
Sumber : Sebenarnya.my
Permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 akan dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020.
Sila layari laman NPQEL MPPS
Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 adalah pada 10 Jun 2020.
Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :
1. |
Surat Tawaran Pelantikan Kontrak |
2. |
Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan |
3. |
Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan |
4. |
Akuan Berkanun |
5. |
Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) |
6. |
Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas |
7. |
Surat Aku Janji (salinan diakui sah) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) |
8. |
Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (4 salinan) |
9. |
Setem Hasil (2 keping x RM10) |
10. |
Jadual (4 salinan) |
11. |
Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan) |
12. |
Salinan Kad Pengenalan |
13. |
Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
14. |
Salinan Sijil/ Diploma / Ijazah |
15. |
Salinan Cetakan Akreditasi MQA |
Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.
Harap maklum.