Sunday, 15 March 2020

Dakwaan Kononnya Klinik Kesihatan Sekitar Seremban Tutup Kerana COVID-19 Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan: Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) ingin merujuk kepada satu berita yang ditularkan melalui aplikasi Facebook dan WhatsApp pada 12 Mac 2020 berkenaan penutupan klinik-klinik kesihatan di sekitar Seremban disebabkan oleh pesakit jangkitan Coronavirus 2019 (COVID-19). Adalah dimaklumkan bahawa tiada penutupan klinik dilakukan di klinik kesihatan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kaunter Pandu Lalu Bagi Ujian Pengesanan COVID-19 Di Klinik Kesihatan Tanglin Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Tiada perkhidmatan kaunter pandu lalu untuk ujian pengesanan COVID-19. Ini adalah berita PALSU. SUMBER: Twitter Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Kononnya Pengarah Kesihatan Negeri Johor Mengeluarkan Statistik COVID-19 Negeri Johor Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ): Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin membuat penafian berkaitan jumlah statistik COVID-19 yang kononnya statistik ini adalah dari kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Johor. Pengarah Kesihatan Negeri Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang statistik kepada awam atau media. SUMBER: Facebook Rasmi JKNJ Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday, 14 March 2020

Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM - Pengumuman KPM

Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM   Muat Turun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM - Pengumuman KPM

Pelaksanaan Perhimpunan Sekolah Semasa Penularan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM   Muat Turun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 13 March 2020

Tawaran Biasiswa Peringkat Sarjana Di Bawah Thailand International Postgraduate Programme (TIPP) Bagi Tahun 2020 - Pengumuman KPM

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN TAWARAN BIASISWA PERINGKAT SARJANA DI BAWAH THAILAND INTERNATIONAL POSTGRADUATE PROGRAMME (TIPP) BAGI TAHUN 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Thailand menerusi Thailand International Cooperation Agency  (TICA) telah menawarkan peluang biasiswa peringkat sarjana di bawah Thailand International Postgraduate Programme (TIPP) bagi tahun 2020 kepada pelajar-pelajar antarabangsa termasuk daripada Malaysia. Biasiswa TIPP bertujuan untuk membuka peluang kepada negara tersebut dan rakan-rakan strategik untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam menyumbang kepada pembangunan mampan melalui lima (5) bidang utama iaitu:

  1. Kecekapan Ekonomi (Sufficiency Economy Philosophy);
  2. Perubahan Iklim;
  3. Keselamatan Makanan;
  4. Kesihatan Awam; dan
  5. Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

3.         Pihak TICA akan menanggung antara lain, pembiayaan tiket penerbangan sekali dalam tempoh pengajian, elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan tempat dalam program ini. Calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan dengan melengkapkan borang terlampir dan disahkan oleh pihak yang berkenaan sebelum dihantar untuk penyelarasan dan pengesahan lanjut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 27 Mac 2020 kepada alamat email aswad.judin@moe.gov.my. Maklumat lanjut berkenaan forum ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.tica.thaigov.net/main/en/relation/99237-TIPP-2019.html.

4.         Seperti yang pihak YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan di Thailand yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon serta menyambung pengajian di Thailand adalah dibawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, pencalonan yang berjaya juga adalah tertakluk kepada keadaan semasa di [Thailand susulan penularan wabak COVID-19 tersebut.

Muat Turun Surat Tawaran

 

Sekian, terima kasih.

Salam hormat.

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelawaan Bagi Commonwealth Youth Forum (CYF) Pada 20 - 23 Jun 2020 - Pengumuman KPM

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

HEBAHAN PELAWAAN BAGI COMMONWEALTH YOUTH FORUM (CYF) PADA 20-23 JUN 2020

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima pelawaan daripada Sekretariat Komanwel untuk menyertai Commonwealth Youth Forum (CYF) bermula 20 sehingga 23 Jun 2020 bertempat di Rwanda bersempena Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) yang akan diadakan di Kigali, Rwanda bermula 26 sehingga 27 Jun 2020.

3. Forum tahun ini yang bertemakan ‘Taking Charge of Our Future’ adalah terbuka kepada 500 orang belia dari negara anggota Komanwel yang berminat. Untuk makluman Tuan/Puan jua, sepanjang forum tersebut golongan muda dari negara-negara Komanwel akan membincangkan cabaran dan peluang yang dihadapi oleh generasi mereka. Topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

3.1 employment;
3.2 climate change;
3.3 gender equality;
3.4 innovation; dan
3.5 peacebuilding

4. Peserta forum juga akan turut berpeluang membina cross-cultural connections and networks, membincangkan inisiatif yang diterajui oleh belia dalam menangani isu-isu baru yang memberi kesan kepada golongan muda, membina strategi dalam membuat sesuatu keputusan serta memastikan golongan muda mempunyai suara dan agensi di masa hadapan. Dalam hal ini, calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan seperti di bawah:

4.1 Borang pendaftaran - https://forums.chogm2020.rw/web/?r=site/event-registration&event_id=1559 ;
4.2 Maklumat lanjut berkaitan forum (termasuk mengenai visa) - https://thecommonwealth.org/sites/default/files/inline/CYF2020-Open-Call-Invitation.pdf ; dan
4.3 Alamat emel bagi sebarang pertanyaan - cyf@commonwealth.int

5. Sukacita turut diingatkan bahawa segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungan sendiri dan calon yang berminat mestilah memenuhi kriteria seperti di bawah:

5.1 Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun;
5.2 Mempunyai pengalaman dalam pembangunan atau advokasi belia; dan
5.3 Pernah mewakili badan/ organisasi yang dipimpin oleh belia atau special interest group seperti (golongan belia pribumi, kurang upaya, dari luar bandar, dan lain-lain).

6. Seperti pihak Tuan/ Puan sedia maklum jua, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon menyertai Commonwealth Youth Forum (CYF) di Rwanda adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, penyertaan yang berjaya juga adalah tertakluk kepada keadaan semasa di Rwanda susulan penularan wabak COVID-19 tersebut.

Sukacita turut diingatkan bahawa tarikh akhir bagi sebarang penyertaaan adalah pada 20 Mac 2020. Bersama-sama ini turut disertakan Kenyataan Media berkenaan CYF tersebut yang terdapat di laman web rasmi Commonwealth untuk perhatian Tuan/Puan jua.

Sekian.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan