Tuesday 2 February 2021

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Calon Tambahan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Semakan Panggilan Pentaksiran bagi Calon Tambahan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) NPQEL. Pentaksiran ini hanya melibatkan calon tambahan untuk bidang tertentu bagi Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) berikut:

  • Bahagian Pendidikan Islam (Menengah)
  • Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (Menengah)
  • JPN Negeri Sembilan (Rendah-Cina)
  • JPWP Kuala Lumpur (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPWP Putrajaya (Menengah & Rendah-Umum)
  • JPN Pulau Pinang (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPN Kedah (Menengah & Rendah-Cina)
  • JPN Pahang (Menengah)
  • JPN Kelantan (Rendah-Cina)
  • JPN Terengganu (Menengah); dan
  • JPN Perlis (Menengah & Rendah-Cina).

Semakan ini boleh dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 hingga 11 Februari 2021Sebarang pertanyaan berkaitan pemilihan ini boleh hubungi Pegawai Meja NPQEL di Bahagian/ JPN/ JPWP yang berkenaan.

Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan