Friday 19 February 2021

Jawatan Kosong di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai empat (4) jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan seperti berikut: 

  1. Director of the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW);
  2. Assistant Director of the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW);
  3. Programme Specialist/Expert at the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW); dan 
  4. Assistant Director-General.

Kontrak jawatan adalah tetap dan jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Semua permohonan tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci bagi setiap jawatan berkenaan objektif, fungsi dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti di  Lampiran I, II, III dan IV. Gaji, elaun dan keistimewaan bagi semua jawatan di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations. 

3.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan ke Bahagian ini berpandukan kepada butiran Hebahan Jawatan Kosong seperti di Lampiran V sebelum atau pada 22 Februari 2021 (Isnin). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Malaysian National Point of Contact for ISESCO di alamat emel isesco.malaysia@moe.gov.my / miandy.munusamy@moe.gov.my atau di talian +603 8884 6123.

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 Muat Turun Lampiran I, II, III, IV dan V


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan