
Sumber : Sebenarnya.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kerajaan Romania telah menawarkan 85 peluang biasiswa kepada warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D di universiti terkemuka di Romania. Maklumat tawaran biasiswa ini serta dokumen yang perlu dilengkap boleh dimuat turun pada pautan di bawah. Permohonan lengkap boleh dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 9 Februari 2020.
Untuk makluman semua Universiti di Romania belum mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA. Sehubungan dengan itu, pilihan pengajian pelajar di negara ini adalah di bawah risiko sendiri. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kelayakan bidang pengajian boleh merujuk kepada dengan pihak MQA.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
3 Januari 2020
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
![]() |
DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5 |
![]() |
Qr Code bagi DSKP KSSM Sains Bagi Tingkatan 1 2 3 4 5 |
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
SEMAKAN PROGRAM BANTUAN ASASI IPTA 2019
BAHAGIAN BIASISWA DAN PEMBIAYAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa semakan dalam talian bagi program Bantuan Kewangan Asasi IPTA Tahun 2019 Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi) ditutup sementara mulai 2 Januari 2020 hingga 13 Januari 2020 bagi tujuan penyelenggaraan sistem aplikasi.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan kepada Cawangan Tajaan Pra Perkhidmatan 2, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan melalui e-mel bbp.info@moe.gov.my.
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
2 Januari 2020
![]() |
Setelah Hampir 10 Tahun Diperkenalkan, KBATkah kita? |