Thursday, 4 February 2021

Dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan Telah Meletakkan Jawatan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan telah meletakkan jawatan adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday, 2 February 2021

Surat Siaran Pemakluman Berhubung Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Versi 2 Dan Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah - Pengumuman KPM

Muat Turun Surat Siaran di sini

Muat Turun  Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di sini

Muat Turun Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di sini

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Calon Tambahan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Calon Tambahan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL. Pentaksiran ini hanya melibatkan calon tambahan untuk bidang tertentu bagi Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) berikut:

  • Bahagian Pendidikan Islam (Menengah)
  • Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (Menengah)
  • JPN Negeri Sembilan (Rendah-Cina)
  • JPWP Kuala Lumpur (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPWP Putrajaya (Menengah & Rendah-Umum)
  • JPN Pulau Pinang (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPN Kedah (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPN Pahang (Menengah)
  • JPN Kelantan (Rendah-Cina)
  • JPN Terengganu (Menengah); dan
  • JPN Perlis (Menengah & Rendah-Cina).

Semakan ini boleh dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 hingga 11 Februari 2021Sebarang pertanyaan berkaitan pemilihan ini boleh hubungi Pegawai Meja NPQEL di Bahagian/ JPN/ JPWP yang berkenaan.

Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my

Saturday, 30 January 2021

Iklan Pengambilan Felo Program Teach For Malaysia Kohort 2021 - Pengumuman KPM

PENGAMBILAN FELO PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA KOHORT 2021

LATAR BELAKANG ORGANISASI
Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) yang telah diasaskan pada tahun 2010 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), merupakan sebuah organisasi bebas tidak berkeuntungan dan inisiatif sosial yang mempunyai cita-cita dan misi untuk menyokong usaha-usaha KPM bagi meningkatkan prestasi pendidikan di negara kita.

LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Teach For Malaysia (TFM) merupakan salah satu inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang bertujuan membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Program ini merupakan kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan dengan YTFM yang bertujuan menarik lebih ramai graduan cemerlang daripada pelbagai bidang untuk memilih kerjaya dalam bidang pendidikan serta membentuk karakter kepemimpinan melalui pendidikan.

BUTIRAN JAWATAN
YTFM bekerjasama KPM akan mengadakan pengambilan graduan terpilih untuk ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara bermula Jun 2021. Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah.

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN
Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo TFM adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia
● Umur tidak melebihi 32 tahun
● Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
● Ijazah Sarjana Muda/Sarjana daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ , dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

● Calon yang berkelulusan bidang pendidikan (e.g. Bachelor of Education, TESOL) perlu berdaftar dalam sistem MySPP)
● Calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 ke atas atau setara dengannya mengikut negara di mana calon memperolehi ijazah mereka.
● Calon yang memperolehi CGPA 3.0 ke atas atau yang setara dengannya serta calon lulusan dalam negara yang memperolehi CGPA 3.2 ke atas atau setara dengannya boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh panel pemilihan.
● Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

KRITERIA PENTING YANG PERLU DIMILIKI OLEH CALON:
● Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
● Pemahaman dan komitmen yang mendalam mengenai misi dan visi KPM dan TFM
● Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
● Kemahiran berfikir secara kritis
● Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran
● Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik

Calon digalakkan untuk melayari laman web https://teachformalaysia.org/who-we-look-for/ untuk pemahaman kompetensi kepimpinan Program TFM yang lebih mendalam.

CARA MEMOHON
• Calon yang berminat boleh melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut.
• Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) https://www.tfaforms.com/4839998?tfa_9999936980068=KPMTFM2021
• Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
• Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM melalui iklan ini adalah pada 22 Februari 2021

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan tentang Program TFM boleh diajukan melalui e-mel recruitment@teachformalaysia.org

NOTA:
Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, 29 January 2021

Dakwaan Kononnya Pautan Pada Status WhatsApp Akan Menyebabkan Data Peribadi Dan Maklumat Akaun Bank Dipindahkan Kepada Sindiket Penipuan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK PDRM): Dakwaan kononnya menekan pautan pada status WhatsApp akan menyebabkan data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket penipuan adalah tidak benar. Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos berkata, pautan berkenaan adalah ciri aplikasi berkenaan. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada E-mel Palsu Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar - Sebenarnya

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Emel mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar adalah palsu. Pihak KWSP meminta orang ramai untuk mengabaikan e-mel palsu tersebut. KWSP ingin menjelaskan semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai. KWSP menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk phishing data peribadi ahli. SUMBER: Facebook Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan