Saturday, 20 February 2021

Kenyataan Media: Berkaitan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 - KPM

 Muat Turun Kenyataan Media

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Friday, 19 February 2021

Jawatan Kosong di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai empat (4) jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan seperti berikut: 

  1. Director of the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW);
  2. Assistant Director of the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW);
  3. Programme Specialist/Expert at the General Secretariat of the Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW); dan 
  4. Assistant Director-General.

Kontrak jawatan adalah tetap dan jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Semua permohonan tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci bagi setiap jawatan berkenaan objektif, fungsi dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti di  Lampiran I, II, III dan IV. Gaji, elaun dan keistimewaan bagi semua jawatan di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations. 

3.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan ke Bahagian ini berpandukan kepada butiran Hebahan Jawatan Kosong seperti di Lampiran V sebelum atau pada 22 Februari 2021 (Isnin). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Malaysian National Point of Contact for ISESCO di alamat emel isesco.malaysia@moe.gov.my / miandy.munusamy@moe.gov.my atau di talian +603 8884 6123.

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 Muat Turun Lampiran I, II, III, IV dan V


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Call For Paper: Education, Engineering Education And Technology Conference (EEETC 21), 22 – 23 Februari 2021, Doha, Qatar - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI CALL FOR PAPER: EDUCATION, ENGINEERING EDUCATION AND TECHNOLOGY CONFERENCE (EEETC 21) , 22 – 23 FEBRUARI 2021, DOHA, QATAR

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai Call for Paper bagi Persidangan Kejuruteraan, Pendidikan dan Teknologi yang akan diadakan dari 22 hingga 23 Februari 2021 di Qatar University, Doha, Qatar. Persidangan ini akan menyokong United Nations’ 2030 Agenda for Sustainable Development Goal (SDGs) dan membincang pelbagai perkara berkaitan bidang professional termasuk bidang pendidikan bagi menyumbang kepada SDGs. 

3.       Persidangan dua hari ini dengan kehadiran pakar, para pendidik dan penyelidik tempatan dan antarabangsa memberikan fokus kepada perkongsian pengalaman dan hasil penyelidikan berkaitan aspek pendidikan dan penggunaan teknologi bagi pembangunan pendidikan dan pendidikan dalam talian. Persidangan ini akan diadakan dalam bentuk sesi plenari, bengkel dan persembahan secara langsung. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut: 

(a) Technology Design:

  • AI in education – K12 and post-secondary
  • Virtual Laboratory
  • Assistive Technology for supportive E-learning environments
  • Industrial Case Studies
  • Mobile learning

(b) Pedagogy and Curriculum

  • Online Teaching and Learning - Motivation and Engagement in an Online Learning, Online teamwork
  • Course Design for effective online learning
  • New roles of teaching and learning in an online environment
  • Assessment in online learning
  • Developing degree-based online programs
  • Online learning Industries (Internships) (Industry collection through/for online learning)
  • Value-based education

(c) Policy and Leadership

  • Educational leadership in a digital Era
  • Social Equity regarding access to technology: gender social class ethnicity
  • Value-based education practices and policies
  • Institutional and administrative support for online teaching and learning
  • Reimagining Education and Policy in a digital Era
  • Politics, Economics, and cultural aspects in Education
  • Accreditation & Quality of Education

(d) University-Industry Collaboration

  • Employability
  • Technology Transfer
  • Entrepreneurship
  • Partnership between government, university, and Industry
  • Workspace learning experience

4.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan kertas persidangan mengikut kategori seperti berikut: 

  1. Extended Abstract/Short Paper (1-2 pages )
  2. Full Papers (4-8 pages)
  3. Work-in-Progress Papers (4-5 pages)
  4. Graduate and Senior Student Posters (1-2 pages) 

Tarikh-tarikh penting mengenai serahan kertas persidangan, pemilihan dan penilaian kertas persidangan serta maklumat lanjut mengenai persidangan boleh dirujuk di  Lampiran I dan melalui pautan: http://www.qu.edu.qa/conference/eitc-2021  Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pihak penganjur di alamat emel TIEE@qu.edu.qa

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tawaran Biasiswa Oleh Bank Pembangunan Islam Bagi Tahun Akademik 2021-2022 - Pengumuman KPM

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN TAWARAN BIASISWA OLEH BANK PEMBANGUNAN ISLAM BAGI TAHUN AKADEMIK 2021-2022

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IsDB) menawarkan peluang biasiswa di peringkat Sarjana Muda (Undergraduate), Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 – 2022. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan melalui tawaran biasiswa ini IsDB akan menanggung bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti/kerajaan serta tiket kapal terbang ekonomi pergi-balik. Namun begitu, penerima biasiswa Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) terikat kepada syarat tambahan iaitu untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapat pekerjaan yang menguntungkan (gainful employment). Bayaran balik ini boleh dilaksanakan secara ansuran melalui Local Education Trust Fund (LETF) yang telah ditubuhkan oleh IsDB di negara asal penerima biasiswa.

3.         Secara khusus, tawaran biasiswa program Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) bagi tahun akademik 2021-2020 ini memberi fokus kepada bidang berkaitan pembangunan dengan tumpuan utama kepada Sustainability Science untuk menyokong Sustainable Development Goals (SDGSs). Senarai bidang-bidang tumpuan bagi tawaran biasiswa Muat Turun

4.         Calon yang berjaya mendapat biasiswa akan melanjutkan pengajian mereka di universiti di negara asal masing-masing. Namun begitu, pihak IsDB juga boleh menempatkan calon yang berjaya di negara anggota IsDB, selain daripada negara asal calon tersebut. Bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research), biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka di nagara asal calon atau di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IsDB seperti berikut:

  1. University of Cambridge, United Kingdom;
  2. Queen Mary University of London, United Kingdom;
  • McGill University, United Kingdom;
  1. Copenhagen University, Denmark;
  2. National University of Uzbekistan, Uzbekistan;
  3. Tashkent University of Information Technology, Uzbekistan; dan
  • Universiti terkemuka di Malaysia, Tukri, Tunisia dan Maghribi.

5.         Bersama-sama ini di lampirkan surat hebahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, surat makluman daripada pihak IsDB, hebahan biasiswa (Scholarship Annoucement), Faedah dan Kemudahan (Benefits and Facilities) dan Kewajipan (Obligations) untuk rujukan dan edaran. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan biasiswa tersebut melalui laman sesawang IsDB (www.isdb.org/scholarshipssebelum 28 Februari 2021 (Ahad) dan untuk sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan terus kepada pihak IsDB melalui alamat emel scholar@isdb.org.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

 Muat Turun Maklumat Lanjut



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Waspada Iklan Dan Penjualan Kit Ujian COVID-19 - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana iklan berkaitan kit ujian COVID-19 dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan sebagaimana yang disarankan oleh KKM. Pembelian, penjualan dan penggunaan kit ujian COVID-19 di kalangan orang awam dikhuatiri akan meningkatkan penularan wabak COVID-19 kerana kit ujian yang dijual kepada orang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 PUSPANITA cawangan KPM - Pengumuman KPM

banner 2 PUSPANITA

 

PUSPANITA Cawangan KPM akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-38 secara maya seperti ketetapan berikut :

 
Tarikh : 2 Mac 2021 (Selasa)
Masa  : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, KPM

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday, 18 February 2021

Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Tersebut Belum Muktamad - Sebenarnya

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita yang tular melalui media sosial mengenai borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19. KKM ingin memaklumkan bahawa borang yang telah disebarkan adalah BUKAN MERUPAKAN BORANG PERSETUJUAN YANG MUKTAMAD yang akan digunapakai dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19. Untuk makluman, pemberian suntikan vaksin COVID-19 adalah untuk […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan