Thursday, 12 March 2020

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be! - CikguHailmi

Semalam hari terakhir permohonan Guru Cemerlang 2020 dibuka. Alhamdulillah katanya ramai yang mohon untuk kali nih, dan ramai yang berminat nak mohon pada tahun mendatang juga.
Masa saya mula jadi cikgu, tak pernah terpikir pun nak jadi Guru Cemerlang.
Tapi rezeki saya di tempatkan di sekolah yang banyak membentuk saya sebagai guru, serta jumpa dengan orang yang betul, menyebabkan saya nampak laluan Guru Cemerlang ini sebagai satu lagi pilihan yang saya ada.

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be!

Dan bila saya mulakan misi berkongsi inspirasi dengan ramai guru di seantero negara, saya dapati betapa ramainya guru-guru kita yang bagus di luar sana. Rajin, komited dan sentiasa buat yang terbaik.
Tapi sayang nya, ada yang tak pernah langsung didedahkan dengan peluang macam ni, menyebabkan mereka terus Cemerlang dengan cara mereka.
Menyedari sukar mencari maklumat tentang Guru Cemerlang, maka tahun 2013 saya mula menulis Panduan Memohon Guru Cemerlang. Alhamdulillah daripada komen dalam artikel, ramai yang bagi maklumbalas yang baik.
Seiring perkembangan teknologi juga, tahun lepas saya mulakan group telegram, Bimbingan GC To Be, juga untuk tujuan membimbing dan melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. 3 hari buka saja, dah cecah 1000 orang guru yang join. Yang dah GC pun join, dan sangat banyak membantu membimbing guru-guru novis.
Tahun nih pula lagi rancak bila JNJK dan Majlis GC negeri anjurkan jerayawara keliling Malaysia tentang Guru Cemerlang. Mudahan juga semua usaha-usaha ini mampu meningkatkan kualiti lebih ramai guru kita ke tahap yang lebih baik.
Untuk yang berminat join group telegram di atas, boleh lah Klik pautan https://t.me/joinchat/A0sWZRW8Xoe20EaFaQ-zsw
Saya doakan juga semoga semua guru yang mohon Guru Cemerlang tahun nih dipermudahkan segala urusan. Dah jadi Guru Cemerlang nanti, jangan lupa cemerlangkan guru lain pula. Pakat sama-sama Cemerlang.
Orang Afrika kata, nak pi cepat, pi sorang-sorang. Nak pi jauh, pi lah ramai-ramai... ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Wednesday, 11 March 2020

Kes COVID-19 Di Hospital Seberang Jaya Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Berkenaan Klinik Kesihatan Manjoi Ditutup - Sebenarnya

SEBENARNYA: Klinik Kesihatan Manjoi kembali beroperasi seperti biasa pada jam 3.35 petang, 11 Mac 2020 setelah ditutup sementara waktu bagi tujuan langkah pencegahan menerusi dekontaminasi (menghilangkan kuman dan pencemaran). Ia susulan laporan terdapat seorang pesakit yang datang ke klinik itu dan berjumpa dengan salah seorang Pegawai Perubatan di bilik pemeriksaan. Menurut Pengarah Kesihatan Perak, Datuk […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

[Call For Applications] Higher Education For ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity For ASEAN Faculty Members In The Republic Of Korea (ROK) - Pengumuman KPM

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

HEBAHAN: [CALL FOR APPLICATIONS] HIGHER EDUCATION FOR ASEAN TALENTS (HEAT): SCHOLARSHIP OPPORTUNITY FOR ASEAN FACULTY MEMBERS IN THE REPUBLIC OF KOREA (ROK)

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Korean Council for University Education (KCUE) menerusi program Higher Education for ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity for ASEAN Faculty Members in the Republic of Korea (ROK) telah mempelawa ahli-ahli akademik dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Republik Korea (ROK).

3.         Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, progam HEAT yang dibiayai oleh ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pengajian di ROK dengan matlamat untuk meningkatkan kepakaran serta meningkatkan jalinan kerjasama di dalam bidang pendidikan tinggi di antara ROK dan ASEAN. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, pihak KCUE akan menanggung kos bagi yuran pengajian mengikut program dan jam kredit yang didaftarkan, elaun bulanan dan kos-kos lain seperti satu (1) tiket penerbangan kelas ekonomi (pergi dan balik) bagi sepanjang tempoh pengajian; kos percetakan tesis/ disertasi, kos latihan bahasa serta insurans perubatan.

4.         Dalam pada itu, sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan biasiswa di bawah program HEAT (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh menghubungi terus Ms. JungEun Lee, Penyelidik, Bahagian Kerjasama Antarabangsa, KCUE menerusi alamat e-mel jeun@kcue.or.kr. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung penawaran program HEAT ini.  

5.         Seperti pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum jua, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon serta menyambung pengajian di ROK adalah dibawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, pencalonan yang berjaya adalah tertakluk kepada keadaan semasa di ROK susulan penularan wabak COVID-19.

Muat Turun Iklan Di Sini

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kes COVID-19 Di Klinik Kesihatan Bayan Lepas, Pulau Pinang Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar. Pihak JKN Pulau Pinang juga memohon kerjasama orang ramai untuk menghentikan perkongsian yang boleh menimbulkan kekeliruan serta panik orang ramai. JKN Pulau Pinang juga mengingatkan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 10 March 2020

Pemakluman Tarikh Baharu Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Di Universiti Awam Tahun 2020 - Pengumuman KPM

https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti mana YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan sedia maklum, Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BBP, KPM) menawarkan program penajaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun 2020.

3. Dimaklumkan bahawa memandangkan sistem ePenawaran sedang dikemaskini, tarikh baharu permohonan biasiswa bagi Program ISMP ini akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 11 Mac 2020 (Rabu) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).

Biasiswa 11 Mac

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan adalah dipohon untuk membuat hebahan berkenaan tarikh baharu permohonan program ini kepada calon-calon yang berminat untuk memohon seterusnya membuat pengesahan sama ada permohonan yang diterima adalah benar-benar pelajar yang masih berdaftar dan meneruskan pengajian di institusi YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan.

5. Sekiranya YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai seperti yang berikut:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Encik Fizry Azmier bin Salehuddin / Puan Jamilah binti Yahya / Encik Asri bin Asmuni/ Encik Wan Saleadzan Adlizan Wan Sharbini)


                   No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6362 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369 / 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
                   Faks : 03-8870 6839
                   E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my

                   Untuk masalah teknikal permohonan, sila hubungi :

                   No. Telefon : 03-8321 7147 / 03-8321 7034 03-8870 6317 / 03-8870 6319
                   E-mel : tm.bbp@moe.gov.my

6. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan/puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

 

CAWANGAN PENAWARAN
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
03-8888 1639 (Hotline)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday, 9 March 2020

Kes COVID-19 Di Hospital Jempol, Negeri Sembilan Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Tular di media sosial mendakwa terdapat empat kes positif COVID-19 melibatkan lelaki yang tinggal di Mahsan, Jempol selepas pulang dari China. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan berita yang tular di media sosial kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Hospital Jempol. Menurut Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, sehingga hari […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan