
Sumber : Sebenarnya.my
Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM SJKC), KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF dan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM BPTV) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 23 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI (INTERIM SJKC), KPLI JQAF dan DPLI (INTERIM BPTV) sahaja yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI.
Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.
Tarikh mula : 23/01/2020
Tarikh Akhir : 31/01/2020
Muat turun Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 di sini.