawaran kepada semua warga pendidik KPM untuk menyertai 'International Seminar on Language, Education, and Culture' selaku pembentang bertempat di Indonesia.  Tema pembentangan adalah seperti berikut;
Theme;
Fostering 21st Century Skills in Language, Education, and Culture
Subthemes;
  • Language policy in 21st century
  • Language in mass and social media
  • The politics of language
  • Four Cs (Communication, Collaboration, Critical Thinking, and Creativity) in the teaching of language, literature, and arts
  • Teachers' professional development in 21st century
  • Innovation in teaching language, literature, and arts
  • Pop, contemporary and digital culture in 21st century
  • Visual and performing arts in 21st century
  • Re-interpretation of local culture
Syarat Kelayakan;
  • Warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Tiada masalah tatatertib
  • Tajuk pembentangan telah mendapat kelulusan daripada EPRD
Bagi yang berminat untuk menyertai seminar ini, peserta perlu menghantar 'abstract' ke Bahagian Pendidikan Guru berdasarkan format yang dilampirkan bersama tawaran ini selewat-lewatnya pada 24 April 2018 jam 5.00 petang. Peserta yang berjaya terpilih adalah layak diberikan kebenaran sebagai menjalankan tugas rasmi bagi menghadiri kursus pendek di bawah program Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Yuran dan penginapan adalah dibiayai sepenuhnya oleh penganjur dan layak untuk menuntut elaun berdasarkan kelayakan. Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran berikut;
  • ringkasan/tugas semasa PPP;
  • salinan silde pembentangan (PowerPoint) yang akan digunakan semasa seminar;
  • salinan Kad Pengenalan – disahkan;
  • salinan Passport (belum tamat tempoh jika ada) – disahkan;
  • salinan kelulusan akademik tertinggi - disahkan; dan
  • 1 reference letter.
  • keputusan LNPT untuk 3 tahun 


Tempat adalah terhad dan pemohon yang berjaya akan dihubungi dalam masa terdekat dan bagi yang tidak menerima sebarang maklumbalas sehingga akhir bulan April 2018 haruslah mengaggap bahawa permohonannya tidak berjaya. Pihak KPM berhak meminda syarat-syarat tawaran dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
Sila hantarkan permohonan dan lampiran berkenaan ke alamat berikut;
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Dasar Keguruan,
Aras 3, Blok E 13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: En Ahmad Saifuldin Bin Makkah)
03-88841067
Sila muat turun borang dan lampiran berkenaan.

Selamat maju jaya dan terima kasih.
Url : http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4074-tawaran-menyertai-international-seminar-on-language-education-and-culture-2018 Penulis : bpg@gmail.com (Bahagian Pendidikan Guru) Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday, 17 April 2018

Pertandingan Sayembara Resensi Novel Islami Peringkat KPM 2018

Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM menganjurkan Sayembara Resensi Novel Islami Peringkat KPM 2018. Pertandingan ini terbuka kepada:
  • Murid - murid sekolah di bawah kelolaan KPM
  • Ia terbahagi kepada dua (2) kategori:
  • Kategori A: Murid sekolah berumur 11 - 14 tahun (Novel Kanak - kanak)
  • Kategori B: Murid sekolah berumur 15 - 17 tahun (Novel Remaja)
Syarat pertandingan Sayembara berserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada pautan berikut:
BIL TAJUK MUAT TURUN
1 Iklan Muat Turun
2 Syarat dan borang penyertaan Muat Turun


Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 29 Jun 2018.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia Sayembara, Ustaz Mohammad Shariffuddin Jahuri, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, BPI, KPM:
Nombor telefon : 03-83217284 / 019-2335007
Emel :                  shariffuddin@moe.gov.my / areef.ariatie@gmail.com
Sekian, terima kasih.
https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4076-pertandingan-sayembara-resensi-novel-islami-peringkat-kpm-2018

Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Cenderamata Untuk Program Khidmat Bantu VLE

Kod Tender : SH 15/2018
Tarikh disiarkan: 17 April 2018
Jabatan: Bahagian Teknologi Pendidikan
Muat Turun : Sebutharga SH 15/2018

Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Monday, 16 April 2018

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester Satu(1) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester Satu(1) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dilakukan mulai 16 April 2018 sehingga 16 Mei 2018 di sst6.moe.gov.my

Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH, KOLEJ VOKASIONAL (KV), INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB), KOLEJ MATRIKULASI (KM), ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE (ELTC) DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang Gred DG44 hingga ke Gred Khas C dan Pensyarah Cemerlang Gred DG48 hingga ke Gred DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2018 bermula 16 April 2018 sehingga 18 Mei 2018.
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini diingatkan supaya mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang (MS Excel) dengan lengkap dan betul. Ketua Jabatan hendaklah memastikan maklumat permohonan calon adalah lengkap dan teratur. Ketua Jabatan juga diingatkan supaya mengemaskini maklumat perkhidmatan semua calon dalam Sistem e-Pangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya SAHAJA akan menerima surat Arahan Penempatan Pemangkuan sebagai Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang melalui Ketua Jabatan masing-masing.  Keputusan penilaian adalah MUKTAMAD dan sebarang RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN.
BIL. PERKARA
1 BORANG PERMOHONAN GCPC TAHUN 2018 MUAT TURUN
2 BORANG PERMOHONAN PC IPG TAHUN 2018 MUAT TURUN
3 IKLAN GC PC TAHUN 2018 MUAT TURUN
Terima Kasih.


http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4067-urusan-pemangkuan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-sebagai-guru-cemerlang-di-sekolah-kolej-vokasional-kv-institut-aminuddin-baki-iab-kolej-matrikulasi-km-english-language-teaching-centre-eltc-dan-pensyarah-cemerlang-di-institut-pendidikan-guru-ipg-secara-khas-untuk-penyandang-kup-di-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-tahun-2019 Penulis : firdaus.zahrin@moe.gov.my (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Power lah, cikgu! - hmetro

Zaharah Othman

GURU Bahasa Inggeris dari Keningau, Sabah yang pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa menerima penghargaan bagi projek pengajarannya, "Wonder Zone" sempena Persatuan Antarabangsa Guru Bahasa Inggeris sebagai Persidangan Bahasa Asing yang berlangsung di Brighton, baru-baru ini.
Mohd Sirhajwan Idek, 30, yang mengajar bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau dijemput untuk membentangkan kertas kerjanya di persidangan pendidik Bahasa Inggeris terbesar dunia yang mengumpulkan 30 pemenang Biasiswa Express Publishing 2018 yang berlangsung dari 9 hingga 13 Mei tahun lalu.
"Projek 'Wonder Zone' menyediakan perkhidmatan pendidikan jarak jauh yang dijalankan oleh pelajar saya.



"Projek ini digunakan sebagai platform bagi membangun dan melaksanakan projek mereka selaras dengan konsep Pembelajaran Berasaskan Projek," katanya.
Antara peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah ahli bahasa terkemuka David Nunan, Jeremy Harmer dan Scott Thornbury.
"Scott adalah seorang ahli bahasa yang terkenal, malah beliau ditugaskan sebagai mentor bagi membantu pembentangan kertas kerja saya.
"Saya gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dan menimba pengalaman yang amat berharga," katanya.
Mengulas lanjut, Sirhajwan berkata, pada mulanya dia memilih sekolah rendah dan pelajarnya menentukan satu isu khusus yang akan dibangkitkan antaranya isu kesihatan, kebersihan, kemahiran membaca, menulis dan sukan.
"Mereka kemudiannya membangunkan projek terbabit di empat sekolah rendah yang berlangsung selama sebulan.
"Para pelajar menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan kreativiti, kemahiran komunikasi dan kerjasama menerusi Bahasa Inggeris.
"Kurang keyakinan diri antara penghalang yang membuatkan pelajar malu walaupun sebenarnya masing-masing berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris," katanya.


Antara enam anugerah global yang pernah dimenangi beliau adalah Macmillan Teachers at my Heart 2016, Norwich, United Kingdom, the International Innovation and Entrepreneurship Excellence in Teaching Award 2017, Paris, Perancisdan International ELT Research Conference PhD Grant 2018, Antalya, Turki.
Beliau juga memenangi Sumbangan Cemerlang dalam Pendidikan di Anugerah Pendidikan GESS 2018, Dubai serta Hadiah Guru Global 2018, Dubai.
Sirhajwan yang sudah enam tahun mengajar turut membabitkan diri dalam penyelidikan menerusi projek Pengajaran Komunikatif, Bahasa Inggeris untuk Tujuan Tertentu, literasi digital dan pembelajaran berasaskan projek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 2:47 PM
Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/330553/power-lah-cikgu

Menanam nilai-nilai kebersihan dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah. #AWANInews #FajarAWANI

Menanam nilai-nilai kebersihan dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah. #AWANInews #FajarAWANI

Gotong-Royong Perdana 10,000 tadika serentak seluruh negara



Sumber :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gotong-royong-perdana-10-000-tadika-serentak-seluruh-negara-173040

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan