
Sumber : Sebenarnya.my
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./
HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI
Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai empat (4) jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan seperti berikut:
Kontrak jawatan adalah tetap dan jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Semua permohonan tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci bagi setiap jawatan berkenaan objektif, fungsi dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti di Lampiran I, II, III dan IV. Gaji, elaun dan keistimewaan bagi semua jawatan di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations.
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan ke Bahagian ini berpandukan kepada butiran Hebahan Jawatan Kosong seperti di Lampiran V sebelum atau pada 22 Februari 2021 (Isnin). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Malaysian National Point of Contact for ISESCO di alamat emel isesco.malaysia@moe.gov.
Sekian, terima kasih.
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./
HEBAHAN MENGENAI CALL FOR PAPER: EDUCATION, ENGINEERING EDUCATION AND TECHNOLOGY CONFERENCE (EEETC 21) , 22 – 23 FEBRUARI 2021, DOHA, QATAR
Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah mengemukakan hebahan mengenai Call for Paper bagi Persidangan Kejuruteraan, Pendidikan dan Teknologi yang akan diadakan dari 22 hingga 23 Februari 2021 di Qatar University, Doha, Qatar. Persidangan ini akan menyokong United Nations’ 2030 Agenda for Sustainable Development Goal (SDGs) dan membincang pelbagai perkara berkaitan bidang professional termasuk bidang pendidikan bagi menyumbang kepada SDGs.
3. Persidangan dua hari ini dengan kehadiran pakar, para pendidik dan penyelidik tempatan dan antarabangsa memberikan fokus kepada perkongsian pengalaman dan hasil penyelidikan berkaitan aspek pendidikan dan penggunaan teknologi bagi pembangunan pendidikan dan pendidikan dalam talian. Persidangan ini akan diadakan dalam bentuk sesi plenari, bengkel dan persembahan secara langsung. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
(a) Technology Design:
(b) Pedagogy and Curriculum
(c) Policy and Leadership
(d) University-Industry Collaboration
4. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan kertas persidangan mengikut kategori seperti berikut:
Tarikh-tarikh penting mengenai serahan kertas persidangan, pemilihan dan penilaian kertas persidangan serta maklumat lanjut mengenai persidangan boleh dirujuk di Lampiran I dan melalui pautan: http://www.qu.edu.qa/
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN TAWARAN BIASISWA OLEH BANK PEMBANGUNAN ISLAM BAGI TAHUN AKADEMIK 2021-2022
Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IsDB) menawarkan peluang biasiswa di peringkat Sarjana Muda (Undergraduate), Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 – 2022. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan melalui tawaran biasiswa ini IsDB akan menanggung bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti/kerajaan serta tiket kapal terbang ekonomi pergi-balik. Namun begitu, penerima biasiswa Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) terikat kepada syarat tambahan iaitu untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapat pekerjaan yang menguntungkan (gainful employment). Bayaran balik ini boleh dilaksanakan secara ansuran melalui Local Education Trust Fund (LETF) yang telah ditubuhkan oleh IsDB di negara asal penerima biasiswa.
3. Secara khusus, tawaran biasiswa program Sarjana (Masters), Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) bagi tahun akademik 2021-2020 ini memberi fokus kepada bidang berkaitan pembangunan dengan tumpuan utama kepada Sustainability Science untuk menyokong Sustainable Development Goals (SDGSs). Senarai bidang-bidang tumpuan bagi tawaran biasiswa Muat Turun
4. Calon yang berjaya mendapat biasiswa akan melanjutkan pengajian mereka di universiti di negara asal masing-masing. Namun begitu, pihak IsDB juga boleh menempatkan calon yang berjaya di negara anggota IsDB, selain daripada negara asal calon tersebut. Bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research), biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka di nagara asal calon atau di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IsDB seperti berikut:
5. Bersama-sama ini di lampirkan surat hebahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, surat makluman daripada pihak IsDB, hebahan biasiswa (Scholarship Annoucement), Faedah dan Kemudahan (Benefits and Facilities) dan Kewajipan (Obligations) untuk rujukan dan edaran. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan biasiswa tersebut melalui laman sesawang IsDB (www.isdb.org/scholarships) sebelum 28 Februari 2021 (Ahad) dan untuk sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan terus kepada pihak IsDB melalui alamat emel scholar@isdb.org.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muat Turun Maklumat Lanjut