Friday, 13 March 2020

Kenyataan Media: Penangguhan Program Sukan Dan Aktiviti Kokurikulum Berikutan Penularan Jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) - KPM

KENYATAAN MEDIA TANGGUH PROGRAM KPM COVID191

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Waspada Tawaran JPJ Bagi Permudah Urusan Penukaran Nama, Lesen Memandu & Cukai Jalan - Sebenarnya

WASPADA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran iklan penukaran nama geran kenderaan tanpa pemilik asal termasuk memperoleh lesen memandu tanpa perlu ujian dan memperbaharui cukai jalan tanpa perlu Puspakom sebagaimana tular di media sosial. JPJ menegaskan bahawa, sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 12 March 2020

Waspada Ada Pihak Menggunakan Peta Sebaran COVID-19 Untuk Sebar Malware - Sebenarnya

WASPADA: Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat oleh MCMC, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil esempatan dengan situasai COVID-19 yang baharu sahaja diumumkan sebagai satu pendemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Terdapat aplikasi komputer (Corona-virus-Map.com.exe) menyamar sebagai peta Coronavirus telah didapati menyebarkan Malware. Menurut penyelidik keselamatan siber, Shai Alfasi, perisian hasad itu telah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kes COVID-19 Di Hospital Besut, Jerteh Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu: Pernyataan ini merujuk kepada satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook ‘Anak2 Jerteh , Besut (AAJB)’ berkenaan kononnya “Pesakit Coronavirus/COVID-19 ada di Hospital Jerteh dalam Wad 7 dan mangsa baru balik dari Jepun” Pihak Jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 11 Mac 2020, tiada kes […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Amaran COVID-19 Oleh JKKP Johor Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menafikan pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan penularan jangkitan COVID-19, di Pasir Gudang. JKKP Johor dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu juga tidak mengeluarkan sebarang amaran penularan COVID-19 di mana-mana kawasan sekitar Johor. SUMBER: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Berita Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

MAKLUMAN - Sebenarnya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri “Ijtimak Tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Februari hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah. Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be! - CikguHailmi

Semalam hari terakhir permohonan Guru Cemerlang 2020 dibuka. Alhamdulillah katanya ramai yang mohon untuk kali nih, dan ramai yang berminat nak mohon pada tahun mendatang juga.
Masa saya mula jadi cikgu, tak pernah terpikir pun nak jadi Guru Cemerlang.
Tapi rezeki saya di tempatkan di sekolah yang banyak membentuk saya sebagai guru, serta jumpa dengan orang yang betul, menyebabkan saya nampak laluan Guru Cemerlang ini sebagai satu lagi pilihan yang saya ada.

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be!

Dan bila saya mulakan misi berkongsi inspirasi dengan ramai guru di seantero negara, saya dapati betapa ramainya guru-guru kita yang bagus di luar sana. Rajin, komited dan sentiasa buat yang terbaik.
Tapi sayang nya, ada yang tak pernah langsung didedahkan dengan peluang macam ni, menyebabkan mereka terus Cemerlang dengan cara mereka.
Menyedari sukar mencari maklumat tentang Guru Cemerlang, maka tahun 2013 saya mula menulis Panduan Memohon Guru Cemerlang. Alhamdulillah daripada komen dalam artikel, ramai yang bagi maklumbalas yang baik.
Seiring perkembangan teknologi juga, tahun lepas saya mulakan group telegram, Bimbingan GC To Be, juga untuk tujuan membimbing dan melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. 3 hari buka saja, dah cecah 1000 orang guru yang join. Yang dah GC pun join, dan sangat banyak membantu membimbing guru-guru novis.
Tahun nih pula lagi rancak bila JNJK dan Majlis GC negeri anjurkan jerayawara keliling Malaysia tentang Guru Cemerlang. Mudahan juga semua usaha-usaha ini mampu meningkatkan kualiti lebih ramai guru kita ke tahap yang lebih baik.
Untuk yang berminat join group telegram di atas, boleh lah Klik pautan https://t.me/joinchat/A0sWZRW8Xoe20EaFaQ-zsw
Saya doakan juga semoga semua guru yang mohon Guru Cemerlang tahun nih dipermudahkan segala urusan. Dah jadi Guru Cemerlang nanti, jangan lupa cemerlangkan guru lain pula. Pakat sama-sama Cemerlang.
Orang Afrika kata, nak pi cepat, pi sorang-sorang. Nak pi jauh, pi lah ramai-ramai... ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan