Wednesday, 29 January 2020

Terdapat Kes Kematian Akibat Koronavirus Di Bentong, Pahang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu nota suara (voice note) yang mendakwa kononnya terdapat kes kematian akibat Koronavirus di Bentong. SEBENARNYA: Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, nota suara yang tular di WhatsApp mendakwa berlaku kematian di Bentong akibat koronavirus adalah palsu. SUMBER: Bernama Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Bapa Kepada Murid SK Paka 3 Dijangkiti Koronavirus? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya bapa kepada murid SK Paka 3 yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah disyaki dijangkiti Koronavirus. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 28 January 2020

Kanak-Kanak 7 Tahun Disahkan Positif Koronavirus Di Hospital Likas? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kanak-kanak 7 tahun disahkan positif Koronavirus di Hospital Likas. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita-berita yang ditularkan tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat Pelancong Dari China Positif Koronavirus Di Pulau Pinang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pelancong dari negara China telah disahkan positif berjangkit Koronavirus di Pulau Pinang yang telah menginap di Apartment Tropicana 218 Macalister. SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, sebaran berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

[Call For Application] The Asean-U.S. Science Prize For Women 2020 - Pengumuman KPM

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak ASEAN-The United States Agency for International Development (USAID) Inclusive Growth in ASEAN through Innovation, Trade and E-Commerce (ASEAN-USAID IGNITE) telah memanjangkan satu jemputan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 kepada semua negara anggota ASEAN (ASEAN Member States – AMS) termasuklah Malaysia. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, ASEAN-U.S. Science Prize for Women ini merupakan sebuah program tahunan anjuran bersama pihak ASEAN dan Kerajaan Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan dan kapasiti bidang sains dan teknologi dengan memberi fokus kepada kesamarataan jantina di peringkat ASEAN.

3.         Dalam pada itu, sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh melayari laman web rasmi ASEAN-U.S. Science Prize for Women menerusi pautan https://scienceprize4women.asean.org; https://twitter.com/scienceprize; dan https://id.linkedin.com/in/asean-us-science-prize-for-women-559784185. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, tarikh tutup permohonan bagi ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini adalah pada 31 Januari 2020.

4.         Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh menghubungi terus Mr. Muhammad Shidiq, Pengurus Program bagi Sains, Teknologi dan Inovasi USAID melalui alamat e-mel MShidiq@nathaninc.com atau di talian +62-21-722-5221 ext. 731.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Muat turun syarat penyertaan di sini.

 

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Jangkitan Koronavirus 2019-nCoV Di Hospital UIA Kuantan? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu kes jangkitan 2019-nCoV dikesan di Hospital UIA Kuantan. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang: Siasatan pihak kami mendapati pesakit yang terlibat telah menerima rawatan di Hospital UIA Kuantan dan mendapat jangkitan virus Corona yang biasa. Pesakit adalah warganegara Malaysia dan tiada kaitan dengan perjalanan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media PMO: Kemasukan Pelawat Negara China - KPM

KM Kemasukan Pelawat Negara China 27 Jan 2020

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan