Saturday, 30 January 2021

Iklan Pengambilan Felo Program Teach For Malaysia Kohort 2021 - Pengumuman KPM

PENGAMBILAN FELO PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA KOHORT 2021

LATAR BELAKANG ORGANISASI
Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) yang telah diasaskan pada tahun 2010 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), merupakan sebuah organisasi bebas tidak berkeuntungan dan inisiatif sosial yang mempunyai cita-cita dan misi untuk menyokong usaha-usaha KPM bagi meningkatkan prestasi pendidikan di negara kita.

LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Teach For Malaysia (TFM) merupakan salah satu inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang bertujuan membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Program ini merupakan kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan dengan YTFM yang bertujuan menarik lebih ramai graduan cemerlang daripada pelbagai bidang untuk memilih kerjaya dalam bidang pendidikan serta membentuk karakter kepemimpinan melalui pendidikan.

BUTIRAN JAWATAN
YTFM bekerjasama KPM akan mengadakan pengambilan graduan terpilih untuk ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara bermula Jun 2021. Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah.

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN
Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo TFM adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia
● Umur tidak melebihi 32 tahun
● Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
● Ijazah Sarjana Muda/Sarjana daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:


i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ , dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

● Calon yang berkelulusan bidang pendidikan (e.g. Bachelor of Education, TESOL) perlu berdaftar dalam sistem MySPP)
● Calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 ke atas atau setara dengannya mengikut negara di mana calon memperolehi ijazah mereka.
● Calon yang memperolehi CGPA 3.0 ke atas atau yang setara dengannya serta calon lulusan dalam negara yang memperolehi CGPA 3.2 ke atas atau setara dengannya boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh panel pemilihan.
● Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

KRITERIA PENTING YANG PERLU DIMILIKI OLEH CALON:
● Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
● Pemahaman dan komitmen yang mendalam mengenai misi dan visi KPM dan TFM
● Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
● Kemahiran berfikir secara kritis
● Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran
● Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik

Calon digalakkan untuk melayari laman web https://teachformalaysia.org/who-we-look-for/ untuk pemahaman kompetensi kepimpinan Program TFM yang lebih mendalam.

CARA MEMOHON
• Calon yang berminat boleh melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut.
• Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) https://www.tfaforms.com/4839998?tfa_9999936980068=KPMTFM2021
• Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
• Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM melalui iklan ini adalah pada 22 Februari 2021

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan tentang Program TFM boleh diajukan melalui e-mel recruitment@teachformalaysia.org

NOTA:
Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 29 January 2021

Dakwaan Kononnya Pautan Pada Status WhatsApp Akan Menyebabkan Data Peribadi Dan Maklumat Akaun Bank Dipindahkan Kepada Sindiket Penipuan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK PDRM): Dakwaan kononnya menekan pautan pada status WhatsApp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan adalah tidak benar. Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, pautan berkenaan adalah ciri aplikasi berkenaan. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada E-mel Palsu Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar - Sebenarnya

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Emel mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar adalah palsu. Pihak KWSP meminta orang ramai untuk mengabaikan e-mel palsu tersebut. KWSP ingin menjelaskan semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. KWSP menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk phishing data peribadi ahli. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelawaan Bagi Penyediaan Nota Konsep Projek APEC Bagi Sesi 1/2021 - Pengumuman KPM

PELAWAAN BAGI PENYEDIAAN NOTA KONSEP PROJEK APEC BAGI SESI 1/2021

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia selaku penyelaras APEC Human Resource Development Working Group (HRDWG) Education Network (HRDWG EDNET) menjemput pihak yang berminat untuk mengemukakan Nota Konsep bagi cadangan projek di bawah kerjasama APEC bagi Sesi 1 tahun 2021.Dalam penyediaan Nota Konsep ini, adalah disarankan supaya cadangan yang dikemukakan dapat  menterjemahkan dasar-dasar yang telah dipersetujui oleh Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC selaras dengan Putrajaya Goals 2040 dan membawa faedah yang ketara kepada penduduk di rantau Asia Pasifik. Cadangan projek juga perlu selaras dengan APEC Education Strategy 2016 - 2030  (rujuk:http://mddb.apec.org/Documents/2020/HRDWG/EDNET-PREP/20_hrdwg_ednet_prep_005.pdf) yang memacu pelaksanaan program di bawah HRDWG EDNET.

3.     Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, Nota Konsep yang disediakan tidak boleh melebihi tiga (3) muka surat dan perlu mematuhi segala ketetapan yang terdapat di Guidebook on APEC Projects (the Guidebook) yang boleh dimuat turun di https://www.apec.org/-/media/Files/Projects/Resources/2020/Nov/Guidebook-on-APEC-Projects-Edition-15.docx?la=en&hash=B102056984EDB11F666E13A67EA9BEB8E43EEF9B Sesalinan tatacara pengisian Nota Konsep terdapat di Appendix A di Guidebook dan maklumat mengenai permohonan dana APEC boleh dirujuk di https://www.apec.org/Projects/Applying-for-Funds.
 
4.     Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mengemukakan Nota Konsep dalam Bahasa Inggeris sebelum atau pada 26 Februari 2021 (Jumaat) kepada Kementerian ini melalui emel miandy.munusamy@moe.gov.my atau faks di talian +603-8889 5473 untuk semakan dan tindakan lanjut. Bersama-sama ini dikemukakan sesalinan Template of APEC Project Note 2020 dan An overview of APEC Concept Note Development Materials seperti di lampiran I dan II untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan. Keputusan projek yang dipilih akan dimaklumkan selepas menerima maklumat daripada pihak HRDWG.

5.     Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. 

 
Sekian, terima kasih.
 
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
Klik   di sini untuk muat turun
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Anggota Polis Hanya Bantu Pergerakan Pedati Bagi Mematuhi SOP Yang Telah Ditetapkan - Sebenarnya

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Dang Wangi: Pihak Polis telah terkesan satu video bantuan penugasan Polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 telah ditularkan di media sosial. Hasil semakan mendapati video tersebut dirakam sewaktu pihak Polis membantu mempercepatkan pergerakan arca setelah diminta oleh pihak penganjur kerana hanya 10 orang saja yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday, 28 January 2021

Saksikan setiap hari Road To Success SPM 2020 di Didik TV@ntv7 - Pengumuman KPM

Road to Success



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday, 27 January 2021

Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat Tapisan Peringkat Pertama UKM1 - Pengumuman KPM

Infografik UKM1

Klik di siniuntuk muat turun

Maklumat lanjut dan pengambilan ujian UKM1 boleh dicapai melalui laman sesawang berikut:

http://ukm1.permatapintar.edu.my  

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan