Monday, 21 December 2020

Waspada Tawaran Pelaburan Emas Haram - Sebenarnya

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): Memperdaya mangsa dengan pujuk rayu dan menjanjikan pulangan lumayan adalah taktik yang sering digunakan dalam pelaburan jual beli emas secara haram. Jangan mudah percaya dengan tawaran pelaburan tanpa sebarang dokumen sokongan dan lakukan semakan dari sumber rasmi seperti Bank Negara Malaysia dan Security Commission sebelum membuat pelaburan. SUMBER: Facebook Rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday, 18 December 2020

Iklan Khas Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Bagi Calon Tambahan Ambilan Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Iklan khas permohonan secara bersasar akan dibuka yang melibatkan unjuran keperluan calon Pengetua dan Guru Besar (PGB) di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan (Lampiran A).

Bagi maksud iklan khas ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian selain daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan juga boleh membuat permohonan. Bagaimanapun PPP bertanggungjawab untuk berurusan dengan mana-mana Bahagian/ JPN/ JPWP yang tersenarai (Lampiran A) untuk dipertimbangkan sebagai calon Bahagian/ JPN/ JPWP berkenaan.  Senarai pendek bagi mengikuti sesi pentaksiran akan diuruskan oleh Bahagian/ JPN/ JPWP tersebut.

PPP yang pernah memohon semasa iklan permohonan Ambilan Tahun 2021 yang dibuka pada 30 Mei hingga 7 Ogos 2020 tidak boleh memohon untuk iklan khas ini.

Iklan khas permohonan dan proses sokongan Ketua Jabatan akan dibuka mulai 18 Disember 2020 hingga 27 Januari 2021. Permohonan adalah secara dalam talian melalui sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS), http://tls.moe.gov.my.

Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pemohonan (Lampiran B), senarai jawatan pentadbiran (Lampiran C) dan maklumat-maklumat penting program (Lampiran D) untuk rujukan. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan berkenaan boleh diajukan kepada urus setia Program NPQEL berikut:
i)   Encik Mazli Hasril bin Hasarudin
     06-7979 373
ii)  Tuan Haji Suhajanazer bin Suboh
     06-7979 374
iii) Encik Azwan bin Wamin
     06-7979 341
iv) Puan Nurmasnijam binti Jamaludin
     06-7979 396
 
Untuk permohonan sila layari http://tls.moe.gov.my
 
Muat Turun Lampiran:


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS)/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 - Pengumuman KPM

POSTER HLP MEDIA SOSIAL 1000x1000

https://epenawaran.moe.gov.my/



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tiada PKPB Di Daerah Kuantan, Pahang Mulai 18 Disember 2020 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang menafikan satu hantaran menerusi media sosial kononnya daerah Kuantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok berikutan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini. SUMBER: Facebook Rasmi MKN PahangFacebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 17 December 2020

Waspada Panggilan Palsu Yang Mendakwa Daripada SPA Berhubung Urusan Tindakan Tatatertib - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA): SPA menafikan membuat sebarang panggilan berhubung urusan tindakan tatatertib melalui telefon mahupun telefon bimbit kepada mana-mana individu atas alasan mempunyai tunggakan pinjaman daripada mana-mana agensi pinjaman. Pihak SPA telah menerima aduan mengenai panggulan palsu yang dibuat oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Unit Integriti SPA. Individu ini […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Panggilan Telefon Minta Nombor OTP Atau TAC - Sebenarnya

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): Taktik meminta nombor ‘One Time Passcode’ (OTP) atau ‘Transaction Authorisation Code’ (TAC) dengan alasan nombor telefon mangsa telah didaftarkan secara tidak senagaja di dalam aplikasi tertentu adalah salah satu bentuk penipuan jenayah siber. Setelah mendapat nombor tersebut, sindiket jenayah akan menggodam maklumat perbankan milik mangsa seterusnya melakukan transaksi pemindahan wang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 15 December 2020

Tiada Pesakit Positif COVID-19 Ditempatkan Di Hotel First World, Saringan Dilakukan Oleh Jabatan Kesihatan - Sebenarnya

SEBENARNYA: Semua saringan Covid-19 di Genting Highlands dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dan bukannya oleh pihak swasta seperti yang tular dalam media sosial. Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, dakwaan berkenaan tidak benar malahan semua individu yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin ditetapkan dan bukannya ke Hotel First World seperti […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan